Tanpa sarung tangan ( sebab sikit saja ) saya mencempung rumput dan tiba- tiba…
aduh! sebatang jarum yang disyaki telah berkarat tertusuk di jari tengah agak dalam hampir 1 inci. Saya cabut dan setitis darah mengalir keluar. Nasib baik kat rumah memang ada First Aid Kit , saya sapu cecair antiseptik warna kuning.
Petang tadi, keadaan makin membengkak , cekang dan berdenyut- denyut. Pergi klinik kena suntik sejarum ( doktor cakap takut kena kancing gigi @ tetanus) dan dibekalkan ubat antibiotic ( cloxacillin sodium) dan tahan sakit (mefenamic acid )
Tuuu…….gambar kat atas – jari tengah yang merening! tu webcam dok mengadu dengan cik abang tu …. sakit….oooo..sakit tau….. sakit sangat! Gedik je lebih!
Glosari
- cempung – mencempung membawa sesuatu
- cekang – dlm keadaan tegang; kaku , terbuka luas: kedua-dua belah matanya
- merening – rening-rening bengkak, cekang, kaku, kejal, tegang
minddle finger dengan ‘mulut ikan’ baru kena gaya!
©kujie – jangan ada yang upload kat facebook buat fanpage kutuk middle finger Kak Jie tu ye… cian dia…sakit tau!
adui…bab yang berdenyut2 tu yang boleh buat tak tidur malam tuh…harapnya cepat sembut…
tang jari tengah tuh…hehe..dah sakit jari hantu..itulah gaya yg paling sesuai dan meletup…hehe
Memang bisa yang amat apabila jari tersebut berdenyut. Pernah sekali tengah cuci rantai motorsikal waktu Mahgrib dimana ibu jar tersepit antara rantai dan sprocket. Masa kena brapp bunyi kena 3 jahitan tak boleh tidut malam tuh. Tuh orang tua-tua kata jangan duduk luar ketika Mahgrib tak nak dengo kena akibatnya nasib baik tak kudung ibu jari
tu le. bende2 karat bahaya. elok benor cepat2 ke klinik or hospital.
saja main keyword ke kakjie?
dah sembuh ke?
hurm…tul gak erk…lucah tu terlalu umum…
ini bukan forum lucah…tapi forum keywords. jangan salah faham…
hehe…jji ada lucah kak jie. hehe…mmg da boom la kak jie. kak jie sihat? sy ada kat perlis skg ni…blk kemas barang jap nak masukkan dalam stor…tu dpt on9…next week kena blk tpg dah…hurm…
dah gi jumpa dr ke belum… jarum karat tak boleh buat main sangat…
Hang belajaq KMK?? Tahun bper??
cian kak jie…semoga cepat sembuh ye