Biarlah Patah Dan Pecah- Bukan Hati
Anak

Biarlah Patah Dan Pecah- Bukan Hati

Angah telefon semalam, cermin matanya patah.  Macam manalah nak buat.  Jaraknya lebih 400 kilometer.

Tahun sudah, Along di asrama juga alami keadaan yang serupa.  Syukur hanya di Sepang dan suami sempat ulang alik Serendah – Shah Alam – Sepang.

Saya suruh dia minta tolong cikgu uruskan.  Minta izin keluar untuk buatkan cermin mata baru.

Tengahari tadi dia telefon.

“mama, masukkan duit, Angah nak keluar dengan cikgu”

“dah masuk semalam lagi”

Sejam kemudian dia telefon lagi dari nombor yang tidak dikenali.

“power sebelah kiri 550, power sebelah kanan 775 dan silau 250…….. tak boleh buat cermin biasa , kena tempah……..”

“bagi mama cakap dengan tokey kedai cermin mata tu …”

“puan……anak puan……..bla…bla…bla…. kalau power 500 boleh guna cermin biasa tapi kalau 700+ kena guna cermin khas yang ditempah…silau dia pun tinggi.  Untuk cermin ni rm 360 belum bingkai”

Apa lagi pilihan yang ada?   Kalau saya yang uruskan sendiri bolehlah bawa Angah ke kedai lain dan boleh buat pilihan lain.

“Angah bayar saja deposit dengan duit yang ada..kejap lagi mama masukkan duit lain”

” ok ke mama ni………… rm 500″

“itu saja pilihan yang kita ada……….Angah buat je…bayar balik dekat mama dengan belajar sungguh² dan result hujung tahun yang lebih baik “

Nasib baiklah saya di depan komputer, boleh berurusan dengan maybank2u dan syukur juga dalam akaun ada duit.  Allah takkan menguji hamba-Nya melebihi kemampuan hamba-Nya.

p/s – minggu lepas Along dapat cash rm 3100.00 bayar yuran pengajian untuk satu semester.

p/s – saya sekarang pun mengelak untuk beronline lama² untuk ‘menjaga mata’

©kujie – Hidup kita juga diharapkan indah kerana naik turunnya takdir disepanjang jalan kehidupan

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

41 thoughts on “Biarlah Patah Dan Pecah- Bukan Hati

  1. Saya suka kata-kata yang last dari kak Jie tu . Memang betul pun . Allah takkan uji kalau kita tak mampu .

    Tinggi juga power cermin mata Angah . Seram pula mendengarnya . Harapnya , saya takkan rabun . Sebab saya perlukan mata yang elok untuk mengejar cita-cita saya

  2. Lama da tak pakai cermin mata… tak reti nak pilih yang sesuai dengan muka ni….huhuhuhuhuh

    sememangnya perlukan cermin mata untuk melihat dengan jelas….

    betul ayat yang terakhir tu…. Allah takkan uji hambanya melebihi dari kemampuannya….

  3. yang ayat last tu…he he he jangan bimbang ye yang,kesetiaan ku tak pernah berbelah bahagi.

  4. spek wife dah 3 kali tukar dalam setahun. rosak cepat sebab pakai masa main netball. hahahaa… kontek lens x mau pakai! camne nak nasihat ye.. huh..

  5. samalah dengan abahnya wahai Maza
    rasanya cermin mata abah dia tu dah bersilih ganti skru pasang sendiri dgn wayar…..dah berpuluh kali repair sendiri…dah bertahun² bengkang bengkon juga mata dia.

    demi anak² – abah rela bercermin mata buruk
    demi isteri…..abang jangan pakai cermin baru..nanti clear pula nampak yang lain…hahahaha 😆

  6. perkkhhhh.. tinggi degree nyer tu.. tapi nak buat camner kan.. huhu

    cermin mata maza pun sudah mengalami ‘fungus’ dan mula meronta-ronta pinta digantikan yg baru.. huhuhu

    kata hati pujuk diri sendiri, sabarlah dahulu, lepaskan anak2 nak sekolah … selagi boleh kayuh, kita kayuh.. mahu ganti mau dekat seribu gak dan kena tempah mcm angah punya itew.. aduhaii….

    akhir kalam, mata kita wajah kita.. huhuhu

  7. sebelum ni tak pernah pula semahal tu
    sebab buat kat kedai yang dah bertahun2, tempat yg sama

    ini jauh kat sana tu…bukan kak jie yg uruskan
    cikgu bawa , tunjukkan kedai je

  8. sebelum ni tak pernah mahal mcm tu
    kat sini ada kedai yg kami ni pelanggan sefamily
    selalu dpt harga student

    tapi….dia di sana
    entah kedai mana tatau

  9. Anak kecik dengan cara dia
    dah sekolah ada jalan cerita tersendiri
    bila anak² dah remaja lagi – pening
    mak bapa kena berusaha merebut anak² dari persekitaran dan kawan²

  10. ala..cam syahdu lak bila baca ayat yang suh bayar balik tu….adess kak jie..hatiku x tahan, rasa panas je kak idung ni..leleh la kan..

  11. “itu saja pilihan yang kita ada……….Angah buat je…bayar balik dekat mama dengan belajar sungguh² dan result hujung tahun yang lebih baik”

    tersentuh pula membaca ayat ini sampai berlinang air mata dibuatnya, teringat ibu di kampung yang terlantar sakit. sedih rasanya dengan dugaan yang datang.

  12. Salam,

    Begitulah hidup ni…baru nak menyimpan sikit,ada-ada jer yang nak kena keluar..nak pulak bila anak-anak ada masalah macam ni…selalu juga dapat ujian macam ni tapi kena nyk bersabar<– nasihat untuk saya 🙂

  13. huhu. macam2 perangai anak2 ni ye. bila dah ada anak nanti, taulah saya macam mana rasa susahnya bela anak ni

    🙂

  14. setakat ini masih tidak berkaca mata. setakat ini belum ada bajet untuk berkaca mata sebab duit nak beli kaca mata belum ada. setakat ini cuma gambo kak jie je yang tengok blurr…. 🙂

  15. tingginya power cermin mata anak Kak Jie, mesti dia seorang yang rajin. Mudah-mudahan dia berjaya dalam hidup dan memberi kegembiraan berganda kepada mama dia.

  16. nasib baik mama cepat bertindak + adanya bantuan teknologi…

    dulu pun pernah jugak spek patah sebab kawan terpijak…. tapi bole pakai lagi, saya pun selotape jek sementara nak tunggu dapat balik kg, sebulan jugaklah! 😆

  17. salam kak..
    saya boleh bayangkan..
    dulu masa remaja pernah
    mengalami masaalah yang sama
    tapi mak ayah saya susah,
    saya ikat je spek tu..
    hampir setahun juga
    sementara nak beli yang baru..

  18. mmg pkai cermin mata ni perlukan duit. huhu.. lau de promotion pun, utk cermin yg biasa2, yg power sikit jer..huhu.. lau power yg tinggi2 ni mmg kena tmbah duit la jawabnye..

  19. cermin bagi cermin mata, memang mahal….
    saya pun tebal juga, sementelah lagi, sekarang dah kena pakai bifocal, rabun jauh dan rabun dekat, ditambah dengan silaunya … makan duit jugakle….

  20. mahal juga cermin mata tu yer, alhamdulillah syukur ke ALlah kerana mata masih lagi baik sehingga kini

    em ayat last tu sy suka sgt, “Allah takkan menguji hamba-Nya melebihi kemampuan hamba-Nya.”

  21. Hmmm… mahai kan rege cermin mata tu. Belum masuk yang mengarut sunglass guna untuk mengorat lagi, kan? Hehe.

    Anyway, insyaAllah, pegorbanan ibu akan dibalas sebaiknya nnt. Along buleh baca tips kat bawah ni bila nak apply minta kerja nanti hehehe.

  22. salam kak jie..seorang ibu, demi anak segala2nya sanggup.. :)hatta tak mkn sekalipun..

    tp aritu spek si abg patah sbb sy yg pijak..hoho!

  23. Cermin mata sekarang memang cukup mahal..dan saya kalau patah spek ni..memang haru jugak..itu baru spek yg patah…

    setakat ni..dah hampir 5 kali saye buat spek baru..huhu

    p/s – Terharu dgn pengorbanan seorang ibu…

  24. Inilah lumrah bila anak dah bersekolah kan kak jie. Macam-macam yang perlu di sediakan. Lagi-lagi benda yang tak di duga. Cam maner laa anak-anak saya bersekolah nanti…:)

  25. saya suka frasa terakhir kak jie Allah takkan menguji hamba-Nya melebihi kemampuan hamba-Nya……dah few times saya jumpa phrase ni….. 😆 p/s : tinggi juga power angah dah lebih kurang macam husband saya punya glasses

Comments are closed.