Peribadi

Tips Tetap Kurus Di Syawal Yang Gemuk Dengan Pesta Makan

Baru 1.30 petang – sudah 2 rumah hari ini datangnya rezeki.

10 pagi saya dah ke majlis Yassin & Tahlil @ jemputan Aidilfitri. Majlis sosial makcik² – berselawat bersalam, bertegur sapa , bergurau senda hidup berjiran tetangga.

Hidup dengan jiran tetangga yang bekerjaya, hujung minggu di akhir² Syawal ini jemputan sentiasa bertindih.  Selesai satu rumah, terus ber’baraan’ ke rumah seterusnya.

Akhiri majlis, acara makan². Murah rezeki tuan rumah dengan berbagai menu yang sedap². Semua yang dihidang mahu dicuba dirasa. Baru habiskan semangkuk laksa, teringin bangun lagi dapatkan puding dan kuih muih terdengar suara halus di hujung meja.

” eh…awak makin kurus, diet ke….makan produk ke…”

Begitu lunak ayat tersusun, terpesona dengan diri sendiri.  Melekat terus di kerusi, tak jadi bangun. Terbantut selera. Graf nafsu yang tadinya berada pada takat didih terus menjunam suhu di bawah takat beku.

Moral of the story – berhati²lah memilih kawan! :lol:

©kujie – jemputan petang nanti nak kena pastikan duduk dengan group makcik² lawa – bolehlah tumpang aura mengawal nafsu.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

32 thoughts on “Tips Tetap Kurus Di Syawal Yang Gemuk Dengan Pesta Makan

  1. tapi kan… klu dapat kawan cam saya ni kene tahan malu jela member2 yang berdiet tuuu sebab sy tak segan silu nak menambah :mrgreen: :mrgreen:

  2. betul lah tips tu kak jie…..kawan sebagai pendorong untuk diet…kawan akan tegur kita dengan ayat kiasan yang sungguh lunak..mana tahu bila suami kak jie balik nanti dia akan cakap “eh salah rumah ke apa” :mrgreen:

  3. kawasan rumah maza skrg ini sudah tak semeriah dulu.. dah tak ada selawat, segalanya sudah diam, senyap gitew…

    ini semuanya gara-gara masalah politik dalaman.. aderkkk

    yg tinggal cuma napsi2…
    sayangkan?

  4. wokey boleh practise tips ni……hujung minggu ni.
    mind to share my tips ..usually masa nak makan macam2
    bulan syawal ni,saya selalu ingatkan diri menghargai rezeki
    yang ada…ramai lagi yang susah di luar sana tak dapat
    merasai seperti kita…..so bila ambil makanan tu ala kadar..

  5. kebetulan kak jie…tengah dok bukak sana bukak sini..sedut sana sini..ha..ha
    tetiba tukar kaler…waaa..comey aaa..comey sesangat

  6. berbaraan?? huhuh first time dengaq ayat ni huhu…xpenah tgk lagi akk kujie secara live hehe

  7. huhuhu… klu dapat komen macam tuh, memang tetiba jer tak jadi nak makan… okay gak tuh kalau lerh bersama-sama group camtuh, tapi di kalangan lelaki, jarang yang ada group camtuh… hehehe…

  8. salam Kak..
    ikuti tip saya di entri terbaru saya
    baik untuk majlis rumah terbuka yang
    kerap sekarang ni..almaklum raya dah nak
    habis..berebut semua nak buat rumah terbuka..
    ORANG MALAYSIA MEMANG MEWAH MAKAN… 😉

  9. Bila pergi majlis makan, duduk dengan group yg ‘suka jaga badan’ isu gossip mreka bab diri nak kurus, bab melawa..jadi kita pun ikut ‘ikat perut’

    bolehlah kawan nafsu sikit..utk ketika itulah..hehehe 😆

  10. Bayangkan ariff…. kita tengah sedap2 menyuap segala jenis yang terhilang tapi kawan di sebelah asyik bercerita pasal diet, pasal berat dia yang dah turun sejak puasa…pasal baju raya ygn bling2 sebab dah kurus..

    tergamak lagi ke kita nak tambah?

    hahaha..terbantuk terus! 😆

  11. blog kak jie kena baca dengan deria ke – 6

    rasanya jelas dah bayangan tu

    zook sentiasa keliru kat blog kak jie, kan…selalu dpt komen mcm keliru je

    heheheh…blog kak jie tak sesuai untuk pembaca UPSR, PMR atau pun SPM..sesuai dibaca oleh makcik2 yg berkias2 😆

    Blog Kak Jie jarang keluarkan tips 1 – 10 secara terus

    Biasanya tips ada dari pemahaman pembacaan….

    owh… Kak Jie gagal sebagai penulis blog! 😆

Comments are closed.