Semua blogger yang advance² bercerita pasal handphone kasta tinggi iPhone 4 yang baru dilancarkan semalam di Malaysia. Terteknolgi sungguh!
Tapi bila sentuh bab harga iPhone – rasa macam tertelan cuka! Menurut Maxis, harga cadangan bagi Apple iPhone 4 32GB adalah RM 2,690 dan untuk model Apple iPhone 4 16GB ialah RM 2,290. Saya tak pernah beli handphone lebih dari rm 500. Itu had keperluan saya bukan had keinginan. Keinginan tiada had!
sumber image: imobileu.com
Isu handphone ini juga jadi bahan bualan ‘laki bini’ masa bervideo call dengan suami pagi tadi. Credit limit dari Celcom sampai rm 1000 tapi handphone tak sampai rm 300. Credit limit celcom saya Rm 300.
Kata suami, bukan keperluan dia untuk menggunakan handphone berfunction² canggih. Dia tak perlu untuk beronline 24 jam, tak perlu update facebook, update blog atau bertweet. Keperluan dia – boleh dihubungi dan boleh berhubung. Kata kunci di sini – bukan keperluan dan keutamaan.
Sebenarnya – saya pun tengah cari handphone baru ..erk..tak semestinya baru tetapi mesti ada function bahasa mandarin. SE 801i dulu memang ada bahasa mandarin tapi Along dah guna. Intan perlukan handphone untuk bersms dengan kawan² nak tanya kerja sekolah. Budak² sekarang bijak gunakan kemudahan.
Kat rumah ni ada 2 handphone dan kedua² handphone ‘ zaman Flinstone’ yang dicipta untuk kegunaan asas.
©kujie – kalau dalam tren komuter yang sesak tu…berbisik² dalam hati ….janganlah kau bunyi wahai handphoneku sayang…hehe ( selalu nampak penumpang komuter mengadap hp canggih²)
Best juga lah guna iphone4 ni..
Lps ni nak ambil baru lagi lah..
sebuat pasal henpon ni, waktu saya skolah, ada 3310 pun dah kira kaya..waktu tu harga 3310 je dah mencecah rm800 kalau saya tak silap… hukhuk
SY pun pakai handphone murah jer.. boleh diletak dlm kategori antik dah.. tapi teringin juga nak merasa iPhone ni.. 🙂
Dulu saya pun tak kisah sangat tentang teknologi ni tapi sekarang bukanlah kisah sangat cuma ada berbagai keperluan yang boleh memudahkan kita apabila segalanya ada dihujung jari…berbisnis dan berhubunga dgn keluarga dgn lebih pantas dan save ringgitnya tak perlu bayar SMS. Mungkin tak perlu beli iPhone 4 yg agak mahal tapi masih boleh guna iPhone 3GS ataupun BB versi terkebelakang sikit yg pasti harga nya jatuh merudum…
ada hp yg full function dan murah..baki duit tu boleh guna untuk benda yg lebih berfaedah..lagi baik dari beli iPhone 4 ni.. sekadar memenuhi kehendak teknologi semasa kengkadang tak berbaloi juga..kalau anak SM Nasimudin takpe gak nak ber-iPhone 4..tak gitu???
salam..teringin juga tapi mahal bebenar…
tunggu rege murah sikit kot..
terpikat pasal ada camera 5 pixel tu…
mak ai mahalnya tepon, kalau saya ada duit banyak tu saya beli wheelchair dulu hehe keutamaan dan keinginan..hehe..
handphone pada saya sangat penting untuk sms orang rumah dan boleh amik gambar…
hp ni skrin pun dah pudar, nak baca sms kena duduk dalam gelap..haha 😆
oh ic, igtkan kakjie tadi
life kita simple sangat , keperluan kita pun simple, kan su
Untuk Intan – dia nak berhubung dgn kawan2 sekolah
harga handphone paling mahal ialah nokia 3310 masa mula2 keluar dulu, dapat loan ptptn then beli, masa tu harganya rm630
sekarang guna handphone yg harganya rm400 dan sudah hampir 3 tahun guna takder masalah
p/s: kakjie pandai bahasa mandarin yer?
Dulu, masa Su keje dgn maxis, bab hp and functionnya mmg kena ambik tahu. Wajib. Bila dah berenti, dah malas nak ambik tau. Paling penting, call dan sms. Itu basic keperluan.
hp untuk kegunaan bukan keinginan semata-mata…
kak kujie… hp mahal tp kalu hayatnya lagi cepat jahanam pun tak guna gak..
baik pakai hp yg kurang kecagihan sbb jangka hayat nya lagi lama…
sbb sumi br beli hp baru..tak sampai pun 20 hr… dah rosak……..waaa…
last sekali skrg hp yg buruk tu gak sumi pakai…huhuhuhu
klu ikut teringin memangle… jadi jutawan pun masih tak cukup duit! alah kak skang hanfon murah dah..
Baca entry Kak Jie buat saya rasa lega sikit sebab saya dan suami orang yang techno outdated. Haha..tapi kami bukan orang yang rajin nak update FB/Twiter pun.. 😀
harap2 aku terjumpa HP iza yg hilang hari tu…
&
buat harta…
sorry ya iza!
kak jie..
kenapa bila saya nak masukkan balik url blog kak jie ia akan keluar begini?
Could not detect a feed for this URL. Blog posts and update time will not be shown. Add URL anyway?
kekeke… agaknya kalau dalam train telepon tu berbunyi angkat tak? mesti angkat.. tapi kaver jugak la kan carik penjuru train atau kat tiang-tiang sandar sambil tekup mulut. heheh
nota: npon saya pon tak canggih.. body dia jer dah kaler tertanggal. tempat bateri pon longgar sebab selak kaki blakang bateri tu dah patah. 😛
salam kak jie,
saya antara individu yang tak peduli dengan kehadiran hanpon yang terbaru..
ketinggalan zaman?
entahlah..
yang saya tahu… janji boleh call dan terima call dan ada jam penggera..
kalau dulu.. ada hanpon xde jam penggera..
Kak Jie , saya masih pakai handphone zaman tuk kaduk lagi , kak Jie .
Nokia 3310 . Old school tak ? ;D
yeah….saya masih ada kawan….saya pun pakai handphone zaman flinstone lagi…iaitu handphone Nokia tiga-tiga-sekupang……
hi kak, salam singgah…
bila saya baca part yang akak tulis pasal dalam komuter semua kuar hp canggih2 tu mmg saya tergelak2 saya… hehehe… bukannya apa, hari tu masa saya pergi tgk konsert saya dikelilingi dengan remaja2 yang pakai Iphone @ Blackberry… saya sorang jer pakai HP zaman flinstone tu gak… hehe… dashat budak2 zaman skang ni…
kenapa perlu yg mandarin…kak jie pandai mandarin erk..ajar sikit
Handphone yang sya beli aritu 20 kali lebih murah…dan masih ok per
ada aset lain yang perlu diutamakan –
bila masuk bab keinginan – rupa²nya keinginan beriphone lebih tinggi dari keinginan untuk berkahwin?
Sebab sering timbul isu hantaran, mas kahwin mahal tetapi bila bab gadjet seperti ini ramai sanggup untuk memenuhi keinginan dia.
kalau nak pakai..pastikan PTPTN dah habis bayar..hehe
mahal sangat..tunggu harga jatuh 10 thun akn dtg baru leh rasa nak pakai
uit…dasyat2~~
waa..mahalnya harga iphone tu. baik beli laptop.. 😀
keinginan tu maksu…kita ni manusia ada nafsu
tapi bila bab ‘keperluan’ – saya mengalah walau ada kemampuan
hp kat rumah ni..kadang2 nak berdering sehari pun payah..tak de sapa nak hubung 😆
henpon sy pun zaman batu punyer, cuma boleh sms, fb tak leh, apa pun tak leh… hajat di hati nak gaks yg canggih2, tapi kemampuan x mengizinkan.. sabo jer lah, kan Kak Jie 🙂
setuju dgn sis
beli untuk kegunaan bukan nak penuhi keinginan 😀
handphone..boleh call, boleh mesej is enough hahaha
2nd hand pun boleh tapi murah…keperluan asas dia nak sms dalama bahasa mandarin -itu saja
Betul tu kujie. kelmarin baru fikir nak jual phone ni sbb byk function tak pakai pun, n82 ni siap ada gforce garfic tp game tak pernah main huhu. cuma best kamera la zeis dia power, itu je. so boleh kata hp sy 2 in 1. phone dan kamera.
utk pakai tepon canggih tu semua… hmm… henpon boleh buat idup kita singkat, buang masa. baik simpan hp dlm kocek, dan tengok sekeliling. apa ada. itu lagi best.
sama la macam saya sekadar hp yg valuenya skrg <rm100, asal boleh komunikasi kira ok..
masa zaman bujang memang saya akui lebih cenderung kepada keperluan. beli segala macam gadjet, handphone dsbnya.
tapi lepas dah berkeluarga, lebih pentingkan keutamaan pula.
jadi terpaksa pendam dalam hati je..hehe
Ramai yang bukan membeli untuk keperluan, tetapi atas sebab lain, terlalu ingin mengikut trend dan sebagainya. Sampai ada yang sanggup ikat perut demi mendapatkan gadget2 terbaru.
Telefon ada bahasa mandarin erk, 2nd hand pun takper?