Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…
Semalam agak kecoh suasana dunia twitter saya bila terover membebel berjangkit dari dunia realiti hingga ke alam maya. Setelah hampir seminggu mati akal menjejak ke mana hilangnya Lady Gaga – saya cuba tweet untuk menghilangkan resah dan merungkai misteri nusantara.
Lady Gaga saya hilang. Pelik sangat.
Kemudian teringat mak ada cerita tentang aktiviti mak dan 3 cucu super aktifnya yang datang bertandang ke rumah minggu lepas. Minggu lepas , rumah saya memang meriah. Ramai adik beradik yang bertandang, bermalam dan kami buat sedikit kenduri kesyukuran sebelum suami terbang semula ke Algeria.
3 cucu super aktif tu anak adik ipar saya , semua lelaki umur 7 tahun, 4 tahun dan 2 tahun. Main PS2 sampai pintu kabinet pun terkopak!
Rumah saya tak ramai budak-budak, hanya Intan saya masih di bawah umur kanak-kanak yang agak terkontang kanting belum lepas UPSR. Baca suratkhabar hari ini isu hangat tentang cadangan memansuhkan UPSR dan PMR. Entah macam manalah masa depan anak saya yang sorang ni. Abang-abang dah lepas.
Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan berkata pemansuhan PMR wajar dilaksana memandangkan peranan peperiksaan tingkatan tiga itu hanya untuk menentukan aliran yang akan diikuti mereka ketika tingkatan empat. Akan tetapi UPSR wajar dikekalkan kerana masih relevan sebagai penarafan pelajar untuk belajar bersungguh-sungguh dan lebih bersedia sebelum memasuki sekolah menengah – baca selanjutnya di Bernama Online
Balik pada kisah Lady Gaga. Seminggu tanpa Lady Gaga, urusan kerja rumah saya tidak terganggu kerana saya ada pilihan menggunakan ‘Engin Bot Kuning’ , cuma di kawasan dapur yang kadang-kadang basah dan lembab saya lebih gemar menggunakan khidmat Lady Gaga.
Dah merayau cari dan cuba tweet – manalah tau kot-kot kawan-kawan saya pinjam lupa nak pulangkan…hehehe… tiba-tiba pagi ini selepas balik dari hantar Intan ke sekolah, saya buka stor. Nak ambil plastik sampah (hitam) sebab nak keluarkan sampah. Isnin lori sampah datang awal pagi.
Buka saja pintu ………….. terus mata terfokus pada wajah pink Lady Gaga. Owh……….. di sini rupanya awak ye Lady Gaga. Kasihan awak Lady Gaya, kerana wajahmu yang ayu dan rambut keras pinkmu, awak disorokkan di tempat gelap ini dari tangan-tangan nakal ‘cucu superaktif’ itu.
↓
↓
↓
↓
↓
tadaaaaa…………memperkenalkan!
Inilah Lady Gaya saya……
Tak pasti kenapa pertama kali nampak penyapu pink ini terus terlekat dengan image Lady Gaga, mungkin sebab warna dan fesyen penyapu ini agak pelik dan menonjol seperti Lady Gaga.
sumber: Nick Leonard’s photostream
* Engin Bot Kuning = Electrolux vacuum cleaner
©kujie – Ikan saya pun ada nickname!
macam teka teki jer…mcm2 bayangan muncul nak membayangkan si lady gaga tuh..rupanya…mrs broom..dgn rambut pinknye…
salam jie..kaler rambut lady gaga jie lg vogue…hehhee…ape kabo? en suami dh kembali bertugas k?
kesian lady gaga heheheh
ahjahahahahhaha…
jajaj
serius lawak entri ni hahaha..
Btw gravatarku <3
LOL. HAHAHAHAHAHAHAHAHA yonna ingatkan mcm teddy ke apa. sekali penyapu daa T_____________T
jadi lady gaga ni juga boleh digunakan untuk kerja rumah ya 😆
hahahahha..tuh kalau penyapu lembut.kalu penyapu lidi, apa ek nickname nye.kehkehkehkehkeh…
apa nickname ikan kak jie? fasha sandha ke lisa surihani?
apa nickname kucing kak jie? fasha sandha ke lisa surihani?
ingatkan apa la tadi. tak terfikir langsung ianya penyapu.hehehe
ingatkan lady gaga tu software komputer ke… apa…
hihihi…kelaka kak kujie ni..tak terpikir langsung lady gaga tu penyapu..
😆 penat dok pikir ape lady gaga ni… hahahaha… last2.. penyapu… kak jie… bikin sumer org gelak bahak2…..
Salam Kak Jie,
Ahaks lama sungguh tak bertandang ke sini.
Aduiiiihhhh, kekekeke pecah perut rupanya Kak Jie carik Lady Gaga Kak Jie. Hehe. Tu baru namanya “Bad Romance…” Memang kalau Lady Gaga tak dak payah tu, nak sapu bilik sket2 susah.
Lady Gaga tu la kira pelaburan murah yang tahap asas nak jaga kebersihan. Hehe.
Orait Kak Jie, selamat hari Isnin
lady gaga sungguh manis!;)
wakakka.. terkeno den..
bagi maza, elok gak ‘penyapu di samakan Lady Gaga’ itew…
rhythm lagu Lady Gaga sodap,
tapi perwatakan dan keperibadian dio, oh tidakkkk!!!
itu rupanya Lady Gaga ek?mulanya ingat kan anak patung?eh..takkan anak patung..hihi
Kat rumah aku ade lady gaga lebih..nak?? 😉
cantik lady gaga tuu kak jie ! =)
hahahaha. saya agak dah lady gaga kak kujie ni sure mende tapi xtau lak penyapu itu!hahaha
Salam bertandang
monday blues..
moga happy2 sokmo
dan sihat selalu..
haiz… memang kak kujie tol la 😀 bikin suspen sambil lawak 😆
hari Isninlah…ramai yg ‘mabuk’ 😀
mondayblues orang bilang 😀
lor igtkan lady gaga tu kucing, huhuh
tapi kan enjin bot kuning kak jie tu ok ke? sekarang pun tgh survey vacuum
kucing tu tak timbul image lady gaga pun..tak menonjol..tapi penyapu tu…tgok saja..terus terbayang 😆
wah nak cari satu ar lady gaga ni simpan kat umah hehehe
yg kaler pink mcm Kak Jie dah habis stok 😆
laa..tu ke lady gaga..haha..wat cuak jer.. igt kak jie culik lady gaga.. nk gak dtg umah tgk secara live.. hehe 😛
ehh…nk dtg pun apa salahnya
nnt boleh buat video lady gaga beraksi, upload kt youtube..hehe 😆
kat umah sy klu pakai lady gaga ni habuk tak ilang… sebab banyak sangat bulu si kecik tu… jadi kenela guna pembersih hampagas…
bahagian rumah lain kak jie vacuum je…area dapur perlu lady gaga tu
Lady Gaga ooooiii Lady Gaga …kini baru ku kenal siapa tu Lady Gaga…
hahahaha..apa lah komen lady gaga baca entri nih..eh lady gaga gheti BM ke????
wakakakkakakakkaa
ok tetiba stress wa hilang
dgn kehilangan lady gaga!!
muahahhahahaha
>>___<<
ingatkan apa la tadi. suspen btl.
hahaha!! 😆 😆 😆
wat saspen je
ropenyue penyapu
ada2 je kak jie ni tau 🙂 🙂
salam kak kujie,
kena baca 2 kali baru amir faham..penyabu rupanya..haha… ha! tang UPSR tue…betul ke? huhu
saya dok pikir bulu ayam yg bersih habuk tu..hehe
hehehe……ingatkan benda bernyawa….
kak jie neh…. :p