Sebelum dapat keputusan rasmi Pilihanraya Kecil Hulu Selangor keluar, mestilah pengundi kena keluar mengundi dulu kan. Kalau tidak macam mana boleh dapat keputusan.
Cuaca baik sangat pagi ni di Hulu Selangor. Saya pun nak keluar kejap lagi – pantau kawasan..hehehe Mengundi adalah hak anda, penentu masa depan negara. ( macam orang Jabatan Penerangan )
Mari kita ikuti langkah atau panduan mengundi semasa pilihanraya.
1. Memeriksa nama dalam daftar pemilih sebelum keluar rumah ke tempat mengundi. Boleh diperiksa dari laman web SPR atau melalui Daftar Pemilih di Tempat Mengundi.
2. Bawa salah satu dari dokuman berikut:
- Kad Pengenalan atau Pasport Terhad
- Pasport Antarabangsa
- Resit Kad Pengenalan Sementara Bergambar ( JPN 1/9)
- Resit Laporan Kehilangan Kad Pengenalan Bergambar ( JPN 1/11)
- Lesen Memandu
Setelah ada salah satu dokumen tersebut – melangkahlah dengan bergayanya ke Tempat Mengundi. Anda akan menjadi perhatian dan menjadi rebutan ramai orang. Waktu ini anda adalah orang yang paling dihargai dan paling diberi keutamaan. Kalau cakap panas pun ada orang yang sanggup payungkan anda. Macam kenangan dulu-dulu waktu menjadi pengantin baru.
Di luar kawasan Tempat Mengundi, ada tempat yang sentiasa cool yang dipanggil ” Pondok Panas”. Jangan terkejut kalau anda akan diseret memasuki salah satu ‘Pondok Panas’ parti yang bertanding. Pondok Panas menempatkan petugas yang akan menyemak Daftar Pengundi dan menyemak saluran mengundi untuk memudahkan kita terus ke saluran yang sepatutnya. Saluran adalah Bilik Mengundi. Biasanya ada 3-4 Saluran mengundi di sesebuah Tempat Mengundi.
Kenapa dipanggil ‘Pondok Panas’ ? Sebab di sini boleh dilihat berbagai aksi-aksi panas tahap 18SG dan kadang-kadang bernasib baik terhidang juga aksi 18SX.
Bila dah tahu saluran mana kita perlu mengundi, bergeraklah secara lebih anggun dan segak bergaya kerana dalam berjuta rakyat Malaysia, anda antara orang yang mempunyai power super Saiyan. Di tangan anda terletak satu kuasa yang mengikut sistem pemerintahan demokrasi, tiada sesiapa pun yang boleh menghalang anda dari membuang undi.
Tak ingin ke menjadi seorang yang rasa hebat kerana menjadi warganegara Malaysia? Perasaan ini bukan setiap masa boleh dirasai, hanya mereka yang akil balign ikut piawaian SPR bila telah berusia lebih 21 tahun. Apa lagi, lepas baca entri ini, pergilah mendaftar sebagai pengundi.
Ok berbalik pada proses membuang undi – di dalam pusat mengundi, tunjukkan dokomen pengenalan diri kita kepada Kerani Penyemak Daftar Pengundi ( Pegawai SPR 1 ) . Waktu ini Pegawai SPR 1 akan membaca nama dan nombor pengenalan diri kita secara kuat-kuat supaya didengar oleh Polling Agent (Ejen Tempat Undi) iaitu orang yang mewakili setiap parti yang bertanding untuk bertugas mengawasi tempat pembuangan undi.
Polling Agent akan dibekalkan salinan Buku Daftar Pemilih SPR yang terkini. Apabila nama pengundi disebut berserta No. KP oleh Pegawai SPR, cari pada buku Daftar dan gariskan. Ini bermaksud pengundi tersebut telah mengundi, tak boleh lagi mengundi lebih dari sekali.
Saya pernah bertugas sebagai Polling Agent, best oooooo..rasa macam sedang menjalankan satu misi penting untuk negara.
Kemudian pengundi akan diberikan slip nombor siri daftar oleh Pegawai SPR 2 yang dilipat 2 serta ditindik.
Jangan lupa, masih kekalkan gaya anggun segak bergaya. Ini hari anda – undi anda bakal menjadikan seseorang sebagai Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri.
Berjalan ke arah petak undi dan tandakan X pada petak kertas undi bersebelahan nama dan simbol calon yang dipilih.
Lipat kertas undi dan masukkan ke dalam peti undi. Kalau anda orang popular mungkin ada sesi khas untuk bergambar dengan senyuman paling manis pernah terukir.
Selesai sudah………….eh ! sekejap saja. Undi anda adalah rahsia!
Ok – saya nak keluar, nanti balik update sesi bergambar pula. I love U Hulu Selangor!
©Kujie – korang jangan memandai2 nak berkempen lagi ye… selepas jam 12 tengahmalam tadi, dah tak boleh lagi…
UPDATE TERKINI PILIHANRAYA KECIL HULU SELANGOR – dari MalaysiaKini
Proses mengundi pilihan raya kecil bagi kerusi parlimen Hulu Selangor mengandungi 48 pusat mengundi dengan 136 saluran dibuka di 47 sekolah dan dewan masyarakat
Sehingga jam 1 tengahari ini, 56.82 peratus atau 36,650 sudah keluar mengundi.
Sehingga jam 2 petang, 63.74 peratus atau 41,112 sudah keluar mengundi.
dulu2 selalu la menempek kat pondok panas..dapat makanan n duet..haha
.-= Azizuan´s last blog ..Aku Benci Pop-Up Ads, Menyemakkan Monitor! =-.
Kak Jie pun layan Dragon Ball!, siap ada guna perkataan Super Saiyan tu.
.-= akuvision´s last blog ..Gangguan Hyperhidrosis =-.
kak jie jgn lupa cite selepas mengundi pula.. adakah layanan seperti sebelum mengundi? haha
.-= eiman´s last blog ..Tournament Bowling yang Menyesatkan di Metropoint Kajang =-.
saya tak daftar lagi SPR. dah cukup umur nak mengundi. saya ni excited sikit bab2 pilihanraya ni.. haha. tak sabar nak tengok siapa menang, siapa kalah.
.-= Amir´s last blog ..Erma Fatima Follow @amersaid di Twitter =-.
Selamat memilih pemimpin kak jie.
.-= TokNabe´s last blog ..Buat Apa Hujung Minggu =-.
tak boleh mengundi…. belum tuka tempat mengundi 🙄
.-= ~mrs azmi~´s last blog ..ORANG IKHLAS ITU TERTINDAS? =-.
samat mengundi..saya lom gak daftar..huhu
.-= eiyda´s last blog ..eiyDa:: Dengki maknenyer tak bersyukur:: =-.
ya.. yg penting keputusan malam nanti..
pru akan dtg sy boleh mengundi.
mintak mintakla ada PRK lagi kat parlimen permatang pauh dlm tempoh terdekat, boleh la rasa mengundi mcm mana. lalala..
.-= Luth Textile´s last blog ..Wah! Dah ramai makcik – makcik dan awek – awek muda di Malaysia jadi macam ibu – ibu dalam cerite sinetron! =-.
teringat plak pengalaman mengundi yg lepas..memang jalan segak bergaya la time tu..hehe..selamat menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi kak jie 😉
.-= Bb Hussain´s last blog ..Spaghetti Bolognese & Sambal Gulai Tempoyak =-.
selamat menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi 🙂
harap-harap tiada kejadian “panas” berlaku di sana.
.-= Faizal @ FTN´s last blog ..Aku Sempat Test Drive Model MPV Terbaru dari Honda, FREED! =-.
tak panas tak best lah…. sejuk mana meriah…hehehe
sis~undi spe?hehehe~
smgt2!!=)..
dah xde kempen dh ari nie~ngeee~
dua-dua tak
undi rosak..hehe
agak2nya siapa yg menang yer??
.-= Meow´s last blog ..Berlari Ke Belakang di Cerekarama TV3 =-.
itu topik malam nanti..hehehe