Anak

Update Kes Makcik Vs Encik BMW

Salam …

Korang mesti nak tau kisah terkini kes Makcik Vs Encik BMW tu, kan? Kalau tertinggal keretapi, tak pe jangan risau – klik entri ni Anak Makcik Langgar Kereta Saya.

Selepas 20 hari, akhirnya Encik BMW hantar BMW  dia ke workshop yang dipersetujui. Agak-agak kan dari kes tersebut, dari gaya kalutnya tengah malam buta tu, dari berliter-liter air mata saya tumpah…  berapa kos yang perlu dibayar?

A- Kos asal yang dituntut – RM 8000
B- Kos selepas pujuk rayu – RM 2000-3000
C- Kos selepas melihat sendiri damage kereta – RM 500-800
D- BUKAN semua diatas – isikan sendiri RM __________

Jangan lupa , Encik BMW cakap – “kereta saya bukan proton, BMW cat matelik original dari UK…”

A, B , C , atau D ?

RM 130!

©Kujie – mak mertua saya datang malam tadi…  tadi pergi kelas pengajian dengan mak.. suweeeet kan!

pssst..! jawapan ada dalam entri ni…kena highlight je cari.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

51 thoughts on “Update Kes Makcik Vs Encik BMW

  1. hahahahah….sy suka cara kak jie suh carik jawapan, mmg tersembunyi sungguh…(buat saya memerah otak utk mendapatkan jawapan)…hihihi….

  2. Inilah masalah orang Melayu. Kalau jumpa sesama Melayu bukannya nak bertolak ansur. Nak tekan lagi adalah. Syukurlah kakjie dapat diskaun jadi RM130 je 😎
    .-= imran´s last blog ..Pondok Warisan di IKIM.fm =-.

  3. baca en. Bb Husain punya komen, tak dpt tangkap,mcm mana la dpt harga RM130 tu..rupanya mmg kak kujie bgtau awal2 suruh highlight jer… punya la susah payah saya p baca semula entry yg pasal xcident sblum tu 😆

    highlight jer dik non oiii bawah dari pilihan jawapan sampai psst note kak kujie tu…dpt lah jawapannya…! (maaf ye kak…saya bocorkan jawapannyer..hehehe 😀 )

  4. alhamdulillah..dah setel..moge along lebih berhati2 lepas ni..ermm..saye rase dalam Rm100 jer..calar sket sgt pun.. 🙄
    .-= hafizmd´s last blog ..Jangan bersedih penyokong Manchester! =-.

  5. aku masa bujang dulu pun pernah mengalami kes yang lebih kurang sama – reverse keluar dari parking (tapi kereta proton je la). Orang tu mintak ribu2..tambah kena maki seranah dengan bini dia…last2 kitorang settle RM200 je..

  6. Saya ada seorang kawan yang pakai Kia Optima (imported car), accident sebab orang langgar dia, sebab bawa laju sangat, sampai pintu kereta bahagian penumpang kemek teruk. Dia claim la insuran si pelanggar tu, kosnya almost RM4k. So, kalau kereta BMW calar beberapa cm RM8k macam tak munasabah( walaupun Kia Optima dan BMW bukan tandingan)

    Macam ada yang tak kena:
    1) Encik BMW tak ada duit, memeras secara halus (sebab budak langgar dia, so dia ambil kesempatan)
    2) Encik BMW berlagak dan pandang rendah pada orang lain
    .-= linarahim´s last blog ..Our Solemn Hour =-.

  7. mencabar IQ sungguh! saya serender!

    bagitau encik BMW tu, kalau nak repair keta pun tak mampu, baik pakai proton aje, murahhhh. pakai keta mahal, calar sket dah kepoh. piirah.
    .-= Mommy Lyna´s last blog ..Cara Nak Buka Kedai =-.

  8. En BMW mgkn akan kata;
    xpelah..makcik kujie punya pasal, saya tanggung sendiri kos repair kereta BMW saja..duit tu makcik boleh simpan buat belanja anak2 sekolah..
    .-= Nadri´s last blog ..Bersama Ustaz Zahazan Mohamad =-.

  9. nak teka gak la. jawapan dia D. RM145. hehe
    .-= zaiMi´s last blog ..6 Ciri-Ciri Blogger Poyo =-.

  10. saya rasa D jawapannya. mamat bmw tu memang poyo lah. konon nak tunjuk dia banyak duit lah tu kan. Kete pun still utang dengan bank lagi agaknya kan.

  11. D – RM0 calar sikit je.. hantar gi polish hilang la… 🙂
    .-= boss´s last blog ..Jangan terlalu tamak =-.

  12. Theheeee sikap orang melayu (yg kurang ilmu)
    .-= Jiji´s last blog ..Microblogging ( rasa menyampah pulak baca!) =-.

  13. Alhamdulilah.. berkat sabar, solat dan doa. tak lah kena sampai ribu dan riban.. huhuhu

    erk! lepas terjadi incident ini, rasanya elok gak ler buat kenduri doa selamat.. errr.. malam minggu kira wokay maza boleh datang.. heheheh

    :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:
    .-= maza´s last blog ..The Begining =-.

  14. aritu rasanya akak tulis dlm RM500-800 je kan? actual cost mesti less dok? 🙄

    1. kereta eksiden ada badi..bahaya woo.. :mrgreen:
      .-= Azizuan´s last blog ..ACEF 2010 : Peluang Kerjaya Sebagai Akauntan =-.

  15. Jawapan dia D

    x tau nak letak harga.. yg pasti x kurang dari jawapan C hahaa.. x lebih 100 rasanya.. ala.. seinci dua apa la sangat.. eksen terlebih la Encik BMW Super Berlagak tuh.. 😛

  16. jawapan saya ialah C =)
    .-= MrRollies´s last blog ..Tips Ketatkan Keselamatan Blog WordPress =-.

  17. RM130…kalau kira dr total yg dia tuntut awal2 tu sbb metalic paint dari UK tu kak..dah discount lebih 98 peratus kak jie…hahaha…lawaklah pemilik bmw yang anak makcik langgar tu…:D

  18. waduh.. kalau dia ini banar2 kaya, beli je lah kereta baru.. habis cerita..hahah “BMW tu.. bukan Proton ye” hahaha.. nak tergelak..
    .-= Hafiz Mohd´s last blog ..Adamaya Slot Akasia TV3 =-.

  19. Hahahaha, ada gak orang camtu..tapi memang tak pelik orang yang pakai kereta camtu kekadang memang berakhlak begitu sebab egonya tinggi..RM8K claim, gila!! hahaha..yang penting kak jie tak terpedaya ngan orang camtu..sy rasa tak sampaipun RM500 benda tu.
    .-= Acaii´s last blog ..Photographer Kreatif? =-.

    1. sokong! mesti settle 0-0
      slow talk punya slow talk punya slow talk,
      last sekali owner BM tuh cair
      “kira 0-0 ja la macik, saya pon ada silap gak..macik jangan nangis2 dah ehh..shhh..alololoo”
      hahaha
      .-= Azizuan´s last blog ..ACEF 2010 : Peluang Kerjaya Sebagai Akauntan =-.

Comments are closed.