Intan Dituduh Mencuri
Anak

Intan Dituduh Mencuri

Saya baru balik hantar Intan. Hujan pagi menyebabkan lalulintas agak sesak tetapi bukanlah hari-hari macam ni… Kawasan hulu tempat jin bertendang ni, jarang sangat sesaknya, kecuali ada kes-kes tahanan pusat serenti larikan diri. Semua penjuru ada sekatan jalanraya.  Dua tiga minggu lagi sesak le kot… Pilihanraya Kecil P94 Hulu Selangor.

Rutin dah selesai, dalam perjalanan balik saya memandu santai sambil menyedut oksigen segar tanpa pencemaran. Sambil-sambil pasang Hot FM. Saya dengar radio waktu dalam kereta saja..

Sampai satu segmen ” Panggilan Hangit edisi Artis ” Mangsa kali ini Intan Ladyana pelakon filem Jangan Pandang Belakang. Jangan Pandang Depan Itu saja yang saya ingat atau drama yang saya ikuti. Edisi hangit pagi ini dibantu oleh  Fizo Omar ( kalau tak salah dengarlah ).

Intan dituduh mencuri barang kemas . Menagis-nangis dia menafikan. Siap ada ‘bomoh siam’ yang menelek secara ‘live’ di talian.”  sumpah demi Allah…i tak buat…..” huhuhuhu.  Beria-ia dia menangis.

Sedar tak sedar – entah bila saya dah sampai rumah siap parking dalam garaj tapi belum matikan engin.

Sedar tak sedar………saya pun sama  menangis sorang-sorang dalam kereta.  Pagi-pagi dah cuci mata.  aisshhh …. pelakon…pelakon!

psst! psst! jangan marah tau…bukan Intan anak Kak Jie!

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

84 thoughts on “Intan Dituduh Mencuri

  1. Jie… mula-mula baca tu dah siap dah fikir apa nak komen kat sini. Lepas baca, memang tak ada kaitan tapi nak bagi jugak komen tu. Adik saya pun pernah kena tuduh mencuri dulu padahal duit lebih yang dia ada tu saya yang bagi. Habis dia kena pukul dengan kawan-kawan dia. Sorang yang tuduh, kononnya adik saya curi duit dia. Dengki kot. Huh… saya dah ampunkan tapi saya tak akan lupa orang tu. Sakit hatiku ini… he he he. Jie, teman rindu ler kat Jie.
    .-= Elee´s last blog ..Pindah Rumah Siri Ketiga =-.

  2. huh aku terkena. dengan gambar si intan lagi disitu :mrgreen:
    .-= TMUkmkd´s last blog ..Kini Pet Society Dalam 3D =-.

  3. best woh layan talian hangit neh..kadang2 pecah perut gelak..pulak tuh, radio tuh boleh plak buat sedutan talian hangit tuh bagi jadi iklan..lagi la..hahaha
    .-= Azizuan´s last blog ..Ping Site Terbaru : myebuzz.net =-.

  4. LOL! HAHAHAHHAHA mati2 yonna ingatkan intan gebu mama tu! eiieieie mmg kena panggilan hangit edisi blogger ni haha
    .-= yonna´s last blog ..Trailer Lagenda Budak Setan =-.

  5. kak jie ni buat suspen betul, igtkan intan anak kak jie yang glamour tu, rupa2nya pelakon..

    huhuh minat dengar hot fm ye, saya ni dengar sinar FM, dah lama dah sampai skrg tak pernah ubah siaran dalam kereta tu…
    .-= mijie´s last blog ..Naikkan trafik blog part 2 =-.

    1. bukan minat – kak jie memandu p sekolah hantar Intan tak sampai 15 minit pergi balik..kadang2 radio tu bukan difokus sangat pun… Kak Jie jenis bersembang dalam kereta…kalau dengan cik abang …. memang jarang kami diam..kalau dengan anak-anak pun macam2 topik kami sembang… radio tu sekadar ada je :mrgreen:

    1. Kak Jie jarang dengar radio…kebetulan je hari ni
      dan kebetulan je nama sama – Intan

      uik…….jgn hangus kat sini..heheh

  6. haiyaa… kak jie ni… buat cuak jer..
    ingatkan Intan anak Kak Jie la… erhh..
    upenye dengar radio.. chis
    .-= Kreuger´s last blog ..Salah masuk lubang… =-.

    1. Pakcik Man ni……….cepat je kalau Intan :mrgreen:
      Mula tulis entri ini langsung tak terfikir tajuk
      bila dah siap publish pun masih tak terfikir hangit ke hangut
      alih2………….ramai pula yang terbakar..hahahaha :mrgreen:

  7. hahha,
    ramai yang terkena,
    aried xcted baca,
    dengan gmbar intan tgah tito,huhuhu, ingt die baru pas nangis,
    aiiii,kak jie
    hahhahah, WAKENABEB!!
    .-= aried´s last blog ..ServerFreak Web Hosting TERBAIK!! =-.

  8. saye pun ade juge dengar..kesian si intan tuh kene..nangis2 lagi..pandai betul kenekan orang..

    p/s – hehe..komen yg sebelum ni nak lepas ‘geram’ sebab dah terkene
    .-= hafizmd´s last blog ..Blog ini berehat sebentar.. =-.

    1. pagi tadi , kan………… kat sini hujan
      memandu slow motion balik dari sekolah….
      kak jie sampai nangis2 dengar dia nangis2..hehehe

    1. ehe…ehe…mmg Intan pun…. bukan Nora Danish ke?
      Lisa Surihani ke.. he he he

      jgn ko bakar blog ni udah..

  9. pandai kak G buat gimmick..ramai dah tertipu rupanya dgn tajuk entri kali ini termasuklah diri saya sendiri…

    p/s: artis nie juga belakon dlm filem Adnan Sempit…
    .-= Nadri´s last blog ..Teknik Penipuan 3 Dalam 1 =-.

    1. dua2 tu Intan.. he he he
      asal entri nk bgtau kita ni mudah nangis
      tapi bab Intan pula yg timbul
      ramai sungguh peminat dia..hehe

  10. kesian Intan tu kan tapi bukan intan kak jie ya..kesian dia kesian
    .-= denaihati´s last blog ..Blog Emilayusof.com menang Peugeot 308 VTi =-.

  11. ingatkan anak kak jie. tipah tertipu..
    .-= Amir´s last blog ..Tingkatkan Trafik Blog Melalui Facebook Fan Page =-.

  12. ingatkan intan anak kakjie. laju je klik nak baca. rupa2nya intan ladyana. haha
    .-= zaiMi´s last blog ..Din Beramboi Koma Dan Kritikal =-.

    1. uh…ramai betul peminat cik intan tu
      masing2 risau pasal dia le pula
      jgn dibakar hangus blog kak jie udah le…hehe

  13. mmg hangit la kak jie..hehhehe :mrgreen: :mrgreen:
    .-= eiyda´s last blog ..eiyDa:: Best ke ada Blog dan bergelar Blogger:: =-.

    1. he he he……………… popular betul dak Intan tu..aiiishhh
      mencabar betul,

      jangan hagus kat sini udah le…hehehe

  14. Mari sama-sama…. “Kami terkena entri hangit dari kujie2.com”
    .-= fahmi ibrahim´s last blog ..KESALAHAN KETIKA MENYAMBUT EARTH HOUR? =-.

  15. Ingatkan mmg intan tadi..baru nak terjah blog intan..huhu
    .-= yoy´s last blog ..(Review) 3 Idiots Memang Terbaik. =-.

      1. hehe..terjah blog kak, bukan tuannye..huhu:)
        .-= yoy´s last blog ..(Review) 3 Idiots Memang Terbaik. =-.

  16. hemmm ….kak ji punye tajuk dan intro tu….dengan saya sekali yang terkena….mula-mula ingatkan sapelah intan ni…last last panggilan hangit rupanya….tipah tertipu oleh kakjie…pandai betul buat gimmick :mrgreen:

Comments are closed.