Peribadi

Indahnya bumi tercinta

Saya bertolak balik dari kampung jam 12 tengahari. Memandangkan kami tidak tergesa² untuk balik, kami luangkan masa merayau ke petak bendang melihat kehijauan anak² pokok ” beras”.



Cuaca yang mendung dan suasana berangin cukup mendamaikan. Pakcik suami saya ada kebun mangga dan dijual di tepi jalan seperti ini. Dulu dalam 5-10 tahun dulu, hanya orang² Cina yang berniaga jagung, mangga, kelapa, keledek, keladi , ubi dah pisang sepanjang jalan di laluan Tanjung Karang – Sekinchan tetapi keadaan semakin berubah sekarang kerana saya dapati semakin ramai penduduk kampung sendiri memasarkan hasil pertanian mereka dengan menjual terus di tepi² jalan.

Sepanjang balik, banyak yang kami bualkan. Itulah cara mengelak mengantuk setelah semalaman penat berkenduri kendara.

Dari Rawang keadaan sesak teruk menghala ke Kuala Lumpur. Syukur kerana kami sering berlawanan arus . Sejak tahun 1998 , kami membuat keputusan untuk keluar tinggal diluar Lembah Klang untuk membesarkan anak² kerana kami lebih selesa tinggal di tempat yang jauh dari riuh rendah dan kesesakan jalanraya.

Bebas terbang seperti bangau di kehijauan indah bumi tercinta.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

18 thoughts on “Indahnya bumi tercinta

  1. Noushy Syah bukan saja aman damai ..tenang…tetapi sumber kekeyangan !
    😀

    kak teh mmg bz..blog dia bersawang spiderman bagai tu.

    oooo…. lori sayur dari Cameron Highland nak ke Pasar Selayang la tu..mmg Tapah – Kl laluannya.

    khal time kenyang…baring sure mata terlelap je ….dihembus² diusap² dibelai²…syahduuuu!
    :p

  2. salam Jie
    Lama benor Teh tak letak komen, walhal hari2 hit blog red, blog kujie, blog equil..cuma malas nak post komen sbb blog sendiri tak terupdate…

    harap Jie sekeluarga sihat..tak lupa selamat hari merdeka..

    Teh pun balik kampong gak on merdeka holiday..odw back to KL on sunday tu sangkut skit from tanjong Malim to Rawang, sbb ada lori sayur terbalik..berterabor tomato atas hiway tu..

  3. zana tu kat sg. burong la tu…umah kt sg air tawar sabak bernam bkn kt bendang tu…tu pic otw blk sini…tp sawah mmg ade kt Parit 2, sg besar

  4. kak jie kat belah mane ek? zana kat parit 3 sg burong. umah pak long bebetul dikelilingi sawah. best oo.. insya Allah klau raya nie sihat.. sure pi umah dia. best sgt2. sbb berangin je..

  5. faisal tu bendang org, ada bendang tp sewakan kt org..so bila cuti jenguk² bendang org je la…:p

  6. bestnye kak jie dapat duduk kat tepi bendang yg sayup mata memandang tu,huhu..waa, bestnnyeeee..!!1

  7. lily sok lusa kita p ambek gambaq lari2 kt batas bendang ye ..

    myheart mana hilang makcik…berkurun baru muncoi?

    muncoi² mintak pelam..ada apa² ke?
    😀

  8. sedapnyaaa la mangga tuh kalau dapat makan.

    sangat seronok kalau dapat amik gambar tepi bendang, lagi2 kalau padi tuh naik dan kehijau-hijauan .. cantik

    🙂

  9. zura tgok air dlm parit tu..berombak² sakan…pasti angin menderu²….

    ien yg kuning susun atas rak tu buah pelam..jagung atas meja susun bentuk piramid tu…

    *huluQ spek mata…..

    jeff Azura ka? Pilem lain kot no.. yup..setuju mmg mendamaikan!

  10. tengok gambaq tu teringat filem yg Ogy Ahmad Daud nyanyi2 kat sawah ..

    cantik ! eh tak .. mmm bukan cantik.

    DAMAI ..

  11. red mummy meh..meh..kita lari² tgh bendang…tangkap bangau !

    hayat bila jauh tentu rindu rinduan…. raya nnt blk M’sia kan…bawalah bekal p beraya tgh bendang 🙂

  12. Jie…sy rindu dgn sawah bendang camgini…tunggu lah bila balik kampung hubby nanti…dapatlah pg bendang…

Comments are closed.