Mereka Bukan Blogger
Peribadi

Mereka Bukan Blogger

Hi! Macho tak ?  Nama I Nemo.  Yang gemOz tu tangan Makcik Jie!

Saya bukan tuan tanah yang kejam tak berperikebinatangan, setiap hari sewaktu membersihkan bekas tempat tinggal kura-kuraku, saya akan lepaskan si comel ini  bebas secara semulajadi.

Kolam kecil ini ada ikan² guppy.  Sangat comel melihat si guppy ini menyentuh rakan baru setiap kali menerima tetamu.

Melihat makhluk comel ini berenang dan menyusup di celah² daun dan akar pohon keladi sangat mendamaikan.

Ada 3 ekor sekarang, satu dah hilang minggu lepas.  Tak pasti dia memanjat ke mana atau memasuki kolam besar dan di makan ikan talapia( mungkin)

p/s – Ini bukan King Kenny atau Princess Mia.  Keduanya dah mati.

©kujie – kereta saya telah didaftarkan semalam 3106 – sekarang tunggu penghantaran dari Proton.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

44 thoughts on “Mereka Bukan Blogger

  1. Lawa pulak bahagian belakang kura-kura tuh erk… tak pernah perasan sebelum ni… 😀 ke sebab kura-kura kak jie jer yang nampak cantik camtuh… huhu

  2. Kura-kura ni kalau dah besar karang tak comel dah.., rupa jauh beza dengan time kecik. Cuma jarang orang dapat bela ni sampai besar.

  3. Tambah sikit lagi;

    3+1+0+6 = 10. Buang kosong. Tinggal 1.

    ONE : Root of unity. Sempoi kan?

    Cuma analisa peribadi saya saja. 😎

  4. Aritu ada pernah nampak “Blogger Cap Ibu dan Anak”

    Ni dah kena tambah “Blogger Cap Ibu dan Anak dan Wonderpet”

    p/s; Kat mana la agaknya si Nemo tu sorok kapal layar terbang dia, ya?

  5. comelnya, adik sy dulu bela gak. skg dah besau. mana nak letak pun dah tak tau. kat umah bukan ada kolam pun. hehe

  6. kereta kecik je… sesuai family yg makin kecik
    anak2 bujang dah besar2 tu masing2 dah tak ikut mama dia lagi

    yg besar ingat nak let go…ada 3, yg pakai kak jie sorang 😆

  7. Kak Jie, comelnya mereka. Mesti happy dapat tuan yang prihatin ni. Tak nak bawak jalan-jalan sini ke guna keta baru? 😛 lalalalaa 😆

  8. 😉 like this post bersahaja tp ada makna…: )..u rite kujie Mrereka buka blogger sbb tu mereka x kisah pon dimana mereka diletakkan….

  9. err.. rasanya keta baru kena selalu penghangat sampai 1000km ni kakjie..

    kalau gitew, pandu ler sambil melawat sedara kak jie yg keja kat plaza tol kota damansara itu.. dan lajak sedikit sahaja ke rumah maza.. boleh ler kita main drift dan test performancenye…. ehhehehe

  10. Saya ada kolam ikan tepi rumah tu Tie…bila dah besar, saya dah tua ( kata Intan…dia hidup 100 nanti sapa nak jaga dia) lepas je dlm kolam tepi rumah tu.

    Mungkin dah besar kot..yang ni ikan guppy yg malu2 sentuh dia…dia mencicit lari sembunyi 😆

  11. kecik pun lari punyalah laju
    sejak bela kura2 ni dah buang dari kamus kata
    ‘slow mcm kura2’
    sebab tu dia menang masa race dgn arnab 😆

  12. Kalau Nur bela kucing di rumah.. Abang Nur yg sulung pula bela kura-kura juga.. Dah besar dah.. :mrgreen:

    p/s: No wonder ada gambar kura2 dekat header blog Kak Jie..

  13. kura-kura kecil ni cepat sgt mmbesar kak jie. Sy pernah bela. Masa beli saiz die besar syling 50sen je..

    beberapa bulan pastu dah besar tapak tangan. Sekarang dah lepaskan ka sungai sebab makin besar, makin x selesa dia dalam akuarium…hehe

  14. Eh, Tie dulu ada bela kura2 kecik ni, tapi sekor mati lak. Sampai besar tapak tangan, terpaksa antor dia ke resort air terjun sekayu sebab tak larat nak cuci aquarium, cepat sangat kotor.

    Tapi, kura-kura kami tu pantang tengok ikan guppy. Terus terkam dan makan, sadis tengok.. ala-ala canibal.

  15. yee mereka bukan blogger, tapi rakan blogger… heheh

    kecik2 nye mereka ni kak, bila nak besar ni..? :mrgreen:

  16. alamak kiutnya, bila nk buh gmbr si Nemo kt header, baru e ngkap rasanya…ehehe

    wah kakjie berkereta barulah ye nanti 😆
    bau kedai sampai sini…

Comments are closed.