Cara Buat Cekodok Pisang – Terimakasih MatLuthfi
Resepi

Cara Buat Cekodok Pisang – Terimakasih MatLuthfi

Pada suatu hari yang indah permai, sepasang suami isteri jarak jauh sedang bermesraan bercekerama lewat Video Call. Sedang bergelak tawa bertukar cerita dan gossip tiba² suami yang jauh di perantauan bersuara:

“Yang… macam mana nak buat cekodok pisang, yang….”

Isteri yang comel jelita ketawa bagai nak  rak. Suami yang hidup dari zaman berhingus sampai dah akil baligh bergelumang dengan kebun pisang , sampai dah muak tengok pisang tiba² boleh termengidam cekodok pisang.

Selepas diterangkan itu ini begitu begini sampai tegang² urat leher tetapi ‘pelajar kelas masakan’ di sana masih tak faham², tercetuslah idea untuk berkongsi video youtube MatLuthfi.

“Mula-mula abang buang kulit pisang dulu…jangan boh sebiji² macam tu ja dalam besen”

“Lepaih tu..abang lenyek pisang. Tak kiralah dengan pa…mak selalu lenyek dengan gelaih…, pakai garpu pun buleh…  kalau nak penyek² pakai tangan pun tak dak pa aih…tangan tu anggota badan kita, bukan kotokq pun”

“Bila dah huncok , boh tepung gandum…”

“Agak agaklah…kalau pisang berayagk boh banyak sikit… tak payah dok sukat²…tuang ja dalam tu…hihi ”

” Boh gula , dua camca cukuplah….”

” garam secubit…. cubit dengan jari , tak syok pakai sudu..hilang seni ”

” Goi  goi semua tu sampai sebati…”

” Panaskan  minyak masak, jemput² dengan tangan ….tapi kalau takut terperecik minyak hangat, takut berparut nanti saham jatuh, pakai camca pun buleh.

Jangan tinggai pula… tengok dah perang² skit, kaleh cekodok tu.., kalau tak jadi….

“Kalau tak..jadi lagu ni lah…. Orang tua dok habagk jangan nyanyi kat ceruk dapork , pasai ni la…..”

Tak taulah lepaih habis kelas masak ni, dia buat ke dak cekodok pisang ni..hihi.

p/s – resepi tradisi memang payah nak diterangkan dalam bentuk sukatan, kena ‘practice makes perfect’

gambar sumber youtube ma ma ma ma ma

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

33 thoughts on “Cara Buat Cekodok Pisang – Terimakasih MatLuthfi

  1. Cekodok pisang bagus untuk camilan berbuka puasa, besok saya bisa buat nie
    trims Kak Jie atas resep masakannya yang sangat inspiratif ini 🙂

  2. saya kalau buat cekodok pisang mesti besar2 gedabak saiz nya , saya suka kalau balik kampung mak dan mak mentua masakkan cekodok , kecil2 comel2 sedap2 belaka.. maklumlah org masakkan meme sedap! hehe

  3. wakakak.. gambaq last tu memang lawak.. cengkodok sudah tukaq jadi itik rentung.. ahaks…

    hahahaha
    :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:

  4. dah tengok semua video dia kat youtube. Memang best-best semuanya. gelak tak henti-henti.. :mrgreen:

  5. Buat resepi makanan secara video pun menarik gak ….boleh ulang SEPULUH kali sampai faham…..

  6. Lahai..sampai hitam legam cekodok tu…hehe,tp bagus lah matluthfi ni,saya pon tak pandai buat cekodok sgt. klu nk mkn,husband yg tlg bancuh dan saya tlg goreng

  7. Assalamualaikum,
    Hu hu hu inilah makanan ruji kesukaan saya la la la —> stail saya pun sama, semua benda bantai dan tibai sesedap rasa tanpa sukatan. nak ajar orang sangat payah bila depa minta sukatan. Kalau ikut “berapa cawan” masih juga boleh agak…kalau jenis tanya “brapa gram gandum nak letak?” terus je cheQ nganga tak tau nak jawab hu hu hu

  8. haha, aduh,,tapi kan tak sanggup la nak lenyek pisang guna tangan wat cekodok, uli tepung tuh takpe la.

    maybe boleh kot kalau pakai tangan, jangan bagi orang nampak je la. 🙂

  9. hee…comelnyaa..harap2 cik abg dapat cekodok pisang yg sempurna lah..nak harap air tangan isteri, jauhnya di perjalanan.. 🙂

  10. Hahahaha jangan cekodok pisang tu hangus cam matluthfi punya sudah…ehhee 😆

  11. ishhhhhh mestila cek taw buat kak kujie. hehe jemput2 bawang bersalut udang bermasa pun cek taw. hehe 🙂

  12. dah seminggu tak beronline, tak tau dia buat ke dak cekodok pisang ni..hahaha

    elee…org yg gelak ni pun, tau ka buat cekodok? 😆

Comments are closed.