Kucing… Saya bukan tak suka kucing tapi tak suka nak bela kucing. Suami saya tak suka kucing. Tak suka bukan bererti membenci cuma mengelak untuk membela kucing.
Tetapi dugaan memang banyak – sebab tak suka lagi kucing tu suka datang sini. Kat atas siling rumah tu silih berganti dia jadikan wad bersalin. Untungnya siling rumah tak ada tikus.
Sekeliling rumah saya ada 4-5 ekor kucing. Ada yang memang lahir di sini tetapi bukan saya bela. Saya tak pernah bagi dia makan , cuma kalau ada baru bagi.
Ternampak kucing baru – kasihan dengan telinga yang berkudis. Entah dari mana datangnya – singgah untuk minum di kolam ikan saya.
Macam tu juga dunia blogger, kalau ada yang kita tak suka – jangan benci. Selagi dia tak ganggu hidup kita, kita belajarlah bertolak ansur untuk hidup bersama lebih aman damai dengan berbagai perbezaan tersebut .
“Intan…minta susu Intan sikit bagi kat kucing..susu mama dah tak de…Intan telan dulu sampai kering…”
hahaha…kaw kaw dia gelak!
Apa lagi yang best di sekeliling?
owh…teratai saya berbunga lagi – memang kerap dan biasanya teratai akan berbunga sepasang. Subhanallah – kuasa Allah yang mencipta . Bunga pun keluar berpasangan untuk meneruskan proses pembiakan zuriat.
Cantik, kan bunga. Walau jangka hayat tak lama tetapi tiap kali dia berkembang akan meninggalkan aroma yang indah untuk kita.
Saya pun nak jadi macam bunga – mengindahkan hidup rakan-rakan sekeliling walaupun seketika.
Taman sekangkang anak kera saya dah semak samun..tunggu cik abang balik. Dia lebih rajin berkebun …serius! Saya dah sediakan list ‘thing to do’ panjang² depan pc ni.
Jangan berangan nak balik bercuti ye cik abang…
©Kujie – tak suka dengan tajuk entri ni!
ada kucing dok melepak kat rumah neh..bisu kot..mengiau tak keluar suara..tapi belagak tak mau dekat ngan orang
.-= Azizuan´s last blog ..Suratkhabar : Iklan Lebih Dari Berita =-.
kalau nak jaga kucing kena ada komitmen, kalau tak haru rumah jadiknya!
.-= akuvision´s last blog ..Precise Portion Electronic Pet Feeder =-.
setuju..setuju..
kesian cik abang, balik bercuti yang tak de cuti.. hehee
.-= fiezaradzi´s last blog ..Creative Youth Blog Program =-.
emm..kurus gila kucing tu.
.-= full time blogger´s last blog ..How to become a Good Liar? =-.
sedih tengok kucing kurus tu….
.-= papabear´s last blog ..Rumah Stroberi =-.
Takut kalau dicakarnya dek kucing….fobia, dulu kecik2 penah kena cakar….huhuhu
.-= amry´s last blog ..Kerja…Kerja…Kerja =-.
emm..saya pun kurang suka dengan kucing..tapi tak la sampai membenci..;)
Masa kecik2 dulu gemo betui ngutip buah teratai kat dalam parit. Skang ni bukan ada dah tumbuh subur kat kampung. Air parit pun dah tak boleh buat mandi.
.-= Dr House´s last blog ..Benda alah untuk pisahkan kuning telur dari putih telur =-.
Dulu masa kecil, memang ada bela kucing, tapi sejak kahwin ni, kurang gemar, mungkin terikut-ikut perangai suami. Cuma yang paling teruk bila jadi allergik dengan kucing ni. Tak tahan baunya .
cantik bunga tu kak jie..kalau ada di rumah saya, sudah tentu pasang macro lens, dan snap banyak-banyak..hehe
salam bertemu kembali kak jie.. ^_^ kak jie sihat..?hopenye ceria2 sokmo..
mm,makhluk kucing ni mmg comel,tp tula,kalau mmg minat nak bela,kenela betul2 bertanggungjawab,kene bg makan,bersihkan,main dgn die..kalau lebih2 kurang nnti,takut jd kes menganiaya plak..hehe
-skang ni tak bleh bela lg sbb dok umah bertingkat ni,payah skit..:D
.-= nadinezuharra´s last blog ..:: Yang kita sangka… =-.
Oh teratai bunga indah
Engkaulah pujaan hatiku
Telah lama aku rindukan
Wahai teratai bunga indah
p/s- sorry kak jie.. best pulak layan lagu nie kat sinie
.-= Bro Framestone´s last blog ..Bro Beradik Angkat =-.
semasa kecil tidur dengan kucing
suka sangat… kucing biasanya amat manja, waktu balik sekolah kucing tunggu di pintu pagar, selagi tak sampai rumah kucing tidak masuk dan tidak makan
menangis semasa meninggalkan kucing semasa memasuki maktab, dua bulan kemudian ia mati…. sakit rindu agaknya.. sejak itu tak pernah lagi bela kucing, anak-anak dan suami tidak suka, geli dengan kucing… tetapi kucing pendatang tetap diberi makan namun tidak dibenarkan masuk rumah
p/s: perasaan kasih dan kasihan pada kucing tak pernah padam
.-= ibuintan´s last blog ..Kasih sayang isteri sempadannya nyawa, kasih suami bagaimana pula? =-.
biase sgt ngn kucing2 ni..ade beberapa ekor kat rumah kampung. sana..kalau mati jer..esok luse, datang lagi yg lain…macam2 tau ajer..
p/s -biarlah yg terindah hanya sementara, asalkan kite mampu berkongsi keindahan itu bersama..thanks kak jie..
hmm…dok kondo ni susah nak bela kucing’
tapi jiran sebelah dok bela kucing tapi tak reti jaga
sampai tensen bila “mau”(a.k.a nama kucing jiran sebelah) buat laman dengan blakang rumah sbg tandas tak rasmi….geram sungguh….bukan tak suka kucing….kat kg umah mak mertua ekor lebih ramai dari orang….tapi rasanyer org tua jaga kucing takder la nyusahkan jiran sebelah. 🙄 …
bab membuang tu mmg geram
pernah sekali..erk dua kali
dia boleh masuk bilik Angah….buang atas katil dia
dua kali pula tu
budak tu merajuk tak nak guna cadar dan tilam tu..ishhh
jemur berhari2
kak kujie..
betul apa yg akak katakan tu..
penuh makna dan sangat manis sekali..
trimaaasssih ya kak!
🙂
.-= kella´s last blog ..RAHSIA =-.
hehehe… realiti kehidupan…
kucing yang berkudis
dan bunga yang berkembang
Same lah dengan saya. Rumah saya kucing lagi banyak dari orangnya. Masalahnya orang datang buang kucing dekat rumah saya. Tau2 aje dah bertambah ramai rakyat.
.-= Amirah Bte. Norjali´s last blog ..Ubatan Kesedihan =-.
tu la..org buang
lepas tu dia menetap
kemudian membentuk koloni..hehe
tapi dia dok kt luar
tak kacau dlm rumah
cantik taman kak jie. saya dah lama mengidam nak rumah ada taman macam ni. tapi saya tak rajin berkeebun. wakaka.
kesian cik abang tu balik jauh2, dah ada senarai panjang “things to do”. haha
.-= mrkay´s last blog ..Fakta Menarik Mengenai Hari Ibu =-.
taman kecik je kay
ada sumber air dari bukit
bela ikan , air fresh…air mengalir
ada ikan kaloi salah..sekor
dah besar…kadang2 jadi pets..dok usik..cuit2
tu list kak jie ‘things to do’
tak ttok lagi list cik abg pula….hahaha
saya pun tak menggemari kucing.
tapi tidaklah sampai memusuhi kucing pulak
.-= klcitizen´s last blog ..awan dania, K.I.T.A Carefree…. =-.
betullah tu… tak berapa gemar nak bela
nak berjalan2 susah
tapi ada saja yg serasi kat rumah ni
tak sampai hati pula nak halau..
biarkan jelah
betul…. kdg2 kita tak suka sesuatu tu, tp terpaksa berpura2 suka sbb itulah HIDUP namanya… kena bertolak ansur
.
.
apa yg penting?? KERJASAMA 😀 😀 😀
.-= kutaksempurna´s last blog ..Kenapa dilarang membunyikan HON di kawasan hospital?? =-.
ialah…dlm dunia ni ada mcm
tak kan nak semua ikut selera kita
tak kalerful lah..kan
Aku suka kucing, kucing tak tau la dia suka aku ke idak..
.-= adamfaiz´s last blog ..Dari Tukang Polish Tayar Menjadi Jutawan – Rahsia 20K Dalam 20 Hari =-.
hhehe..kucing lagi berganda2 suka tu
cukup le cuci najis anak. tak kuasa sy nak cuti najis kucing ke apa2 binatang lagi…
.-= matjoe´s last blog ..TIPS: Mendapatkan BUFFER Nuffnang =-.
tak dpt buka blog http://matjoe.com
dapat 404 not found
kat umah den ada dlm 15 ekor kucing kot.. seme tinggal kat luar.. kmi bg makan je..
tak pe la..ada org suka bela
kak jie tak boleh…suami tak suka
anak2 pun..tapi tak de la sampai nak halau dia
pasal kucing tu kan..family awe tak pernah beli kucing…tp kucing datang..patanh tumbuh hilang berganti tau..biase kami akan bela sampai mati…pas mati nanti ada anak kucing datang agi..heheh
Best ada kolam, ada teratai…. Nasib baik kawasan tu bebas daripada geng pemakan kucing, kalau tak dah ‘clear’.
.-= samdaddycool´s last blog ..Kaya Ball : simple business idea =-.
eh eh.. tertekan pula..
Aha. Rizal memang suka kucing. Rizal suka kandungan entri ini. Aha, dah tahu rahsia Kak jie hebat berblogging. Rupanya ada taman-taman indah penenang jiwa sumber inspirasi.
Tapi memang nampak sejuk kawasan taman Kak jie. Siap ada air – Kira fengshui bagus tu (ehh ya ka? main sebut je?)
Adoi, tak boleh tahan yang ni ““Intan…minta susu Intan sikit bagi kat kucing..susu mama dah tak de…Intan telan dulu sampai kering…””
Selamat hari Selasa Kak Jie : )
.-= Incik RestNrilekS´s last blog ..Blog Bahasa BM Yang Indah Itu "Syiok!!" =-.
Depan pc ni memang permandangan luar ke arah taman…. ada rimau, gajah, rusa , kuda belang..hehehe
jemu mengadap pc, curi pandang kat luar nampak langit, bukit bukau, awan yang mengebu…kadang2 berkabus lepas hujan 😆
ikan tu semua guna air dari bukit… fresh mengalir
Salam kak Kujie..
kalau la saya dapat bela kucing kan best… mak alah ngan bulu kucing, so takleh nak watpe, lagipon halaman tak besar 😛
.-= syahirul´s last blog ..Sehari bersama pemilik Justkhai.com =-.
ALong ada lelah…..tak elok utk bela kucing
sbb tu juga kak jie tak boleh bela kucing
suka kucing, tp tak pernah bela..hehe
tak bela………..tapi ada
banyak pula tu
tak suka tajuk,tp nak bubuh jugak T___________________T
.-= yonna´s last blog ..Kenapa Malas Balas Komen? =-.
ha ha ha … malas nak fikir 😆
saya pun tak suka bela kucing. tapi kat umah kat kampung, mak suka bagi kucing makan, sampaikan setiap pagi, dorang dah tahu pukul berapa mak nak buka pintu bagi makan. siap tercongok depan pintu…
*mak saya masak untuk berniaga kedai makan…
.-= Kancilbiru´s last blog ..Bila Puasa…. =-.
kalau masak utk kedai makan mmg biasalah dikerumuni kucing…
haha.. “hahaha…kaw kaw dia gelak!” saya pun turut tergelak kat sini..
Apapun, saya memang suka kucing. ada bela kat rumah, nama sinchan dan himawari. Sinchan berbulu putih sedikit hitam dikepala. Comel.
Nak bela kucing ni kena sabar, dengan karenah makan minum, najis, bulu.. hehe..
.-= arynet´s last blog ..Masih Mempelajari GIMP =-.
tak bela pun – tapi kucing lebih ramai dari manusia dalam rumah ni…
dia tak kacau, kita pun tak kacau dia..dia bebas kat luar tu..gebu2 sihat2 pula tu..