Pilihan Raya Umum ( PRU 13 ) dah selesai. Yang menang , yang kalah ada banyak yang perlu dilakukan. Saya kurang riuh rendah mengenai politik kepartian , tetapi lebih berminat membaca mengenai proses pilihan raya dan sistem pembentukan negara.
Sebagai rakyat biasa, rutin kehidupan diteruskan.
Sebelum pilihan raya sempena cuti Pekerja 1 Mei, kami anak beranak ke kebun. Lokasi kebun dengan rumah lebih kurang 60 KM.
Dalam perjalanan ke kebun, jalan dihalang dengan pokok yang tumbang. Terpaksa potong dan alihkan.
Angah beraksi dengan libasan parangnya. Melecur dan terkopek juga jari dia. Satu pengalaman berharga dan saya berkongsi petua – parang perlu dipegang kejap supaya tak bergesel dengan kulit sehingga melecur. Kalau dia tak pernah buat semua tu, tak mungkin dia tahu macam-macam skil kehidu
Digigit nyamuk perkara biasa, dah tak larat nak menepis. Telinga Angah merah digigit penyengat. Waktu berlari menyelamatkan diri, cermin mata dia pula terpelanting entah ke mana. Bukan senang nak mencari disebalik semak, rumput , ranting pokok. Nasib baik jumpa.
Dua beranak tu pikul tripod mendaki bukit, turun dan bukit disebelah sana barulah kebun kami.
Saya kena tinggal dekat station GPS,
Hari pertama , kami tak dapat siapkan kerja. Sehari sebelum pilihan raya, kami anak beranak turun ke kebun sekali lagi.
Kerja ukur tanah bukan sekadar, pacak , tembak dan siap. Sebelum turun tapak, kena buat kira-kira berpandungkan plan.
Tengok kebun kelapa sawit yang hidup subur, rasa mengebu-gebu gembira menghitung hasil yang akan dikaut tetapi sebelum semua itu berlaku, terpaksalah menghalung hutan belukar. Lengan berbilat kena daun dan ranting adalah perkara biasa.
Anak-anak perlu didedahkan dengan susah payah seperti ini supaya meraka dapat menghargai segala titik peluh ibu bapa atas apa yang akan mereka warisi. Tanah atau kebun yang ada bukan dapat dengan murah – petik jari kata orang.
Ini semak samun yang paling minima . Suami sedang mengajar Along gunakan Theodolite.
Saya pula pegang ‘target’ bukan datang makan angin .
Sementara tunggu anak beranak tu buat kira-kira , saya ambil gambar serangga yang ada dipersekitaran. Ada banyak serangga, burung, rama-rama yang dijumpai. Dari kejauhan boleh dengar bunyi monyet, burung dan entah apa jenis binatang lain yang saya tak pasti.
Pernah sekali ada orang bercakap di Twitter ” Kak Jie tak apalah, orang senang”
Ini bukan disebabkan senang atau susah tetapi boleh ditakrifkan sebagai sikap atau attitude yang dibentuk dari persekitaran , latar belakang dan hala tuju. Apa yang kami nikmati kini semua ada harga yang perlu dibayar, pengorbanan yang tidak dapat dihitung dengan wang ringgit.
Berusaha dan yakin, rezeki dari Allah Subhanahu wa Ta’ala datangnya dari pelbagai bentuk dan sudut. Tiap orang ada bahagian masing-masing di dalam dunia yang luas ini.
Nota : Suami saya kembali ke Hulu Terengganu pagi ini , moga selamat dalam perjalanan. 30 Mei nanti , Insya Allah berjumpa lagi.
setelah pemilihan kini kembali bekerja seperti biasa, mengukur tanah ya..
selamat beraktivitas
Suami kakjie kerja apa sampai jauh ke Hulu Terengganu?
Projek Hidroelektrik Hulu Terengganu
Suami kakjie kerja ukur tanah? Kenapa jauh sampai hulu Terengganu?
habis tu belakang rumah kak jie tak ada tanah nak diukur lagi… 🙂
banyak betul keje partime kak jie ni..hehe
Seronoknya ada kebun..kita anak bandar ni jarang dapat merasa ke kebun..sesekali teringin 🙂
gambar lebah tu gambar penyengat ke?
atau lebah kelulut…?
seronok ada kebun ni, dapat juga hasilnya kalau kita berbakti..
zaman sekarang ni bukan kata anak-anak je yang tak reti nak berkehidupan kekampungan, kadang-kadang yang bapak-bapak pun ada gak..hehehe..
syukur jugak sebab sy membesar di kampung, bila dengar anak-anak murid bercerita dengan teruja sesangat pasal dapat masuk dalam bendang, sy senyum je mendengarnya..
seronoknya masuk kebun. seronok bila apa yang ditanam menjadi.
berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya..
ukur tanah siapa tu?
suami kerja surveyor ke..
Hidup perlu juga diteruskan.Tak guna meratap dan ketawa berterusan sampai satu kerja pun tak jalan.
Lama cuti tak singgah sini.
Datang sini dihidang dgn cerita2 camni mmg segarkan mata dan minda.
Lega rasa =)
bersusah dahulu, bersenang-senang kemudian..hasilnya setimpallah dengan penat kita..
Bestnya ada kebun sendiri ni. Dulu masa sekolah saya merasa jugak berkebun di kebun nenek. Tangan melecur tu perkara biasa. Tapi puas hati apabila tengok kebun bersih daripada semak samun.
lagi best bila apa yg ditanam, mula nampak tunasnya =)
waduh..rajinnya berkebun.
isi hari2 dengan pengalaman yang berharga, sangat inspiratif ..
Bukan semua anak² muda sekarang boleh buat camtu kak jie
wah..senang tak guna theodolite tu? Sebelum ni hanya bercerita je kat pelajar mengenai benda alah ni bila ajar sudut dongak dengan sudut tunduk..padahal cikgunya pun tak pernah sentuh…hehe
Nanti saya nak ukur tanah kebun boleh upah Angah. 🙂
Apa bila melihat kebun kak Jie teringat akan ketika saya dibangku sekolah dahulu. Mana taknya arwah bapa saya akan bawa famili ke kebun pada hujung minggu untuk menebas, memetik koko, tarik getah skrap, angkat pelepah sawit dan kopek kelapa. Memandangkan adik-adik masih kecil ketika itu. Kalau digigit kerengga dan tangan kena selumbar adalah biasa.
Kalau menebas memang mengunakan secara manual dan bapa saya pula mengunakan mesin rumput. Sampai satu masa saya sudah mampu memperbaiki teknik menebas rumput dan lalang supaya potongan paras tanah dan pendek. Memang tidak ada peluang langsung selain tolong angkat mesin rumput masuk dan kereta dan keluar.
Apabila arwah sudah tiada jadi tanggungjawab tersebut digalas oleh saya pula. Saya akan dedahkan anak-anak supaya tidak manja dan merasai kesusahkan berkebun.
Maaf komen ini menjadi panjang pula kerana masih terkenang-kenag masa lalu.
Seronok ada kebun sendiri..ada masa terluang boleh pergi keluarkan peluh bersama keluarga.
Kalau nak ikut masa terluang..kebun tu dah jadi hutan.. tak boleh santai2 ikut masa..kena betul2 komitmen baru dapat hasil
saujana mata memandang…..kalau kita berbudi pada tanah, hasilnya meriah…ingat pesan orang tua…di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung….
menariknya pengalaman tu suma.. macam nak join sama.. lama dah x buat kerja2 cmtu.. 😀
Alhamdulilah,pernah merasa melibas,menebas,kena gigit pacat,tebuan tanah,tapak tangan pecah dll,memang perit rasanya,tetapi hasil nya nanti membuat kita mampu tersenyum.
* Sedang hadamkan kekalahan 🙂
waaahhhh… ini namanya satu keluarga bekerja keras.
lari baca entri kat sini sat. hilangkan tension sebab banyak makan racun pru13 semalam. kekekeke… carik penawar racun lepas tu carik suis lampu kat Fb dok tak jumpe-jumpe lagi.. mane tah suisnye hahaha.
p/s: komen langsung tak berkaitan. haihh :p
tapi faham kias kias nya.. kak jie dh lebih makan garam
hahaaha jangan banyak sangat makan garam tu kak jie. tak baik untuk kesihatan. hehehe.. jom lariiikkkkkk….