Pejam celik pejam celik , Februari pun sampai kehujungnya. Rasa sekejap masa berlalu walaupun tahun ini tahun lompat lebih sehari.
Selepas sebulan bercuti sejak balik Malaysia, uruskan itu ini begitu begini akhirnya kehidupan perlu diteruskan seperti rakyat marhaen yang lain.
Nota melaporkan diri berserta peta lokasi telah dikeluarkan. Bezanya kali ini bukan diluar negara,Β lokasi baru di Projek Hidroelektrik Hulu Terengganu di Tasir Kenyir.
Lokasi kerja di manaΒ² pun sebenarnya bukan masalah bagi bidang kerja seperti ini tetapi budaya dan suasana kerja itulah berbeza.
Kat sini, dengan satu jawatan semua kerja kena buat tetapi di luar negara, setiap post jawatan hanya melibatkan bidang tersebut. Tiap orang menjalankan tugas mengikut bidang masingΒ².
Inilah salah satu perbezaan besar bagi mereka yang pernah bekerja di luar negara.
Tugas seorang suami mencari rezeki begitulah bila tiba masanya untuk pergi kenalah pergi. Best juga tu kalau dapat liputan blogging dari sana tu.
org Malaysia all rounder, kak jie. sbb tu kena buat smo. org putih pon xleh lawan. sabaq byk2 na π
Assalamualaikum,
Tasik Kenyir???? Fuhhhhhh saya pula yang teruja.
Terbayang2 betapa indahnya hidup kawasan macam tu. Belum tercemar. menarik. Tapi…line tenet ada dak?
Dah lama teringin masuk tasik kenyir, masih belum kesampaian…
kalau xdak line internet, mmg kemaruk entry br la nampaknya….
Selamat bekerja kembali Kak Jie
Libur panjang kita pasti akan memberi semangat baru untuk memulai kerja
harap2 begitu lah π
kerja sepanjang tahun, spertinya cuti sehari pun terasa nikmat. Karena itu cuti harus dinikmati
yupppp kerja kat malaysia kerja macam kuli, kekadang kuli lagi boss drpd boss…
nk buat cmne, lain tempat, lain budayanya π
kakjie keje ape sampai kena pindah2 nie?
ok la tu…
ada tempat baru..
boleh tukar angin..
ehhehee
x gi jln2 kat kuala terengganu ker.hehe
best apa kerja jalan2..hehe
Assalam..
Cabaran ada di mana-mana…
sabar je la kakjie..
eh dah sebulan ye..rasa macam baru je kejap suami akak sampai malaysia
Ok lah tu Kak Jie, dapat merantau n cuti2 dalam Malaysia plak.
Tasik Kenyir, banyak khazanah tersembunyi di situ Kak Jie…
Yang penting ke hulu terengganu tu tak lah jauh sgt dr kakjie kan ..
selamat kembali bekerja.. π
nak dibanding dengan algeria, setakat terengganu apa ada hal…hehe
walauapapun, suami di sisi itu lebih best kan kak jie.. π
oh..paling penting dah dekat dengan keluarga π
semoga urusan kerja abang an dipermudahkan
selamat berkerja di tempat baru .. hehe
kat malaysia kena multitasking, multiskills, multipurpose, semua kena multi =P
kalau kerja sendiri ok la jugak..tapi keje dengan kompeni lain pun masih perlu tahu banyak perkara lagi-lagi swasta..kerja kerani kena tau keje teknikal kena tau kerja pengurusan kena tau..masalah fax repair sendiri..internet problem settle sendiri..masalah pc betulkan sendiri..belum lagi masalah dekat site..nak geleng ke garu kepala ni…=)
gaji je tak multi :p
Sedangkan office culture untuk company dalam negara sama pun dah lain-lain, kalau pergi luar negara lagilah macam-macam bezanya. Kalau pandai adapt memang senang.
dah senior2, keje pun lebih 20 tahun – dah boleh accept apa juga keadaan
anggap itu kehidupan.
sebelum ini jv dgn jepun, kat kenyir nanti jv dgn china.
Wah suami Kak Jie dah bertugas semula dalam negara!kerja tambah gaji tambah tak π
budaya keje kita kt sini, kena tau semua…gaji bayar utk satu jawatan saja :p
Tak apa asal dekat senang hendak berhubungan. Kalau duduk jauh hati isteri mana tidak tenang.
lepas ni boleh ber yahoo mesengger tanpa ada ganguan internet π
Belum tentu lagi. Kalau tidak ada liputan macam mana hendak buat.
tengah hutan belantara tu tataulah ada coverage ke tidak…
selamat berkerja ye!!