Ini lukisan Intan waktu dia 4 tahun, belum sekolah.
Kad ucapan hari ibu DIY. Tengok bulu mata tu… lentik macam insang ikan, kalah Rozita Che Wan. Kisah bulu mata insang ikan, klik sini Seloka Aidiladha.
Lagi power, saya digambarkan ada banyak tangan atau dalam bahasa berprofil tinggi – multitasking. nasib baik dia tak lukis banyak mulut.
Dear good mom ! Happy Mother’s Day…you are so special…
# ada banyak isu halal haram sambut hari ibu – kalau baca dalam internet ramai sungguh yang memberi hukum. Kalau isu poco², mufti boleh keluarkan garis panduan, rasanya kekeliruan masyarakat seperti ini juga perlu diberi perhatian.
# anggap saja itu lukisan dari anak untuk ibunya tanpa apa² acara istimewa.
nasib baik orang lidi tu dipakaikan baju…hehehe
esok hari ibu nak bagi ape .ye……………..
dia tak harap apa², tunjukkan kita ingat pun dah cukup
selamat hari ibu….semoga menjadi ibu yang baik dan sempurna kepada anak2 yang baik dan sempurna.
alahai comelnya kad hari ibu Intan..siap mama dia pakai anting2..
comelnya…hik3
haha adoi banyak tangan tuh. seronok tengok budak-budak melukis, semangat diorang melukis tuh penting. Selamat hari ibu Kak jie. Moga panjang umur dan dimurahkan rezeki banyak2.
Assalamualaikum,
Slamat hari Ibu Kak Jie…sambut hari ibu dengan ibu masing-masing lagi baik dari sambut hari entah apa-apa dengan macam-macam acara yang lalaikan.
Errrr nape tak keluar fatwa pasal banyak sambutan kat dataran ek?
Kalau intan da besar, tunjuk balik kad ni tentu mengundang kenangan padanya….hehehehe
bulatnya mata kakjie…hehehehehe
Semalam saya pun dapat dah dari pompuan ke-3 saya tu. Kelakarkan ayat-ayat depa ni. Dimulakan dengan minta maaf sebab selalu buat mak geram. Lepas tu janji konon dah besar nanti nak beri duit, kain dan mesin jahit. Geli sungguh hati dibuatnya. Tak tertinggal ros plastik putih dibeli di sekolah. Orang beri belanja dia ke lain perginya….
Namun dalam hati ada terharu. Mak tak minta apa-apa. Asal kamu dapat membesar sejahtera sihat dan pandai membawa diri. Mak doakan kebahagiaan semua…
Betul KAK. Saya pun banyak simpan lukisan2 anak-anak semasa sambut macam-macam di sekolah. Yang utk IBU ni, pun banyak. Tak ter“snap” gambornya. Gambaran luahan kasih anak.
Tengok balik mesti senyum.
*Mujur lukisan tu tu ada rambut. Kalu botak? hahahahahahah!
Wah Kak Jie masih simpan lagi kad ucapan hari Ibu. Anak-anak saya tiap tahun buat kad ucapan hari Ibu kerana sebahagian aktiviti sekolah 🙂
selamat hari ibu buat kak jie…macam mana intan lukis pun tetap bangga dan rasa berharga…cewah… 😛
sayangkan isteri tinggal-tinggalkan,
sayangkan anak tangan-tangankan
hahaha…kelako lah. idung ijau. mata cam nak makang budok
macam mana perasaan dah ada anak kan..
hehe
buat banyak keje…. semua keje mama yg buat, kan. Dia tak nampak abah dia buat keje, dia cuma nampak ‘abah pergi kerja’ 😆
kak jie…budak2 kecik camtu jujur tau….ape yg die lukis tu yang die nmpk psl kak jie…byk tgn? hahaha