Live Blogging

04082008- inilah harinya

Seperti selalu, masalahnya apa nak bagi ye? – Saya belum beli, ada idea?
Saya perlukan material, bukan tandanya materialistik tetapi saya realistik bukan plastik.

Hari ini hari ulangtahun kelahiran suami tersayang.. (dia komen – kalau ada TER, maksudnya adalah  lain yang tidak TER ) :lol: .  Malam tadi tepat 12.01 pagi saya sms ucapkan selamat ulangtahun kerana dia masih bermesyuarat di rumah jiran untuk majlis serah kerja kenduri kahwin minggu depan.  Saya tertidur tak sedar bila dia balik.

Dalam mamai² saya dengar dia cakap

” eh..siapa yang hantar hadiah ni…cantik tapi berbalut.  Nak buka balutlah..nak tengok…”

Tink!  Lampu ditutup.

Sama ada dia buka dan lihat saja hadiah tersebut atau dia terus guna pakai hadiah malam tadi tak perlulah saya bagitahu….:oops:

Secara fizikal suami saya bukanlah seorang yang macho atau romantik tetapi setelah hidup bersama hampir 17tahun saya mengenali segala sikap baik dan buruknya dan saya boleh cop SIRIM atau pun cop ISO bahawa dia adalah suami yang paling baik untuk saya.   Sebagai dua individu, kami sangat berbeza dari segi pendapat atau pandangan tetapi sebagai pasangan , kami boleh sepadan.  Mungkin kerana kami dapat melengkapi kekurangan yang ada di pihak masing².

p/s .. dia yang lebih kerap mengucapkan @ memuji saya dari saya sendiri.. lelakikan pandai bermain kata menanam tebu dibibir? :wink: dan tahu apa yang perempuan kehendaki.

Tahun lepas saya bagi hadiah Cenderahati yang tidak mungkin mencederakan hati

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

20 thoughts on “04082008- inilah harinya

  1. erk.. komen saya kena delete ke? Terlalu 18SX ke.. ampun maaf.. tak berniat apa2 pun..

    Wasalam..

    Kujie ~ ehhh…saya tak pernah delete komen 🙄

  2. 😆 cunnya kak jie dalam gambaq tu,tengah berdatinglah tu kot

    Kujie ~ Baru kawen tu…tgh berhanimun kt Cameron Highland …huhuhu..thn 1991 😆
    tgh ayu lagi…

  3. selamat hari lahir…

    semoga panjang umur dan dpt bahagiakan kak jie selalu. yeah…..

    Kujie ~ aminnn……….moga2

  4. muhahaha..mesti ko tgh mamai 😉

    so the ending of the story..ko bgn pagi tgk baju kecik ngn suar kecik dah hilang…lorr camne bole tak sedar uishhh 😳

    …………..

    larikkkkssss dgn sekuat hati takut kena pelangkung dgn senduk 😈 😆 😎

    Kujie ~ cessss……….dtg shooting drama 18SX pula kt sini 😳

  5. wahhhh…gbr tu dh berusia 17 tahun ekkkk 😉

    Kujie ~ gambar paling manisssss…hehehehe 😆

  6. hepi bday asben kak jie!semoga panjang umur & murah rejeki..

    Kujie ~ terimakasih… 😮

  7. Bila hari jadi, mesti ada hadiah.Dah senonim…. dah ada hadiah kena berbalut pula. Bila berbalut, nak tengok kena bukak pulak. Ishhh.. apa toknabe merapu ni.

    Kujie ~ bkn merapu ni…. realiti..hehehehe..amboiiiiii dia bersusun ayat 😉

  8. itu kakjie ker dilitupi bunga-buangan… mama bunga.. tunduk malu… 😳

    Kujie ~ huhuhu…mesti arr…. control ayu baru tawen tu

  9. *happy birthday papa*

    oopss!! errr..mama,papa la kan lawan dia? haha

    *happy birthday pakcik*
    hahaa..comel2..
    semoga dia baca komen yonna ni :p

    may allah bless u always 🙂

    mama,mama mmg sangat sweet la 🙂
    happy tgh u had a very2 happy family =)
    mama ada semua..
    almost everything.. 🙂

    err mama kasi ape eh? isk..
    bagi la ending entry mama ni haha..
    buatkan kitorg teka2 lak :p
    tanya pakcik mz kang hahah 😀

    Kujie ~ hehehehehe..
    paggil ‘abg’ 😛
    eee…adiah ape?
    org yg buka balut tu je tau 😆
    pakcik mz ko tu tatau..hahaha
    dia serkap jarang yg dah koyak 😆

  10. akak ni malu2 la plak nk citer smpai abis…
    Huhu…
    Laki bini, buatpe owg lain nk tau kan??Huhu…

    BTW, Happy Bday to ur abang… :mrgreen:

    Kujie ~ :mrgreen: :mrgreen: tak boleh cite…sini ramai budak bawah umo

  11. Ada orang tu tunduk malu sambil kuis2 makanan.ceewahh…
    Happy birthday utk pakwe kat sebelah.
    Semoga sentiasa menjadi pasangan terbaik dan diberkati yg Maha Esa.

    Kujie ~ 😆 tu time baru kawen..mestilah control ayu…
    dah se10 thn ….gayung pun keluar.. 😆 😆

  12. Salam Ulang Tahun buat Cik Abg K.Jie yg tercinta. Moga segala impian bakal jadi kenyataan!

    Wallet, H/Phone, Vacation???

    Kujie ~ terimakasih intan…vacation..itu dah dlm perancangan..hehehe
    hp..dia baru je beli tak sampai sebulan
    owh..kautim jadikan hadiah la ye…hehehe 😆

  13. hepi besday utk suami kak Jie.. mesti suami kak Jie gembira.. sebab tiap2 tahun ‘hadiah itu’ sentiasa segar dan tersedia ajeee… 😉

    suka lah tengok gambar kak Jie tu.. malu-malu kucing gitu.. tu masa honeymoon ke Kak Jie??

    Kujie ~ ha ha ha…hadiah dibungkus cantik2….. 😆
    mmg ..tu gambo g honeymoon..tgoklah …malu2 kucing lagi tu…
    maklumlah kenal pun 6 bulan je..tak mcm org sekarang yg bercinta bagai nak rak 😆

  14. hapi besdei pada suami kakjie.
    begitu lah resam rumahtangga, kalau sama pendapat alamat kuranglah seri rumhatangga itu.

    Semakin berusia perkahwinan itu semakin ‘baru’ kita mengenali pasangan. semoga terus berbahagia dgn insan yg terbaik untuk diri masing2.

    Kujie ~ terimakasih ibu muadz… nasihat berguna dari org berpengalaman… 😆

  15. slamat ari lahir buat husband kak jie. moga dimurahkan rezeki dan pjg umo… amin…

    kak… kek kak?? ekekeke…

    Kujie ~ sama2… hari ni rasa hepi je..biasalah hari ade kek 😉

  16. Happy Birthday suami kak jie..

    esok mak saya yang terrrcinta pulak…apa nak bagi pun xtau lagi…ermmm….

    Kujie ~ terimakasih
    owhhh..bawa mak g poh kong 😆
    byk pilihan tu

  17. tarikh lahir sama tapi bulan lari la… saya lahir 04051980…. kekeke. jadi, saya ni kategori suami penyayang jugak la…. :mrgreen:

    Kujie ~ owh..dah lepas….selamat..hehehehehe 😆
    suami penyayang bkn di ukur dr tarikh lahir lah…

Comments are closed.