Yuran Guaman Pelepasan Gadaian
Pengetahuan Am

Yuran Guaman Pelepasan Gadaian

Selepas  bertungkus lumus mengikat perut,  pecahkan segala tabung ayam tabung gajah yang ada, akhirnya saya berjaya melangsaikan pinjaman perumahan 2 tahun lebih awal dari tarikh yang sepatutnya.  Berita gembira ini tak dapat diraikan seperti khabar gembira lain kerana akaun dah kempis.  Tetapi kalimah bersyukur itu memenuhi ruang rasa dalam jiwa.  Bagai gugur satu beban yang digalas.

Selapas dah habis bayar, kenalah hubungi bank untuk langkah seterusnmya.  Baca entri tersebut di sini – Berjaya Bayar Pinjaman Perumahan Lebih Awal

Proses seterusnya ialah bank akan hantar kepada peguam untuk proses  discharge of charge ( pelepasan gadaian ).

Bila bank sebut itu urusan peguam, automatik saya terus pahat dalam kepada akan ada bayaran yang perlu disediakan.  Bank cuma keluarkan pinjaman tak kurang tak lebih walau satu sen.  Semua urusan proses memohon pinjaman dan proses dah selesai bayar pinjaman akan melibatkan wang  yang perlu ditanggung oleh kita sebagai peminjam.

# nota untuk adik-adik yang akan membeli rumah – sediakan kos tambahan untuk dua pihak peguam  ( kecuali ada T&C perkhidmatan ini percuma )

  1.  peguan untuk S&P bersama pemaju
  2.  peguam untuk pinjaman bersama bank

Hari ini saya dah dapat surat dari peguam bersama lampiran yuran guaman tersebut.

charge yuran guaman

Ringgit Malaysia Tujuh Ratus Tujuh Puluh Empat Sahaja.  Dalam bil ini ada Service Tax 6 %, itu SST bukan GST seperti yang sedang diperkatakan sekarang.  Nak tahu GST tu apa, baca di sini – Apa Itu GST

RM 774 ini hampir dua bulan bayaran bulanan pinjaman perumahan  tersebut kerana rumah ini adalah rumah kos rendah flat 17 tingkat bersamaan 628 kaki persegi.

Apa pilihan yang ada?  Tak ada pilihan.

Kena bayar , kalau tidak urusan kita tergantung  tak selesai.

Baca entri macam mana nak buat Pengeluran Akaun 2 KWSP Untuk Mengurang Baki Pinjaman Perumahan dan  Blogger pun boleh mencarum KWSP!

Saya belum bayar ni,  dah tak ada tabung nak dipecahkan!

 

Nota :  entri ini pengetahuan untuk sesiapa yang akan membeli rumah di masa akan datang.  Menabunglah dari sekarang, tak kira tabung gajah, tabung ayam, tabung rimau atau pun tabung haji!

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

17 thoughts on “Yuran Guaman Pelepasan Gadaian

  1. Hurmmmm…..
    Dlm 4th Schdule SRO 2005 caj DRR RM300. Apsal akak ni kna 400 ekk. DRR utk 3 properties same deed ke?
    Sy pun lauya gak.

  2. alahai…baca ni baru teringat.saya punya pun tak buat lagi discharge ni…adehhhh….duit lagi.

  3. Lambat lagi hendak lepas tanggungan bank. Bayar sudah bertahun-tahun belum nampak ada tanda-tanda susut pinjamana kerana bayar faedah selama ini.

  4. nanti masa di Seminar, kak jie bawak tabung.. kot kot ada sahabat isi kan.. hehe .. kak jie kena buat muka comel lebih lagi.. sekarang da comel dah

    1. memang dah macam tu peraturannya.
      peguam yang buat kerja jadi kita kenalah bayar legal fees.

      * dah lama tinggalkan bidang guaman..

Comments are closed.