Nota : Entri ini adalah tanda kasih dari isteri untuk suami. Biasanya leteran isteri itu hanyalah hembusan angin lalu yang menderu laju seperti lajunya roda di atas jalanraya.
AES adalah singkatan kepada Automated Enforcement System. AES adalah sistem pengesanan dan merakam secara automatik kesalahan lalu lintas menggunakan alat pengesan yang dipasang di atas jalan dan perakam imej kesalahan menggunakan kamera (gambar dan video).
Pelaksanaan AES meliputi kesalahan:
- Tidak mematuhi lampu isyarat
- Memandu melebihi had laju
Maklumat kesalahan ini kemudiannya dihantar secara real time online ke Pusat Kawalan AES (Control Center). Maklumat diproses bagi mengenal pasti pemandu/pemilik kenderaan berdasarkan kepada maklumat pemilik/pemandu yang terdapat dalam pangkalan data JPJ.
Saman akan dikeluarkan secara automatik dan dihantar melalui pos kepada Orang Kena Saman (OKS). Sistem juga secara automatik menghantar maklumat kes ke mahkamah untuk tujuan perbicaraan jika OKS memilih untuk gagal membayar kompaun atau dibicarakan.
- Senarai lokasi pemasangan kamera AES untuk mengesan had laju mengikut negeri: Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya
Klik zoom in untuk mendapatkan view yang lebih jelas atau klik open in new window pada button di sebelah kanan.
- Senarai lokasi pemasangan kamera AES di lampu isyarat mengikut negeri: Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya
Saya akan kemaskini lokasi pemasangan kamera AES untuk negeri-negeri lain kemudian. Ambil masa untuk susun table seperti di atas. Terimakasih En. Azman AJK Kiah Propa Whatsapp yang telah mengajar saya gunakan Google Drive. Tak berapa kemas, nanti akan dibaiki
Senarai Lokasi Pemasangan Kamera AES Di Malaysia
- Senarai Lokasi Pemasangan Kamera AES Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya
- Senarai Lokasi Kamera AES Negeri Kelantan, Terangganu Dan Pahang
- Senarai Lokasi Pemasangan Kamera AES Negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah Dan Perlis
- Senarai Lokasi Pemasangan Kamera AES Negeri Johor, Negeri Sembilan Dan Melaka
- Senarai Lokasi Pemasangan Kamera AES Negeri Sabah, Sarawak dan Labuan
Info penting bagi semua warga Malaysia ni
thanks dah berbagi info
Kamera dipasang di merata tempat,
Untuk merakam kesalahan pengguna jalan raya,
Mulai sekarang pandu kenderaan jangan cepat,
Takut nanti saman daripada traffik dengan tak semena.
#Kena berhati-hati di jalan raya, tidak kira ada kamera atau tidak, demi keselamatan kita serta pengguna jalan raya lain.
tadi pdf dalam iframe tak nampak. now ade plak. :p
tadi lupa nak share..private…kehkeh
sorry sifu. pasai pa tak ajar yang tu. :p
dah siap 4 lagi entri…. utk negeri2 lain
tu la pasal. saya dah edit kat post. tertinggal tang tu. lupe disaat akhir. maafkan saya. wallaa~ hahahaha
tak pa..kak jie berxperimen byk benda hari ni
mula2 nak copy paste kat excel , buat kan table kemudian baru upload.
mula² buat satu², kemudian edit buat 3 negeri satu table
huh…. seronok jugalah berekperimen benda ni
sebenarnya ade juga beberapa cara, even file tu adalah spreadsheet dalam google drive.. terus publish as pfd. kemudian pergi ke google document viewer untuk generate i-frame embed code. pon boleh jugak. cara ni tak dinyatakan dalam entri tu.
so kalau cara ni.. kak jie tak perlu convert ke pdf kat pc. terus je dari google drive.. dapatkan link generated as pdf.. kemudian… generate iframe dari google document viewer.
cer google… google document viewer.. munkin kak jie akan rasa method ni lebih mudah sebab semua buat dalam google drive. tak perlu convert di pc terlebih dulu.
hoho..kena hati-hati nih..kawasan gua lalu tu..