Hari yang sama saya dapat surat dari KWSP menyatakan amaun pengeluaran telah dikreditkan ke dalam akaun bank pinjaman perumahan saya.
Hutang saya dah kurang…
Ini adalah pengalaman pertama kali saya membuat pengeluaran KWSP atas Akaun 2 untuk mengurangkan baki pinjaman perumahan. Saya pergi KWSP Selayang untuk ambil Borang Permohonan KWSP 9C .
Tahun 1999 saya pernah mebuat pengeluaran simpanan Akaun 2 untuk membiayai membeli rumah pertama.
Mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk mengurang atau menyelesaikan baki pinjaman perumahan dibenarkan oleh KWSP untuk
- Pembelian secara individu; ATAU
- (ii) Pembelian secara bersama dengan ahli keluarga terdekat (ibu-bapa, suami-isteri, adik-beradik atau anak-anak) atau individu lain yang tiada pertalian keluarga; ATAU
- (iii) Membantu suami / isteri mengurang atau menyelesaikan baki pinjaman perumahan suami / isteri
Selain syarat² utama – warganegara dan semestinya pencarum KWSP, syarat lain adalah belum mencapai umur 55 tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP dan mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM500.00 di dalam Akaun 2.
Permohonan boleh dibuat SEKALI SETAHUN daripada tarikh pengeluaran perumahan terdahulu
Dokumen penting yang diperlukan
- Salinan Kad Pengenalan
- Penyata Baki Pinjaman Perumahan mengikut format yang ditetapkan oleh KWSP
Hubungi bank yang memberi pinjaman perumahan untuk mendapatkan penyata baki pinjaman.
Cawangan bank saya di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Saya pergi bank dan serahkan dokumen seperti S&P dan surat tawaran pinjaman. Seminggu kemudian bank telefon bila dokumen siap.
Ada beberapa bahagian pada borang saya agak was-was, saya tanya pegawai KWSP di kaunter. Proses permohonan saya diluluskan selepas 5 hari.
Nampak senang…tapi memang senang pun. Cuma diri sendiri yang berdebar² risau takut tersilap isi tersilap tulis.
Borang KWSP 9C juga boleh dicetak melalui laman web KWSP – http://www.kwsp.gov.my atau minta untuk dihantar melalui alamat e-mel.
– surirumah berkwsp!
entry nih sangat membantu kak, PM dalam proses nak keluar KWSP bayar loan rumah nih…:)
bagus ni ada alternatif lain kurangkan hutang perumahan…
sekarang bukan ke skim pencen pn leh wt caruman kwsp untuk simpanan
pasangan saya setiap 3 tahun keluarkan akaun 2 KWSP untuk bayar kereta dengan rumah..sebab kerja swasta faedah untuk rumah tinggi jadi 8%..kena cepat habiskan sebab semput nak bayar faedah tinggi..Alhamdulillah 7 tahun dah takde hutang kereta dengan rumah walaupun beli yang biasa2 je..kalau ikut asal mau lagi 10 tahun nak habis bayar..
ada ker pengeluaran kwsp untuk bayar kereta..
saya dah takda akaun kwsp. skang skim pencen 🙂
oh…lepas tu akaun 1 masih ada lagi kan?maksudnya akaun KWSP masih hidup lagi ke?patut la akaun KWSP ayah saya ada duit lagi…
bagus betul perancangan kak jie sekeluarga yek.saya rumah pun belum beli lagi.kerja tak confirm lagi.haha…
Bagi orang yang tak biasa berurusan dgn pejabat secara rasmi, agak kecut perut jugalah nak bersoal jawap…hihi
sedangkan bukan orang tu nak telan pun 😆
Salam…. boleh keluarkan setiap tahun. Dengan syarat ada lebih RM500.00 dalam akaun tersebut.
Kena fikir juga, caruman Akaun 2 ini utk rumah…rumah kan tempat tinggal yang kita perlukan sekarang bukan saja bila dah tua….pelaburan yang baik.
Dah 2 kali keluarkan caruman Akaun 2 😆
Mencarum utk kegunaan masa depan… beringat² 😆
Buat caruman utk diri sendiri – bahagian majikan dan pekerja sendiri2 bayar…. caruan yang berdisiplin dan ada banyak faedah.
Tak apa, memang akaun 2 dikhaskan untuk tujuan itu. Rumah itu keperluan semasa, bukan sewaktu bersara saja…
Yup…boleh keluarkan semua
contoh – kalau dalam Akaun 2 tu ada RM 5,520.31
boleh keluar semua jumlah dan Akaun 2 kembali RM 0.00
dah ada tanah, dah ada kebun
cuma……..beli tanah dan kebun kena cash
sekali kedebuk 30-40K
tak boleh keluarkan caruman KWSP Akaun 2
maksudnya ko bayar rumah guna duit KWSP ke?bayar bulan2?boleh ke buat macam tu?
kalau terus bagi kat tangan,maknanya kelain la perginya duit tu nanti :p
lagi2 la kalau area2 dekat KL & Shah Alam.kat Segamat ni pun dah mula naik.dia mula naik masa lepas banjir awal tahun aritu.pergh,memang dahsyat…
boleh ke keluarkan semua akaun 2 tu?rasa macam tak boleh.erm… 😐
suri rumah berbayar ni.hehe…
Saya memang mengunakan wang KWSP untuk buat bayaran bulanan. Setiap bulan dikredit didalam akaun jadi perlu displin bayar kepada bank.
alhamdulillah…kurang cikit hutang tu yek,kak jie.lepas ni boleh la beli aset lain pulak.try la beli tanah.tanah pun semakin lama semakin mahal harganya…
bulan lepas baru keluarkan semua akaun 2 untuk beli rumah pertama.. sekarang akaun 2 dah tinggal RM0.. hehehe
eh macamana surirumah ada skim pencen ni kak jie?
akaun 2 KWSP ni mmg byk membantu. insyaAllah one day nak gak ada aset rumah sendiri utk disewa dan nk fully utilise akaun 2 KWSP ni. tp skg ni mmg xbley lg. br 2 tahun je carum. huhu
baru ingat..hehe 😀
bulan lepas saya pun ada pergi KWSP dkt JB utk bt pengeluaran akaun 2…rasanya dah banyak kali keluar akaun 2 nie..hrp2 cukup simpanan utk hari tua nnti…
Salam,
Ingatkan untuk beli rumah jer akaun 2 tu. 😉
saya dan suami sama2 keluarkan duit dalam akaun 2 masa nak beli rumah tahun lepas. alhamdulillah..KWSP cawangan Teluk Intan memang sangat cekap dan membantu kami berdua.
* masih menunggu masa untuk bertukar ke skim pencen 😉
Rumah tak pernah semakin murah…kalau tertangguh²
makin susah nak dapatkan harga yang mampu milik.
sepatut itu yang ditargetkan dulu sebelum kereta
saya tak pernah usik kak jie…tapi ayah pernah keluarkan untuk kos perubatan arwah mak dulu…sob sob sob…memang tanam azam nak beli rumah…aset masa depan…
duit tu terus dikreditkan dalam akaun bank, bukan bagi kat kita pun… 😆
wahh…lepas ni dah boleh belanja intan makan 😀