Pengeluaran KWSP Akaun 2
Pengetahuan Am

Pengeluaran KWSP Akaun 2

Sebenarnya, saya kerap menerima email bertanyakan soalan mengenai pengeluaran KWSP. Ada yang bertanya cara membuat caruman KWSP tanpa majikan dan ada juga yang bertanya bolehkah membuat pengeluaran KWSP sebagai pendahuluan membeli kereta.

Ada soalan yang boleh saya jawap dan ada yang saya nasihat merujukan lebih lanjut  dengan KWSP.

Secara umumnya, setiap ahli KWSP mempunyai 1 akaun yang dipisahkan 2  yang dipanggil Akaun 1 dan Akaun 2.

Akaun 1 KWSP ( 70% )

  Pengeluaran Umur 55 Tahun

  • Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan kesemua simpanan apabila mencapai umur 55 tahun bagi membantu ahli menyara hidup semasa persaraan. Ahli diberi pilihan kaedah bayaran sama ada untuk mengeluarkan keseluruhan simpanan atau secara sebahagian.
  • Ahli boleh mengemukakan permohonan dalam tempoh 6 bulan sebelum ahli mencapai umur 55 tahun, mengikut tarikh kelahiran. Bagaimanapun, bayaran akan dibuat dalam tempoh 5 hari bekerja selepas genap umur 55 tahun

kwsp

Akaun 2 KWSP ( 30% )

Boleh dikeluarkan untuk membantu pekerja membuat persediaan menghadapi tempoh persaraan.  Antaranya :

Jenis-Jenis Pengeluaran KWSP Akaun 2

1.  Pengeluaran Umur 50 Tahun

  • Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan kesemua atau sebahagian simpanan dalam Akaun 2 apabila mencapai umur 50 tahun sebagai persediaan awal sebelum bersara.
  • Ahli boleh memohon 6 bulan sebelum mencapai umur 50 tahun. Bagaimanapun, bayaran akan dibuat dalam tempoh 5 hari bekerja selepas genap umur 50 tahun.

2.  Pengeluaran Mengurang/Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan

  • Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk mengurang atau menyelesaikan baki pinjaman perumahan yang diambil daripada institusi pemberi pinjaman yang dibenarkan oleh KWSP seperti berikut :-

(i) Pembelian secara individu; ATAU
(ii) Pembelian secara bersama dengan ahli keluarga terdekat (ibu-bapa, suami-isteri, adik-beradik atau anak-anak) atau individu lain yang tiada
pertalian keluarga; ATAU
(iii) Membantu suami / isteri mengurang atau menyelesaikan baki pinjaman perumahan suami / isteri

  • Pengeluaran untuk mengurang atau menyelesaikan baki pinjaman untuk rumah kedua dibenarkan setelah rumah pertama dijual atau berlaku pelupusan pemilikan. Pelupusan pemilikan bermaksud ‘hilang pemilikan ke atas rumah pertama yang dimiliki melalui pengeluaran KWSP sebelum ini’ atas sebab rumah tersebut dilelong, penyerahan harta melalui perintah mahkamah, pindah milik atas dasar kasih sayang, rumah musnah akibat bencana alam atau kebakaran, projek rumah terbengkalai atau pembatalan pembelian rumah.
  • Permohonan boleh dibuat SEKALI SETAHUN daripada tarikh pengeluaran perumahan terdahulu.

3.  Pengeluaran Hilang Upaya

  • Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan semua simpanan KWSP sekiranya tidak berupaya daripada segi fizikal atau mental, setelah mencapai tahap Pemulihan Perubatan Maksima (MMI) untuk bekerja bagi membantu menyara kehidupan ahli.

4.  Pengeluaran Meninggalkan Negara

  • Pengeluaran ini boleh dipohon oleh warganegara Malaysia yang telah melepaskan atau melucutkan taraf kewarganegaraan untuk berhijrah ke negara lain ATAU bukan warganegara Malaysia yang telah tamat tempoh perkhidmatan di negara ini dan ingin kembali ke negara asal

5.  Pengeluaran Pendidikan

  • Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai yuran pengajian ahli / anak ahli (termasuk anak tiri dan anak angkat) di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di dalam atau di luar negara.

6.  Pengeluaran Pekerja Berpencen Dan Pengeluaran Pesara Pilihan

  • Pengeluaran Pekerja Berpencen membolehkan ahli KWSP yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam dan telah diberikan taraf pekerja berpencen mengeluarkan simpanan bahagian pekerja berserta dividen sekiranya masih mempunyai baki simpanan di KWSP setelah pengembalian caruman syer kerajaan kepada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) KWAP.
  • Pengeluaran Pesara Pilihan membolehkan ahli KWSP yang telah bersara secara pilihan daripada Perkhidmatan Awam mengeluarkan semua simpanan bahagian pekerja berserta dividen sekiranya masih mempunyai baki simpanan bagi tempoh yang wajib mencarum semasa berkhidmat dengan Perkhidmatan Awam.

7.  Pengeluaran Pelaburan Simpanan Ahli

  • Skim ini membolehkan ahli memindahkan sebahagian simpanan Akaun 1 untuk membuat pelaburan bagi menambah dan meningkatkan simpanan persaraan untuk menyara kehidupan semasa persaraan.
  • Ahli boleh melaburkan simpanan tidak melebihi 20% daripada jumlah yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1 melalui Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan.

8.  Pengeluaran Membina / Membeli Rumah

  • Pengeluaran membeli rumah membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai pembelian sebuah rumah. Pengeluaran untuk membeli rumah kedua dibenarkan setelah rumah pertama dijual atau berlaku pelupusan pemilikan.
  • Pengeluaran membina rumah membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai pembinaan sebuah rumah secara individu; ATAU Pembinaan secara bersama dengan suami / isteri. Pengeluaran untuk membina rumah kedua dibenarkan setelah rumah pertama dijual atau berlaku pelupusan pemilikan

9. Pengeluaran Simpanan Melebihi RM 1 Juta

  • Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan sekiranya mempunyai kredit RM1.05 juta

10. Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan

  • Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membayar ansuran bulanan pinjaman perumahan yang diambil bagi tujuan pembelian atau pembinaan rumah. Pengeluaran ini adalah tambahan kepada pengeluaran perumahan sedia ada iaitu Pengeluaran Mengurang / Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan.
  • Ahli yang mempunyai tunggakan pinjaman perumahan yang berstatus NPL (’Non Performing Loan’) dibenarkan untuk memohon Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan (PABPP) dengan syarat bayaran dibuat kepada pemberi pinjaman

11. Pengeluaran Kematian

  • Pengeluaran ini membolehkan penama / wasi / pentadbir pusaka / waris terdekat ahli mengeluarkan simpanan KWSP apabila ahli meninggal dunia

12. Pengeluaran Perumahan Fleksibel

  • Pengeluaran Perumahan Fleksibel adalah proses menghadang atau mengenepikan sebahagian simpanan dalam Akaun 2 ahli ke Akaun Pengeluaran Perumahan Fleksibel bagi membolehkan ahli mendapatkan pinjaman perumahan yang lebih tinggi untuk membeli / membina rumah.
  • Konsep atau kemudahan Pengeluaran Perumahan Fleksibel adalah bertujuan untuk memanfaatkan nilai simpanan/caruman KWSP sedia ada dan masa hadapan dalam pertimbangan pemberian pinjaman oleh pihak Institusi Kewangan.
  • Berdasarkan konsep ini, caruman bulanan kepada KWSP dianggap sebagai pendapatan. Dengan ini, ahli boleh mendapat jumlah pinjaman yang lebih tinggi kerana penilaian kredit (credit assessment) ke atas pendapatan  bersih  turut  mengambilkira  caruman  KWSP  (bahagian  pekerja  dan  majikan). Oleh yang demikian,  ahli boleh membeli / membina rumah  yang lebih tinggi harganya kerana ini boleh melayakkan mereka mendapat pinjaman yang lebih tinggi untuk membiayai pembelian / pembinaan rumah.

13. Pengeluaran Kesihatan

  • Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai kos rawatan perubatan penyakit kritikal DAN / ATAU pembelian peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan oleh Lembaga KWSP yang dihidapi oleh ahli atau ahli keluarga yang dibenarkan.

14. Pengeluaran Haji

  • Kerajaan melalui pembentangan Bajet 2013 pada 28 September 2012 telah memperkenalkan inisiatif Pengeluaran Haji kepada ahli KWSP untuk membuat pengeluaran simpanan dari Akaun 2 untuk menunaikan ibadah Haji.
  • Pengeluaran Haji bertujuan menampung perbelanjaan asas mengerjakan Haji dan bukan keseluruhan kos perbelanjaan Haji.

full payment loan rumah

Secara peribadinya, saya pernah mengeluarkan caruman Akaun 2 KWSP  untuk membeli rumah dan  mengurang  baki pinjaman perumahan.  Alhamdulillah, pinjaman perumahan saya telah pun selesai 3 tahun lebih awal dari tempuh pinjaman.

Baca Cara Mengeluarkan Caruman Akaun 2 KWSP Untuk Mengurang Baki Pinjaman Perumahan

Caruman saya taklah  besar, maklumlah bahagian pekerja dan majikan adalah dari suami tetapi sekurang-kurang saya dapat juga memiliki rumah sendiri melalui pengeluaran membeli rumah dan mengurangkan baki pinjaman.  Bayaran bulanan pinjaman saya dapat dari penyewaan rumah.

Nota : Informasi ini adalah sumber dari Laman web KWSP pada tarikh 23/01/2014.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

30 thoughts on “Pengeluaran KWSP Akaun 2

  1. t.kasih byk atas info yg sgt berguna ni, kdg2 nak pegi bertanya jenuh juga nak ke pejabat kwsp ni. Semoga kerja yg baik dpt balasan yg baik, amin..

  2. askm..saya mempunyai masalah kewangan.saya baru memulakan pekerjaan yang baru tetapi di dalam bidang yg sama.sebelum ini saya telah berkerja selama lebih 5 tahun.saya berkerja dalam sektor pembinaan sebagai penyelia tapak pembinaan.

    masalah saya ialah bermula pada awal bulan april,saya telah berhenti kerja kerana mendapat tawaran dari syarikat yang lain dengan tawaran gaji yang lebih baik.sehinggga sekarang saya belum mendapat pengesahan jawatan dan pada awal bulan ogos tahun ini ,saya sekali lagi mendapat tawaran yang lebih baik.

    ialah kita ini manusia biasa,tak tahu apa yg bakal terjadi kelak.bermula dari bulan april,saya telah di uji dengan dugaan yang berbagai2 yang berkaitan dengan kewangan.masalah besar saya ialah isteri saya sedang menunggu hari untuk bersalin yg di jangka kan pada 11 september ini.

    saya terus terang yg saya RM10 pun tak ada.boleh ke saya keluarkan kwsp untuk membiyaai kos bersalin isteri saya,sekiranya saya ada lebihan dari keluaran,boleh kah saya melunaskan segala hutang saya yang tertunggak terutama sekali ansuran kereta dan rumah sewa

  3. Kalau nk buat pengeluaran untk buat rumah blh x?Ssb owg sarawak memang buat rmh sndri drpd membeli.Berapa ari proses tuk tgu permohonan dpt ke x?

  4. Saya ingin ajukan soalan. Blhkah account dua di keluarkan untuk pembelian rumah yang ketiga??

  5. Jika kakau org bukan bersara tapi dia sekarang sedang mengangok tak dapat kerja boleh kah nya meminjam keluar acc 2

  6. Salam. Saya ingin memohon utk mengeluarkan wang dari akaun 2 saya berjumlah RM3,200 sahaja (baki akaun 2 saya menurut penyata berjumlah RM257,000) dan tak pernah digunakan). Ini adalah utk pembayaran duit kos perubatan bagi ibu kandung saya yang tidak bekerja sekarang ini dan beliau dimasukkan ke hospital atas penyakit radang paru-paru. Utk makluman saya telah membayar duit kos tersebut dan saya ingin tahu cara utk memohon berdasarkan hak dan kelayakan saya dan saya akan menyertakan resit rasmi bagi kos tersebut.
    Kerjasama dan maklum balas awal pihak tuan amat saya sanjungi.
    Salam

  7. Ingin membaiki rumah yang sudah usang. .minta kwsp mengeluarkan akaun 2 saya secepat mungkin. .

  8. Kalau saya hendak membuat permohonan untuk pengeluaran kwsp akaun 2 untuk membayar duit pendahuluan kereta boleh tak??

  9. Terima kasih k.jie..sgt membantu sye dan kawan2 untuk mencari jenis pengeluaran yang dikeluarkan oleh kwsp..peace yooo..syukrann 😉

  10. Terbaiklah kak jie! Seolah2 dah jadi pegawai kwsp. Org kita ni, selagi boleh tanya, tanyalah tak kira tempat…yg bagusnya, nasib baiklah dapat jumpa blogger macam kak jie yg ada buka kaunter pertanyaan…

    syabas kak jie! mmg terbaiklah!
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Angin Nak Tukar Themes Dah Mai Dah!My Profile

  11. Saya rasa elok jika KWSP berikan kemudahan pengeluaran menunaikan haji mungkin dengan syarat-syarat tertentu seperti jumlah terkumpul serta untuk yang kali pertama sahaja. Kemudahan sekarang hanya untuk tujuan pendaftaran sahaja tidak memadai kerana ahli terpaksa menunggu lama. Dengan cara tu mereka tak perlu tunggu tabung haji panggil baru dapat giliran dan boleh gunakan pembayaran dengan pihak pengendali yang lain. Apa pun dapat menunaikan atau tidak, itu kuasa Allah .
    Jom terjah post menarik dari rahimah ..Beli Prepaid Dapat Insuran Percuma – Part 2My Profile

  12. Tambahan.. pengeluaran untuk ansuran bulanan / menyelesaikan baki pinjaman perumahan untuk kali kedua sekarang dah boleh dibuat online. Mudah sangat. Cuma datang KWSP untuk sahkan cap jari je. Tak sampai 2 minggu duit dah diterima.
    Jom terjah post menarik dari Amran ..Erti daruratMy Profile

Comments are closed.