Pandelela Rinong layak ke separuh akhir acara 10m platform individu wanita di Sukan Olimpik 2012 malam tadi. Dia menduduki tempat ke dua di peringkat kelayakan dengan mengumpul 349.35 mata. Hanya 18 peserta yang layak ke pusingan separuh akhir.
Entri sebelum ini – Pandelela Rinong – pembawa bendera Malaysia di upacara pembukaan Sukan Olimpik 2012
Seorang lagi penerjun negara Traisy Vivien Tukiet menduduki tempat ke 22 daripada 26 peserta.
Ada dua atlet Malaysia yang akan berlumba hari ke-13 Sukan Olimpik 2012 hari ini (Khamis )
Heidi Gan dalam acara renang 10km Marathon Wanita (Akhir)
- 12 tengah hari waktu London, 7 malam waktu Malaysia
Pandelela Rinong untuk acara 10m Platform Wanita Individu (Separuh Akhir hingga Akhir)
- Separuh Akhir – 10 pagi waktu London, 5 petang waktu Malaysia
- Akhir – 7 malam waktu London, 2 pagi 10 Ogos waktu Malaysia
Edit : Pandelela Rinong layak ke Final 10m Platform Wanita Individu setelah menduduki tempat ke 5 peringkat Separuh Akhir.
Edit 10/8/2012 – Pandelela Rinong Pamg berjaya memenangi Pingat Gangsa dalam acara 10m Platform Wanita Individu dengan catatan mata 359.20. Tahniah! Lihat youtube Official Olympic Channel di Diving Women’s 10m Platform Final Highlights
Gambar majlis penyampaian pingat bagi 10m Platform Wanita Individu . Pingat Emas untuk Ruolin Chen ( China ) , Perak Brittany Broben dan Gangsa Pandelela Rinong Pamg.
Biodata Pandelela Rinong Pamg
Trivia Heidi Gan
Perenang jarak jauh Malaysia, Heidi Gan bersama jurulatihnya Matthew Magee
- Lahir di Kuala Lumpur pada 8/10/1988 dan sekarang berlatih di Australia.
- Heidi Gan muncul perenang sukan renang laut terbuka pertama Malaysia menempah tiket ke Olimpik menerusi pertandingan kelayakan di Teluk Setubal, Portugal.
- Meraih dua pingat emas pada Sukan SEA 2011 di Indonesia, dalam acara renang laut terbuka 10,000 meter dan 5,000 meter
Edit : Heidi Gan memulakan perlumbaan pada ranking ke 24 dan menamatkan perlumbaan pada ranking ke 16. Tahniah!
Biodata Heidi Gan
sumber : london2012.com
malam tadi tak tengok sampai habis pun..mengantuk sangat..hehehe.
Jom terjah post menarik dari pipoq ..Gadis untuk dijual
gd luck pandelela ..malaysia boleh..
Jom terjah post menarik dari chekmud ..IFTAR Ramadan @ Ana Ikan Bakar Petai
Kita mengharapkan ada penambahan pingat yang boleh disumbangkan oleh kontijen negara.
Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Jangan pandang rendah beruang cokelat
Harapnya camtulah. Rasanya kalau Pandalela berada pada form yg baik, rasanya dia akan sumbang pingat utk Malaysia. Malaysia Boleh!
Jom terjah post menarik dari hafizmd ..‘Perangkap’ Cinta Suami Orang?
mana tahu mereka berdua ni melakar kejutan bawak pingat yang diidamkan oleh rakyat malaysia….
doa dan sokongan seluruh rakyat melaysia bersama mereka
Jom terjah post menarik dari mrs azmi ..kempunan nak makan sahur
semoga mereka semua dapat melakukan yang terbaik!
Jom terjah post menarik dari cikgu naman ..WW-Selamat Hari Ulangtahun
kita doa kan kejayaan mereka. sebenarnya saya baru tahu malaysia ada wakil dalam acara renang terbuka tu. selama ini tahu renang dalam pusat akuatik je
hehe…heidi gan siap cakap lagi, tasik cantik sbb ada itik… =)
Jom terjah post menarik dari hafizmd ..‘Perangkap’ Cinta Suami Orang?
kat titiwangsa and tasik shah alam ada kura-kura.haha…
Jom terjah post menarik dari wandisini ..Relevenkah Harga Makanan Di Bazar Ramadhan?
Kalau berenang ada kura2, bahaya woo..nanti kena gigit ngn kura2 😀
Jom terjah post menarik dari hafizmd ..E-book Pilihan:Tak Kenal Maka Tak Cinta
masih ada harapan emas lagi untuk Malaysia. sama-sama kita bagi sokongan walaupun dah takde percuma eskrim atau nasi kandaq
Jom terjah post menarik dari penyubiru ..WW – Tahniah @AzizulAWANG !
hoho…kita ttp sokong! kami pilih Malaysia!
Jom terjah post menarik dari hafizmd ..‘Perangkap’ Cinta Suami Orang?