Pengetahuan Am

Motif Suku Kaum Mah Meri Pada Duit Syiling Malaysia 2012

Minggu lepas Along bagi tahu saya, sekarang dah ada duit syiling baharu.  Dia cakap, duit  syiling baharu 10 sen menggunakan lambang bunga orang asli.  Waktu itu kami sedang melawat Muzium Orang Asli yang terletak bersebelahan Muzium Negara.

Catatan di muzium menyebut itu adalah hiasan bunga moyang suku kaum Mah Meri.

Maklumat yang saya temui di laman web Bank Negara Malaysia sebenarnya  sudah melancarkan duit syiling terbaru ini sejak 26 Julai 2011 sebanyak 500,000 set untuk edisi peringatan (Brilliant Uncirculated – BU).

 


Duit syiling Malaysia siri ketiga  yang akan digunakan pada tahun 2012 ini  memaparkan motif-motif seni kraftangan tradisional dan keindahan flora dan fauna negara.

Bahagian hadapan duit syiling ini terdapat 14 titik untuk melambangkan 13 negeri dan Wilayah Persekutuan dan lima garis mendatar bagi menggambarkan prinsip-prinsip Rukun Negara kecuali duit syiling 50 sen,

Bahagian belakang duit syiling pula memaparkan motif Bunga Raya atau Rosa-sinensis, iaitu bunga kebangsaan Malaysia, tahun penempaan, nilai muka duit syiling dan perkataan ‘BANK NEGARA MALAYSIA’.

Duit syiling 50 sen menggunakan tema Sulur Kacang

Sulur Kacang adalah motif yang sering digunakan oleh para pengukir dalam seni ukiran kayu dan perak seperti ukiran pada barang kemas, peti, dan juga pada bahagian-bahagian rumah kayu tradisional seperti muka pintu, bingkai tingkap serta panel kayu pada dinding rumah.

Image pendam duit syiling 50 sen akan kelihatan apabila duit syiling tersebut disendeng pada sudut yang berlainan.

Duit syiling 20 sen bermotifkan Bunga Melur

Kewangian bunga melur menjadi salah satu elemen dalam majlis tradisional seperti majlis perkahwinan dan acara keagamaan. Pada duit syiling 20 sen baharu ini, bunga melur dipaparkan dengan berlatarkan motif kain destar siga.

Duit syiling 10 sen menggunakan motif bunga Orang Asli

Orang Asli di Malaysia cukup terkenal dengan kemahiran seni anyaman daun-daun dan tumbuhan untuk dijadikan perhiasan seperti hiasan kepala, selempang dan skirt yang dipakai di upacara dan majlis tradisional. Duit syiling 10 sen baharu mempunyai bentuk corak anyaman suku kaum Mah Meri.

Duit syiling 5 sen bermotifkan Destar Siga

Kain destar siga merupakan sejenis tenunan kain asli suku kaum Kadazan Dusun di Sabah. Ia biasanya dijadikan sebagai hiasan kepala dalam majlis tradisi mereka. Kain hiasan kepala ini ditenun terutamanya dengan benang hitam dan diserikan dengan benang pelbagai warna bercorak geometri.

sumber : http://www.bnm.gov.my

Isu bendera Israel?  Pengaruh Freemason ?   Bagi pendapat peribadi saya, diri kita sendiri yang perlu berusaha memperkukuhkan akidah dengan membina dasar iman yang kental, dibajai dengan ilmu dan amal. Insyaallah kita terpelihara dari dicemari atau terpesong dengan segala bentuk ancaman.

*cuba menggunakan perkataan BM dengan betul – baharu bukan baru

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

20 thoughts on “Motif Suku Kaum Mah Meri Pada Duit Syiling Malaysia 2012

  1. sebenarnya bab baru dan baharu ini ada beberapa perbezaan yang kak jie jumpa.

    dalam kes ini – Angah bagi tahu ( sebab dia kena buat karangan di sekolah dalam mata pelajaran BM )

    Kat sekolah, cikgu ajar BARU ( baharu) untuk event/ masa , contoh baru sampai, baru balik, baru bertolak.

    BAHARU ( new )untuk benda – telefon baharu. guru baharu

    Sebagai mak2 yg ada anak sekolah, untuk mengelak anak2 keliru kenalah ikut silibus mereka.

    Pelik tau nak sebut baharu.
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Mana Lagi Penting – Berkahwin atau Degree ?My Profile

  2. Rajin betul akak buat post cerite nih. Saye tertarik dengan isu yahudi dan freemason. Sekarang dah ramai yang sedar tentang pemguasaan yahudi/dajjal keatas dunia kita. Itu memang sudah janjiNya. Kita sepatutnya tidak boleh ditakut-takutkan dengan perkara ini, bahkan ada yang seolah-olah fobia bila melibatkan lambang-lambang yahudi, freemason dan illuminati.

    Pendedahan demi pendedahan yang dibongkar mengenai isu ini saya lihat seolah-olah didalangi oleh golongan mereka sendiri bertujuan menimbulkan rase tidak senang, takut, seterusnya akur dan menurut perintah. Senjata yang paling ampuh bukan setakat mempunyai akidah, tetapi kefahaman yang benar2 jitu tentang tauhid yang sebenar sepertimana yang dibawa oleh Rasulullah SAW.

    Di Malaysia ada beberapa aliran akidah dengan intipati yang berbeza. Tugas kita adalah untuk mencari dan mengkaji yang mana satu akidah dan tauhid yang sebenar. Tiada alasan bagi orang awam untuk meninggalkan mencari dan memahami ilmu tauhid dan akidah, kerana tiada taklid dalam perkara ini.
    Jom terjah post menarik dari Akmalnizam ..Kelas Mencetak TshirtMy Profile

  3. Walaupun dah lama keluar,rasanya tak pernah jumpa lagi duit syiling ni.

    Ingat tak dulu duit 5rm pun kecoh pasal tiang bendera sama seperti cross…yang penting dalaman kita kukuh,baru tak boleh digugat keimanan kita.
    Jom terjah post menarik dari azman ..Gendang Perang Sudah BermulaMy Profile

  4. perkongsian maklumat dan sindiran sini pada mereka yang terlampau taksub mencari tanda-tanda israel, freemanson and so what ever.
    betul tu kak. iman dalam diri yang penting. kuatkan iman dan akidah, kalau ada pengaruh apa pun, kalau iman dah kuat, insyallah akidah kita juga akan kuat.
    sibuk cari maklumat pasal yahudi, solat terabai tak guna gak
    Jom terjah post menarik dari wandisini ..Projek BantalMy Profile

Comments are closed.