Cuti Ganti Tahun Baru Cina 2014
Pengetahuan Am

Cuti Ganti Tahun Baru Cina 2014

Cuti Ganti Sekolah Tahun Baru Cina 2014

pekeliling cuti ganti tahun baru cina 2014

Cuti Tahun Baru Cina 2014 – Jumaat & Sabtu ( 31/1/2014 & 1/2/2014 )

Bagi sekolah Kumpulan A – Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor ( cuti hujung minggu hari Jumaat dan Sabtu )

Sekolah akan mula bercuti mulai hari Khamis 30/1/2014 hingga Selasa 4/2/2014 selama 6 hari.

  • 30 Januari 2014 ( Khamis ) Cuti Peristiwa ( tidak perlu diganti )
  • 2 Februari 2014 ( Ahad ) perlu diganti pada 25 Januari 2014 ( *tak perlu ganti sebab Jumaat adalah cuti umum)
  • 3 Februari 2014 ( Isnin ) perlu diganti pada 15 Februari 2014
  • 4 Februari 2014 ( Selasa ) perlu diganti pada 8 Mac 2014

Nota :  bagi negeri  yang cuti umumnya jatuh pada hari Jumaat dan dibawa ke hari Ahad, maka tidak perlu Cuti Berganti pada hari Ahad 2/2/2014

Bagi sekolah Kumpulan B – Perlis, Pulau Pinang, Perak , Pahang, Johor, Melaka,  Negeri Sembilan,Selangor, Wilayah Persekutuan, Sabah dan Sarawak

Sekolah akan mula bercuti mulai hari Khamis 30/1/2014 hingga Selasa 4/2/2014 selama 6 hari.

  • 30 Januari 2014 ( Khamis ) Cuti Peristiwa ( tidak perlu diganti )
  • 3 Februari 2014 ( Isnin ) perlu diganti pada 25 Januari 2014
  • 4 Februari 2014 ( Selasa ) perlu diganti pada 15 Februari 2014

Nota : Rujukan lengkap cuti klik – Pekeliling KP(BPSH-SPDK)201/005/02 Jld.5 (27) bertarikh  31 Disember 2013

Nota : Mungkin ada sekolah yang mengambil cuti kurang daripada ini – bergantung kepada sekolah tersebut kerana ianya adalah Cuti Berganti.

 

Santuari Ikan Sungai Chiling - Boleh mandi dan berenang dengan dikelilingi ribuan ikan kelah
Santuari Ikan Sungai Chiling – Boleh mandi dan berenang dengan dikelilingi ribuan ikan kelah

Nota :  Sepatutnya dalam perancangan kami sekeluarga akan berkhemah di Santuari Ikan Sungai Chiling, tetapi pada saat akhir suami  tidak boleh tinggalkan site – tak dapat balik KL, jadi saya yang ubah jadual akan ke Hulu Terengganu!  Perkahwinan jarak jauh memang macam inilah..

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

8 thoughts on “Cuti Ganti Tahun Baru Cina 2014

Comments are closed.