Pagi tadi waktu dalam perjalanan ke sekolah Intan tanya “Katakan dia mengandung, semalam orang dah datang tanya-tanya …kemudian hari ini dia bersalin, nak kira macam mana ye?”
Tanpa mukadimah tanpa permulaan tiba-tiba itu yang keluar dari mulutnya. Apa yang terlintas dalan fikiran, terus mohon jawapan. Nasib baik saya cepat tangkap. Ini mesti kes semalam. Topik perbincangan kami sepanjang balik dari sekolah.
Sekarang di kawasan perumahan saya digantung bunting “Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 “. Bagi budak yang perihatin dengan persekitaran tempat, dia nampak saja sesuatu benda baru, naluri ingin tahu membuatkan berbagai soalan dia tanya mengenai banci. Siapa, kenapa, apa dan bagaimana.
Saya bagitahu dia, zaman saya dulu ada orang datang ke rumah dan tanya beberapa soalan tentang berapa orang tinggal dalam rumah, berapa orang kanak-kanak yang ada, berapa ramai orang dewasa , berapa orang yang kerja, ada air atau elektrik dan beberapa soalan lagi yang saya pun dah lupa.
Kemudian orang tu akan lekat satu kertas sebesar buku 555 ( dia ada buku ini, buat conteng-conteng ) pada dinding depan rumah. Saya anggap kertas tersebut sebagai tanda, rumah ini telah dibanci. Kadang-kadang kertas tersebut bertukar warna dan pudar tak boleh dibaca tetapi masih lagi tersemat di dinding rumah sehingga bertahun-tahun.
Saya bagi tahu dia, data-data yang dikumpulkan ini membolehkan kerajaan tahu secara purata jumlah penduduk negara, pekerjaan penduduk , pendapatan isi rumah dan kemudahan asas. Bila dah tahu, senang untuk buat perbelanjaan negara dan perancangan penyediaan kemudahan penduduk. Data tentang kanak-kanak membolehkan kerajaan merancang pembinaan sekolah baru untuk sesuatu tempat.
Tak sangka pula dia boleh terfikir hingga soalan ibu mengandung.. anak dan mak bersembang isu negara.
INFO Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010
Banci kelima yang akan dijalankan sejak tertubuhnya Malaysia pada tahun 1963. ( 1970, 1980, 1991 dan 2000 ) akan meliputi semua jenis tempat kediaman dan penduduk (termasuk bukan warganegara) yang tinggal/akan tinggal di tempat kediaman mereka bagi tempoh enam bulan atau lebih dalam tahun 2010 pada Hari Banci.
Tempoh pembancian akan mengambil masa selama dua bulan iaitu bermula dari 6 Julai hingga 22 Ogos 2010. Hari Banci 2010 telah ditetapkan pada 6 Julai 2010 yang jatuh pada hari Selasa iaitu satu hari yang dianggap mempunyai mobiliti penduduk yang minimum.
* mobiliti – perihal mudah bergerak dr satu tempat ke tempat lain, berpindah tempat tinggal, bertukar pekerjaan dsb. ( Kamus Dewan )
Objektif Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010
- Mengumpul maklumat perangkaan yang menyeluruh berkaitan penduduk dan perumahan negara.
- Menyediakan maklumat yang meluas tentang:
- Menyediakan data asas penduduk dan perumahan di pelbagai peringkat geografi sehingga kekawasan yang kecil;
- Mendapatkan maklumat terperinci berkaitan migrasi dalaman dan antarabangsa untuk melihat pola migrasi;
- Asas kepada penyediaan geran daripada Kerajaan Pusat kepada Kerajaan Negeri; dan
- Input kepada anggaran dan unjuran penduduk semasa
– Bilangan penduduk dan isi rumah serta ciri-ciri demografi, sosial dan ekonomi;
– Bilangan tempat kediaman mengikut jenis, ciri dan kemudahan asas yang sedia ada.
Ada 3 jenis kaedah pengumpulan data bancian
Sumber : Laman web rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia.
©kujie – teringin nak cuba e-census , tapi saya tinggal kat hulu…
Tahniah Kak Jie.. betul lah tu.. soklan pasal mengandung ni cuma di tanya kepada penduduk Sabah dan Sarawak sahaja. kat semenanjung rekod kelahiran dah lengkap. so sbb tu bayi yg lahir selepas 6 Julai 2010 tak perlu dibanci.. begitulah al-kisahnya..
baru je isi borang banci tu semalam.hehe
salam..banci, org dtg nak tgk lesen tv …. saya pernah rasa zaman tu waktu sekolah rendah …
Saya dah tak ingat dah bila first time benda banci banci ni . Yang saya tahu , bila balik sekolah je , dah ada kertas tu dekat pintu .
Pergi ambil kerusi , panjat nak tengok apa yang tulis kat kertas tu .
kertas dulu2 selalunya warna kuning.. ingat lagi.. tampal kat diding guna paku payung tu (rumah papan).. skg, tak tau lagi.. tertunggu2 gak, sbb duduk dgn suami jer..
teringat masa banci tahun 2000 tu. saya baru darjah 5… excited je time banci2 tu. sebab 1st time masa tu tau psl banci2 ni…
masa dulu2, kalau ada org dtg banci, semua berkerumun …. rasa hebatnya orang gomen datang..hehe
agak2 penduduk msia da sampai 50juta x? last time i check dkt 30juta.
agak2 kan…belum sampai kot
kadar kelahiran menurun..masing2 nak kejar kerjaya
mcm best keja pembanci kan..boleh jalan2 umah org..
dapat elaun … jumpa mcm orang dan mesti banyak pengalaman
kena peka bab-bab ini , ada juga rakan yang tak tahu
rasa tak sabar nak tunggu dia org datang
advance intan nih.. sampai ke situ di fikirkannya.. tapi apa jawapannya?
kak jie bagitau lah…baby tu msk dlm banci akan dtg
entah betul ke tidak
tak pasti la juga dlm soalan tu ada tanya pasal due date, pasal mengandung, pasal lahirkan anak..hehe
maza pernah dioffer jadi pembanci..
tapi akhirnya maza kena tolaik..
sbb katanya terlalu muda.. huhuhu
(umur 19thn masa tu – agaknya pegawai tu takut maza kena mengurat kot?..hehehhe)
19 thn tu… takut maza tak berani nnt kena kejar anjing..hehe
owhhh..
anak anak akak yg dah besar pun masih tak paham dgn
banci penduduk…
terpaksalah akak terkial kial menjawabnya..
banci ni bukan urusan dgn anak – biasanya mak bapa yang jawap..jadi dia kurang faham
tapi kita mak bapa pun bkn faham sgt pun… sesekali
org tanya – kita bagi kerjasama sudahlah..itu bahagian kita
Dulu pernah dibanci masa kecil-kecil dulu…dia tanya mak ayah…macam2 soalan..kerja apa,gaji apa,siap sokong politik mana pun ditanya…pelik juga,politik mana sokong pun kena banci ke?
owh… ye ke?
kadang2 tak banci pun kita boleh tahu si polan si polan tu belah mana 😆
Salam,
Baca betul2 ya banci bukan benci!..hehe
Nice info ni bro…tq
benci bilang cinta – tu tau lah drama tengah hot
owhh, skang dorang dah guna banci online gak erk… 😀 baru tahu… huhuhu… bagus tul anak kak jie tu erk… berfikir mendalam betul…
itulah…rasa xcited nak cuba banci online
baguskan…
itulah budak2…kadang2 apa yg dia fikir sukar dijangkau..
kalau ikutkan sy pun tinggal kat pinggir juga kak jie
jadi kena dapatlah peluang bertentang mata dgn pembanci ..hehe
rasa nak apply keje jadi pembanci plak.. hehe 😆
akan datang..hehe
kalau dtg banci kt rumah kak jie, bagitau awal
leh lah wat puding sagu gula merah ke 😆
banci kalau tak manalah tahu kan
itulah tujuannya
hehe..bijak bijak…
mak ke anak?
hehehe