Petua Tumbuh Bulu Kening
Panduan

Petua Tumbuh Bulu Kening

Semalam Intan beritahu, cikgu mathematik dia tanya kat dalam kelas sesiapa ada petua nak bagi bulu kening cepat tumbuh.  Anak cikgu dah guna pencukur bapa dia dan dah hilangkan sebelah bulu keningnya.  Bukan seorang tetapi dua beradik , cumanya adik tu hilang sedikit di hujung kening.

Bila saya bertanya soalan ini kepada kawan-kawan di Facebook, rupanya ramai juga yang ada pengalaman anak mereka yang pernah cukur bulu kening.  Ini bukan kes cukur bulu kening nak bentuk semula tu… ini kes cukur seluruh tanpa dia sendiri tau kesannya.  Yang sengaja cukur dan bentuk tu dia buat secara sengaja dan jauh disudut hati dia pun sedar hukum dan larangan, cuma menafikan saja sebab nak ikut kata hati.

petua tumbuh bulu kening

Antara petua bagi bulu kening cepat tumbuh :

  • Bakar bunga cengkih, sapu kesan bakar tu pada garis kening –  Ejam
  • Bakar buah keras, tumbuk sampai keluar minyak dan sapu kat kening menggunkan putik kapas – Sis Lin, Syiza Hasan dan Oja Sijemariseni
  • Guna aloevera ( lidah buaya ) – Nurul Ashikin dan Zaila Sidek,
  • Letak minyak sapi – Latifah Bee
  • Letak otak udang. Otak udang segar bukan yang dalam botol – Roshidayu Che Mat
  • Guna minyak rambut bonbon – Muhammad Edwin Masripan

Terima kasih kawan-kawan yang berkongsi petua untuk bulu kening cepat tumbuh.  Sebenarnya bulu kening memang akan tumbuh semula tetapi kalau boleh nak cepat-cepat tumbuh…. nak raya dah ni. hihi

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

19 thoughts on “Petua Tumbuh Bulu Kening

Comments are closed.