Motivasi

Yang tajam tumpul, yang bisa tawar

kak jie, kawan baek sy makin menjauh… sy sedih,knp die wat sy mcm ni”

Setiap insan memerlukan sahabat   disepanjang kehidupan . Bagi remaja, sahabat adalah insan paling rapat untuk mengadu masalah atau meluahkan perasaan. Malah, kebanyakan remaja lebih selesa dengan sahabat masing-masing berbanding ahli keluarga sendiri.

Bagaimanapun, tidak semuanya boleh dibuat sahabat

Ada pula masalah sahabat yang selama ini amat dipercayai tiba-tiba menjauhkan diri.  Situasi ini pasti membingungkan. Sahabat yang amat dipercayai berpaling tadah, pedihnya bukan kepalang.

Sebelum kita menyelak salah silap orang lain , baik kita renungi diri sendiri dulu. Kesilapan mungkin di pihak kita. Tanpa disedari kita mungkin sudah melakukan sesuatu yang membuatkan sahabat berasa ‘jengkel’ .

Mungkin kita :
kucing hitam

Kemaruk bercinta – Saat bercinta sememangnya indah sehingga hampir setiap masa mahu dihabiskan bersama si dia membuatkan kita selalu menolak pelawaan sahabat , ia secara tidak langsung membuatkan sahabat anda berasa bosan. Kalau bersama sahabat pun topik perbualan hanya mengenai cinta dan si dia. Bagi sahabat yang belum memiliki kekasih, cerita seperti ini tentu amat membosankannya.

Hanya bercerita mengenai diri sendiri – terlalu kerap bercerita mengenai diri ia boleh mendorong sahabat menganggap kita suka bercakap besar dan membangga diri pula. Sesekali tak apalah cik kiah…

Kaki mengumpat – kalau suka bercerita atau mengumpat mengenai orang lain boleh menimbulkan rasa sakit hati kepada sahabat .   Tidak mustahil jika sahabat itu berfikir diri dia juga akan menjadi bahan umpatan dengan sahabat yang lain.

Terlalu manja – Jangan sangka kita kelihatan ‘comel’ jika bersikap terlalu manja. Sikap terlalu manja sehingga tidak boleh berdikari sebenarnya boleh merimaskan orang sekeliling sehingga dilabelkan seorang yang mengada-ngada.

Suka bertanya – suka bertanya suatu sikap yang positif tetapi jika setiap hari asyik bertanyakan perkara yang sama, sudah tentu ia menimbulkan rasa bosan terhadap .

Mungkin juga kita ada masalah bau badan, mulut berbau atau pun sikap kedekut. Banyak sifat-sifat negatif yang kita tidak ingini dalam sebuah persahabatan ada pada kita tanpa disedari…. boleh tambah sendiri…hehehe.

Sebelum sibuk kita mencari seorang sahabat yang baik, jangan lupa untuk menjadi seorang sahabat yang baik.

©Kujie – dengan kata-kata yang lembut dapat menyelesaikan segala sengketa

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

64 thoughts on “Yang tajam tumpul, yang bisa tawar

  1. erti hidup adalah pada memberi. Untuk menjadi seorang sahabat yang baik, latihlah diri memberi yang terbaik untuk membuat orang lain menjadi semakin baik dari yang sebelumnya.

  2. kawan sejati adalah yang kawan sanggup bertumbuk dengan kita walaupun hanya kerana masaalah bau tahi kuching ermmm..perumpamaan apani ..hentam jelah..

    ps:pernah tumbuk kawan sbb dia kata saya bau macam tahi kucing ciss!!, lepas tu kami menjadi kawan yang paling akrab dalam planet ini.
    .-= haritz´s last blog ..Sakit Perut =-.

  3. Saya juga tertanya-tanya mana pegi ramai-ramai kawan saya dari zaman sekolah hingga bekerja dulu. skrg ni yang rapat kawan-kawan online jee..
    .-= nuaeman´s last blog ..Saat kritikal buat adik Akram =-.

      1. @wanmus, tu la…boleh kita berkenalan dan berkawan abang nuaeman??? 😆 😆 😆

  4. kawan..memang semua orang boleh mengaku kawan. Tapi kawan yang sanggup susah dan layan kita dengan sebaiknya tu memang susah nak cari. jangan kata orang, saya sendiri pun kekadang tak betul dalam layan kawan2..huhu..apa kan daya, komitmen membantutkan semuanya

  5. Salam. Jika sahabat baik menjauhkan diri, rasanya mungkin patut bersemuka dan mencari jalan penyelesaian. At least tahu kenapa … Perbaiki diri dan keadaan semoga persahabatan masih boleh disambung kembali.
    ps: Saya kagum blog Kak Jie (if u allow me 2 call u that, hih hiii ..) asyik di tangga atas dlm ranking search weblog popular 1malaysia. Sudi kongsi tips? Thanks.
    .-= Precious´s last blog ..Tweet and Win a Prize =-.

    1. @Precious, tips?

      kak jie bukan “makcik geek” tak pandai pun sebenarnya
      buat blog mcm org lain juga
      weblog popular 1malaysia tu pun kak jie macam biasa, tak ada stragegi apa2… tak aktif sgt bercontest, tak ada banyak masa untuk online.

      mgkn umur kita berbeza, hala tuju tujuan kita berblog juga berbeza, Kak Jie ni kalau boleh tak nak org baca blog, tak nak dikenali tapi ada beberapa kawan yg mencalonkan…kena hargai penghormatan org.

      mgkn kena capai alexa ranking yg baik kot…sbb PR blog Kak Jie cumalah PR 3, ada banyak blog lain PR 4

  6. mama, kebanyakan senario kehilangan sahabat ni adalah disebabkan bercinta. apa yang berlaku di sekeliling yonna la. start je couple, 24/7 keluar dgn bf. walau bff dia fhm dia dah ada bf, tp ttp akan rasa jauh di sudut hati. heh, bila dah gado nak rak, pandai lak cari kawan dia tu kan?

    kaki mengumpat tu? HAHAHAHHA comel gila point ni. lagi seronok kalau 2-2 kawan baik tu adalah kaki gosip. serius fun! T__T

    tapi la ni yonna tgh berdepan dgn org yang suka cerita ttg diri dia ja. i dunno how to avoid,ma! T__T seriously! skang ni yonna elak dgn x angkat call dia je la. hahaha. abeh tu, dah call, dok cerita pasal dia,pasal kawan2 dia. bila kita kata tgh sedih, takde pun dia tny2 balik.

    kenapa lah dia x rasa perhubungan satu hala ni eh? hahaha. serius annoying la mama
    .-= yonna´s last blog ..Y550 : Jamuan Raya BPMKPT 2009 =-.

    1. @yonna, a’ha
      mama perasan, awak mmg ada mcm2 jenis kawan…sampai meroyan2 sana sini..kehkehkeh

      mama jadi kaktus je..dok diam…selagi org tak kacau mmg org selamat 😆

  7. kalo kawan dah merajuk dan menjauh maknanya kawannya tak suka nak kawan dah tu. cari ler kawan lain buat kengkawan. kengkawan kak jie kan ramai kat sini. meriah sungguh di sini. macam hari raya. hari-hari hari raya.
    .-= MatKool´s last blog ..BlueHost Web Hosting Review – Bluehost.com : Awarded the Best Web Hosting of the Year =-.

    1. @MatKool, ye la..kita tak leh paksa org utk suka kt kita kan….

      hehehe….kawan2 kt blog kak jie mmg ramai..tgok list “Teman Tapi Mesra” tu…sehali klik pun tak abis 😆

  8. kawan baik menjauh…alahai cari je kawan baik yang baru…kalau tidak pun cari seberapa ramai kawan baik supaya jika seorang kawan baik hilang masih ade lagi spare kawan baik.

    kesimpulannya berbaik-baiklah pada semua orang
    .-= waka´s last blog ..Panduan asas mencari ilmu percuma di internet =-.

    1. @waka, kak jie tak de kawan rapat, kawan baik…pelik?

      tak de lah..jarang berkongsi hal peribadi dgn org..sbb tak de apa sgt pun hal2 peribadi yg secret meret ni

      jadi..semuanya bai..dgn sapa pun..tapi ttp sediakan ‘zon selamat’ utk diri sendiri 😆

  9. Suka dengan post ni..terutama ayat ini
    “Sebelum sibuk kita mencari seorang sahabat yang baik, jangan lupa untuk menjadi seorang sahabat yang baik”
    Kalau kita nak sahabat yang baik tak payah susah2 cari sebab kalau kita dah jadi sahabat yang baik, insya Allah sahabat baik pun akan terus mendampingi kita.

    Tiba-tiba rindu kat sahabat baikku itu. 🙂
    .-= Kak Long´s last blog ..Jamuan dlm taman:cuaca nyaman. =-.

    1. @Kak Long, masalah, kita ni selalu nk claim je… nak itu nak ini

      dlm list ‘jenis sahabat yg disukai’ berjela2 kita letak, mcm tu mcm ni..tapi diri kita sendiri ada tak ciri2 mcm yg kita nak tu..sbb pihak satu lagi pun dok cari ciri2 yg dia nak juga

  10. haha, masalah bau badan tue memang tipikal.. kadang2 kita tak tau, badan kita senanye bau busuk.. hoho, kawan2 kita yang tak selesa tue pun takkan berani nak bagitau. .so, banyak2kanlah cermin diri..
    .-= samanosuke_04´s last blog ..Tiket : CSKA Moscow vs ManUtd!!! =-.

    1. @samanosuke_04, mudah sgt kita ckp

      ‘ tegurlah aku….aku tak kisah’

      tapi semudah itukah hati kita utk menerima…

      wahhh..hipokrik sudahhh….. 😆

      ada kes, isteri tegur bau badan suami yg ‘tak tahan’ tu, suami boleh merajuk bawa diri tau… pakar motivasi ckp kena berterus terang..

      tak cakap susah..dah cakap lagi susah..hehehe
      agaknya sbb itu ramai yg amalkan ” lantak pi lah kat hang….”

  11. Ermm rasa2 Iza tinggi martabat label “kawan baek” tu Kak Jie.
    Satu2 persahabatan yang diikat dengan percaya, ikhlas, hormat,sanjungan, disepuh dengan doa supaya tinggi nilainya takkan mudah hilang macam tu saja.

    Mungkin kawan baek dia tu pi jalan2 kot, atau kepala dia kena ketuk, atau kena sembur ngan naga ka, hah…. jadi kawan dia tu hilang ingatan sekejap. Ataupun macam Chicago kata “even love need a holiday, far away from each other” Lepas tu dia okey kot hehehe

    Btw list kak jie tu boleh lah Iza panduan untuk muhasabah diri.. err bkn apa kadang2 rajin jer bertanya ntah hapa hapa, kdg manja jugak macam kucing kampung…miaaaauuuu :mrgreen:

    Gud nite Kak Jie..mimpi yang indah noo 🙂

    1. @iza, kes ‘ terkecik hati’ kot

      manusia ni kan..kadang2 leka sikit, yg sorang lagi tertelan serbuk perasa lebih sikit minggu tu..tu yg jadi kes rajuk merajuk tu..kan..kan 😆

  12. terlalu manja and suka bertanya tuh adalah masalah saya kot~ tapi dia memahami~ tapi smpi bila..tentu akan muak..so kalo dapat terima keadaaan masing2..tntu tak mengapa…semoga Allah satukan hati kami buat selama-lamanya…sahabat kerana Allah~ amin
    .-= Hafizd´s last blog ..SOLUSI =-.

    1. @Hafizd, wahhh……..manja ni. secara semulajadi lelaki mmg seorg yang manja..ramai perempuan tak sedar dan sbb itulah selalu berlaku konflik.

      aminnn………moga dipermudahkan olehNya

  13. dulu masa awal2 saya berblog sya rasa jugak yang saya dengan kawan2 makin menjauh..yela kawan ajak makan cafe pon menolak…

    tapi sekarang diorang memahami kerana setiap kali dapat duit internet mesti saya akan belanja diorang…rasuah…hahaha

    1. @mazuki blog, nak kawan juga lah…. nnt belanja kak jie ye 😆

      mcm kak jie le juga ni…1/3 setiap pendapat dari iklan kak jie salurkan utk kawan2 blogger @ derma di talian

      1. @Kujie, boleh2 sebab saya tahu kak jie akan lebih banyak belanja saya sebab kak jie lagi banyak dapat duiet…hahaha

  14. btol apa yg akak ckp tu..dulu saya ada sorg shbt..mmg rapat tp stlh dia mmpunyai awek,nk tgk btg hdung die pon ssh..org len pun ada awek jgk tp kwn ttp kawan..bg saya,baik xde awek dr xde kawan..hdup bosan klu xde kawan tp klu xde awek smpai mse nye trs kawen klu jodoh x kemana.

    1. @azizan4444, kejap je rasa tersisih tu..kawan yg ade awek tu kenalah cari awek utk kawan dia gak..sam2 hanyut…hahaha

      tak de lah..mula2 bercinta kot..belum matang..lama2 nnt tau lah dia nk bahagi masa dgn diri sendiri, kawan2 sendiri, life sendiri…

  15. melihatkan toll ‘teman terhangat’ itu, nampak gayanya ada harapan anugerah bulanan maza sapu, bersama2 dgn anugerah pemenang pengomel setahun ni.. hhuhuh

    dua bulan sudah kalau tak silap sudah enam bulan maza jadi juara ni… wakakaka..

  16. kekadang kawan dgn cik ching (a.k.a kucing) lagi encem dari kwan dgn manusia kanzz?…

    wahh!!! kujie kemaruk chenta.. sampai jam ‘org sana’ pun dipaparkan kat sini yea?! wakakakka

    1. @maza, ..blog ni
      anak2 sy pun baca
      adik2 saya pun baca
      anak2 saudara saya pun baca
      suami saya pun baca
      sepupu saya pun baca

      p/s – jam tu ada sebab, beza Malaysia dgn Algeria 7 jam. Suami saya kerja di site, bukan di office jadi saya perlukan waktu yang tepat untuk online dan YM. Dia kerja dari 6.30 pagi hingga 6.30 malam, jadi saya perlukan waktu yang tepat untuk berhubung.

      Dia makan malam antara 7-8.30 malam ( kita 2 pagi ), jadi waktu dia betul2 free antara 9-10 malam ( kita 4-5 pagi ).

      Sebab itulah saya letakkan jam…. mathematik saya lemah nk tolak 7 jam…pakai jari tangan lagi nk kira… 😆

  17. kakjie boleh jadi kaunselor,hahahahaha
    saya lantik kakjie jadi personal kaunselor saya,hahahahhahaha
    😛
    .-= blowie´s last blog ..Harta Pusaka : Orang Jadi Gila =-.

  18. Kakchik setuju sangat dengan ayat kesimpulan tu. Bagi kakchik kita jadikan diri kita sahabat yang baik sebagaiman sifat dan sikap sahabat yang kita inginkan. Selalunya bila kita buat baik dengan orang, ikhlas pula, insyaAllah orang lain pun seperti itu juga dengan kita. Barulah terhasil persahabatan.

  19. Sahabat saya semakin menjauh sebab masing-masing dah bawa diri(kawen). Contohnya macam raya lepas le, kawan balik kg bini, mmg xde can nak jumpa langsung dah. Kalau tidak dulu memang kamceng la. Skodeng kat Taman Tasik Tepeng sama-sama 😈 . Mesti lepak-lepak nye hari raya ziarah menziarahi rumah-rumah member. Tapi itu semuanya tinggal kenangan.. 😥
    .-= Dr House´s last blog ..Komputer dirampas, guna perisian cetak rompak =-.

    1. @Dr House, selalu mcm tu lah…bila dah kawen masing2 ada tanggungjawap dah kehidupan tersendiri..bukan lupa sebenarnya ttp radius kehidupan dia dah bertambah besar…kena bahagi sana sini, itu ini, begitu begini 😆

  20. Skrang ni kalau stokin busuk pun kawan dah lari kak jie … blum lagi cerita pasal masalah ….
    .-= hashim habeed´s last blog ..Panas !!!! Confirm Ketua Putera Umno kena Belasah with foto =-.

  21. Saya rasa lelaki gak best. Nak kawan, pegi je kedai kopi atau surau atau pub (bg yg bukan Islam), tegur je sesapa kat sebelah. Dah jadi kawan. Kawan2 saya, tak jumpa 5,6 tahun tapi kalau mintak tolong, Insyallah diorg dtg. Timur, Barat, Utara, Selatan, semua ada… :mrgreen:
    .-= kruel74´s last blog ..Selling condos or a fashion show? =-.

  22. banyak yg berlaku dalam hidup sy sendiri. tidak tahu punca, tidak tahu apa salah silap. walaupun sudah ulang kali memohon maaf dan mohon diberitahu salah silap.

    tujuan diberitahu salah silap, mungkin utk diri kita memperbaiki diri dgn lebih baik. bukan sahaja pada sahabat berkenaan malah sahabat lain jg.

    1. @megat, masalah org dewasa dgn masalah remaja lain… remaja boleh disebabkan hal2 yg remeh temeh, kalau org dewasa susah nak hurai..masing2 ego makin tinggi..masing kata dia lebih makan garam.

      p/s – pernah hantar surat permohonan maaf kpd seseorg, tak dibalas…. redha sajalah.

      1. @Kujie, sgt suka dengan ayat tu, semakin dewasa – ego makin tinggi. sinonim betul.

        jangan makan garam lebih, nnt darah tinggi (kahkahkah)
        .-= megat´s last blog ..Penantian Suatu Penyeksaan, Di Wad Dan Perlu Pembedahan =-.

  23. Hanya bercerita mengenai diri sendiri – terlalu kerap bercerita mengenai diri ia boleh mendorong sahabat menganggap kita suka bercakap besar dan membangga diri pula. Sesekali tak apalah cik kiah…

    –> pakwe aku kan…dia kan…comel kan..best kan…adoiii…ini yang paling sha takleh tahan kak jie! lepas tu dia kuar ngan pakwe tinggallah makcik sorang2:(

    thanks…nasihat kak jie nieh sha pegang ye!
    .-= cheryna´s last blog ..gossip girl: aubergine is blue? =-.

    1. @cheryna, masa tu nampak yg indah2, yang wangi2..yang sedp2 saja… kadang2 kita bagi nasihat dia dah buta mata 😆

Comments are closed.