Motivasi

Jangan menyempitkan mental dengan falsafah tidak membangun

Kisah dulu dan seperti roda, ianya berlaku lagi dan lagi dan lagi. Cuma pasangan berbeza dan masa yang berlainan.

Pasangan A & B.

Selalu bergaduh, A mengata B, B menyerang A. Mungkin ini adalah salah satu cara mereka ‘menghulur salam perkenalan’ . Kedua² berumur bukan remaja yang dilabelkan mudah hilang pertimbangan. Pergaduhan mereka sering menyeret juga orang sekeliling terutamanya sahabat terdekat.

Bila hilang pertimbangan, banyak hal yang tidak sepatutnya terkeluar dari terma normal , ramai yang mentertawa dari simpati juga semakin muak. Perjalinan sebuah persahabatan juga ada batasannya tertentu. Kita perlu tahu di manakah batasan dengan teman² demi memelihara persahabatan yang sedia terjalin. Melangkahi batasan persahabatan adalah terlalu berisiko tinggi. Kita perlu saling menghormati antara satu sama lain dan bersikap optimis.

Pasangan C & D.

Dulu macam belangkas, kehulu berdua kehilir bersama. Entri penuh warna warni gelak ketawa sehingga tanpa sedar ramai yang memerhati sampai manakah kemanisan yang dinikmati. Tiba² badai melanda , adat manusia tak mungkin sempurna.

Orang sekeliling yang memerhati merasai gelora persahabatan ini, tiada lagi kunjungan tiada lagi sapaan salam juga peluk cium. Yang terhidang di mukasurat blog, segala luka yang bernanah yang pedih seperti disimbah cuka , berbelit² di tangkai hati.

Dalam kehidupan harian, perubahan adalah sesuatu yang tidak boleh dielakkan. Walaupun kita tidak terfikir ia akan berlaku namun semuanya adalah di luar kawalan kita. Kita perlu faham hidup ini tidak statik. Perubahan ialah sebahagian daripada realiti dalam hidup. Persahabatan memerlukan flesikbel dan boleh menerima sesuatu perubahan yang berlaku.

Jika mempunyai teman yang terlalu erat hubungan memang menyeronokkan. Kita ada teman yang boleh diharapkan, dipercayai dan dikasihi. Tapi, jika hubungan itu ,sudah sampai ke peringkat yang TERLALU rapat sehinggakan orang lain kata dah macam kembar siam, kita perlu lakukan sesuatu!!

Pasangan E & F.

Banyak orang lebih terbuka pada sahabat masing² daripada kepada pasangan hidupnya. Sahabat ini memegang peranan penting dalam hubungan perkahwinan bukan semata untuk mendapatkan second opinion, melainkan telah menjadi perantara dalam komunikasi. Jarak jauh dan juga mungkin sikap yang lebih berseni, mereka memendam! Ada sesuatu yang melingkari persahabatan mereka, dalam diam ada seribu cerita yang terkambus disebalik hati yang dalam.

Kepada kawan² saya A,B,C,D,E,F,bla..bla…bla…X,Y & Z!

My apologetic for being such an lousy-blogger. Kita mungkin bukan kawan yang rapat tetapi saya tetap memerhati setiap perubahan teman sekeliling…semoga yang keruh dapat disuling jernihkan, nikmatilah hidup yang singkat ini seadanya.

©Kujie ~ Kawan kerana mati dan hati, bukan kerana buta melihat kebaikan- InXiang.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

57 thoughts on “Jangan menyempitkan mental dengan falsafah tidak membangun

  1. terapi dan ayat yang terbaik. mesti mama nak rotan yonna kan kalau boleh LOL hahaa.

    aih.sentap sampai ulu hati lagi pasal benda tu tapi kena la sedar diri sendiri. padan muka diri sendri 🙂 hihi
    .-= Post terbaru yonna ..Hati Tisu =-.

  2. hi jie..bagus entry diatas.Pahit,manis dlm persahabatan tu mendewasakan kita.Yg penting jgn harapkan org menjaga persahabatan dgn kita..sbb msg2 ada kepentingan.Nk cari yg ikhlas bukannya mudah.Kalau ada kwn yg ikhlas pun..kena pulak berebut ngan org lain pulak.mcm2 hal.

  3. kadang2 kawan tu yang kita pentingkan daripada keluarga… 🙁
    .-= ohmerah´s last blog ..The Elegant of Nokia 5530 XpressMusic phone =-.

  4. Mungkin terlebih diberi perhatian dan merasakan diri didewakan, maka pertolongan yang ikhlas dianggap sebagai tiada apa2, malah ditambah sindiran menyebabkan persahabatan itu terputus, kerana satu manusia tak pernah menghargai.
    .-= Ezad´s last blog ..Zairizad.Com kini PR 2 Yeay!!! =-.

  5. Semua perlu bersederhana. Masa baik semuanya bagus dan indah. Bila dah berselisih faham takkan nak buang semua entry berkaitan di dalam blog..hehe..kosong blog jadinya nanti…

    1. @epel, itulah…. masa baik tak ingat dunia

      setiap orang perlu ada ‘zone selamat’ utk diri sendiri dan kenalan alam maya 😛

  6. cuz pernah mengalami bende ni..huhu ssh gak nak berkawan ni sebenarnya..mne de yg sempurna..betul x??hehe
    tp blajar dari pengalaman itu yang penting..kesilapan mematang kan cuz..sekarang kawan mcm bese jela..haha

    1. @Mr. Cuz, rasanya majoriti blogger akan tempuh pengalaman macam ini, cuma kesannya ketara atau tidak bergantung bagaimana mereka menghadapi keadaan.

    1. @Zil-el-Saif (The Encik Saif), betul tu, dalam apa hal kena berpada-pada, sediakan ruang yang selamat untuk diri sendiri.- sedangkan pantai lagi berubah apa lagi kita manusia yang menjadi makluk hidup

    1. @zuls, Betul tu … sebab dari pemerhatian Kak Jie, banyak blog yang hilang dari alam cyber ini kerana masalah perhubungan sesama blogger… dah tak selesa terserempak sesama sendiri selepas berkrisis

  7. Kujie…bersederhana dlm setiap perbuatan adalah yg terbaik.

    Slmt menyambut aidil adha…tak balik kampung ka? First time beraya tanpa che abg ka?
    Jgn sedih2 naaaaaa…
    .-= kenari´s last blog ..Teringin? =-.

  8. Salam kak jie,
    Sukalah baca entry kak jie ni..:) terima kasih atas ingatan..sebab tu dalam agama kita disuruh bersederhana kan kak..:) selamat menyambut aidiladha kak ye.
    .-= Acaii´s last blog ..Salam Aidiladha semua 🙂 =-.

  9. kakjie!!!
    entry ni mmg kene sebijik tepat kat batang idung yg chomel ni.
    hehehehe..akibatnya, saya dah berulang kali bukak blog baru
    *ecececeh..br 3 kali*
    and selama 3 kali tu jugak, saye selalu ngendeng kat sini..kalau kak jie perasan, cr la dua user yg dah tak drop comment kat page kak jie sbb dia dah bertukar jd chentatiku..weeweeweee…

    tapi ape yg saye boleh simpulkan dgn pengalaman saya, kita semua kena berlapang dada.kalau satu pihak je berlapang dada, akibatnya, kena buat blog baru~muahaahha..jgn tiru aksi ini.tak chomel lansung dan lansung tak kuat..piiiraaaaah~
    .-= ♥chentatiku♥´s last blog ..::mohon doa:: =-.

    1. @♥chentatiku♥, uik…mmg entri ni mengata beberapa orang…dikalangan kita
      cess…cuma

      ada yg makan cili, ada yang makan gula 😆

      kak jie jarang terlalu rapat dgn orang
      jarang share hal terlalu peribadi di blog
      sgt berpada2 menulis atau publish gambar peribadi

      tak perlu nak tunjuk kita hebat, makan di tempat terkenal, berjumpa orang yang popular

      itu perangai budak2…. yang nak cover kekurangan diri sendiri :mrgreen:

      p/s cari dua user…huhu………..ramai rasanya user yg menyepi 😆

    1. @kutaksempurna, banyak terjadi sebenarnya
      dan ramai yang menghilang…tutup blog dah create identiti baru

      what you give you get back!

      bersederhanalah……..

  10. eheheh,
    adakah post anda terlalu general sampai pocket terasa hati,
    atau post anda memang menujukan kepada pihak tertentu?

    tp pocket pernah ada satu teman dlm blog.
    dia memang besh,
    dari blog.. start to mail,
    dari mail…start to call.
    dari call … start to meet.
    setelah meet…. it turned out that…

    that was the end. meeting was the wrong move.
    tersilap kata, tersenyum lebih,
    terbanyak kata, ter’insist’ lebih

    dia mula membenci,
    kita mula menyendiri,
    dah tu? blogging pun tak besh dah,
    page org yg dia slalu gi, kita maleh nk komen lg.
    poge yg kita dok gi, dia lg la tak tunjuk icon langsung.

    komen kat blog masing masing?
    lagi la tak der.. hahahahah

    so blogging berpada pada,
    berkawan berhati hati,
    biarpun haluan pendapat tidak sekata,
    dalam hati jangan ada benci 😀

    yea!! madah utk ke tiga ari ni!! wow!! pocket memang madah berhelah jugak rupanya 😀 (Bangga tak tentu pasal)
    .-= Pocket´s last blog ..232. Slap! pangggg!!! =-.

    1. @Pocket,
      Kenapa begitu ya? Adakah sebab orang yang dulunya berblogging, beremail, bersms dan call, tak sama bayangannya bila bertemu?

      Kak Jie…
      Su rasa perlu untuk berhati-hati dlm berkawan, sbb tak nak terluka dan tak nak meluka. Ceh… penakutnya Su ni kan…? 🙁
      .-= suara´s last blog ..Doa Hati – Kisah 1 =-.

    2. @Pocket, bukan pocket sorang yang alami sebenarnya…ramai blogger pun macam ni..
      tapi itu kan satu tahap pengalaman
      satu proses menyesuaikan diri
      tapi itulah
      bila dah tak selesa , serba tak kena jadinya

      kak jie pun ada pengalaman
      terbaca kata perli di komen blog org lain ttg diri ini
      kak jie lawan perasaan sendiri

      cakap dgn diri sendiri

      ‘ aku tak makan cili, aku tak terasa dgn apa yg dia cakap’

      jadi..teruskan hidup mcm tu
      mula2 mmg perit, tapi lama2 perasaan tak best tu berlalu pergi

      kita tak boleh kawal org lain dr mempunyai tafisran mengenai diri kita
      ttp kita boleh kawal diri sendir..perasaan sendiri

      itulah kekuatan! 😉

  11. Salam kak jie~~
    Ayat2 kak jie dh macam seorang penulis novel dh.. Hehe..
    *sori, komen xde kaitan ngn entry kak jie. huhu…
    .-= Fathiha Zainal´s last blog ..Berlagak! Perlu ke?? =-.

    1. @Fathiha Zainal, sebenarnya bergantung jenis entri..kadang2 entri kak jie terlalu santai..tapi bila membicarakan sesuatu topik yang lebih formal..kena ubah cara..hehe :mrgreen:

  12. setiap perhubungan ada jatuh dan bangunnya.. ada suka dan dukanya

    🙂
    .-= yati´s last blog ..Cute ker? =-.

    1. @yati, betul cik yati comel……… jadi jangan gundah gulana jika dlm perjalanan kehidupan terserempak dgn pengalaman mcm ni… 😆

  13. semua jenis yang akak senaraikan sudah dirasai. ternyata dari segi kemanusiaan ianya begitu memberi impak sama ada baik atau buruk.

    hati dan perasaan begitu mudah menjadi permainan. tapi apakan daya kita sedia maklum mereka juga seperti kita. tidak bisa membaca apa yang tersurat apatah lagi yang tersirat.
    .-= megat´s last blog ..Cemburu Lelaki, Suami Dan Ayah, Pertahankan Keluarga! =-.

    1. @megat, orang yang dah lama makan garam sudah semestinya pernah tempuh pengalaman macam ni… :p

      jgn hanya mohon dimergertikan sebaliknya kita sendiri yang perlu mengerti…

  14. salam kak jie…
    merungkai difinasi sebuah persahabatan..dan perhubungan manusia memang sukar..
    setiap manusia ada intrepitasi berbeza..memainkan peranan berbeza..
    kadang2 kita seakan sudah sangat mengenali sahabat kita..tapi sebenarnya masih banyak yang terselindung ddi sebaliknya…

    kalau kita ikhlas…menerima dan memberi..insyaAllah..segalanya menjadi mudah…

  15. Sahabat yang baik satu angerah jugak kan Kak Jie. Kehadirannya sangat menyenangkan hati. Tapi manusia berubah dengan waktu dan keadaan. Ada asbab yang menyebabkan akrab atau rengangnya sesuatu silaturrahim. Ia boleh jadi apa saja, kadang2 sebab yang kecik jer.
    Haih susah nak cakap 😐
    Jalani aje lah kot, dengan harapan semua akan baik2 sahaja.
    .-= iza~de~bintang´s last blog ..Seni Me-reject… Bukan Ceritera Cinta. =-.

    1. @iza~de~bintang, yup..baik atau buruk dia ada pengajaran atas kehadiran seorang sahabat. Tiap kisah yg kita lalui ada pengajaran..bergantung pada kita utk menadaptasi ke arah positif atau negatif 😆

  16. Dunia akhir zaman ni manusia semakin jauh kepada Allah swt. Manusia selalu terlupa bahawa kita selalu diuji melalui sahabat dan keluarga terdekat tetapi kerana keyakinan kita kepada Makhluk lebih maka emosi tidak dapat dikawal….
    .-= denaihati´s last blog ..Tolong BLOG aku terlebih saiz =-.

    1. @denaihati, kemabli kepada fitrah – masalah manusia juga berpunca dari dari kejahilan hakikat hidup. Dunia bkn tempat kesenangan tapi medan ujian – Darul Ibtila’

    1. @tekkaus, konsepnya terima apa seadanya – tetapi itulah…kita ni manusia ada saja gangguan hati yang berbisik tentang ketidakpuasan.

    1. @cheryna, selalunya orang jarang melihat diri sendiri – sebagai punca segala masalah.

      p/s – down? even heroes have the right to bleed

  17. susah juga nak merungkai masalah dalam persahabatan ni.. bila dah gaduh, dengan ego masing-masing, tak nak mengalah lansung…
    .-= beliamuda´s last blog ..(Gambar) Perodua MPV Alza =-.

Comments are closed.