Assalamualaikum… lama sungguh tak update blog. Sejarah saya sebagai blogger, bulan inilah paling kurang blog diupdate. Tak sampai 10 entri pun. Banyak urusan lebih penting perlu diutamakan.
Hari ini saya nak berkongsi kisah peribadi membabitkan kucing-kucing saya
Saya ada alahan yang teruk terhadap kucing. Kalau dulu hanya ada Julie seekor, tetapi sekarang Julie dah beranak CamoBella dan Natalia Orenovna
But first, let me take a selfie..
Seluruh badan gatal-gatal dan luka sebab digaru. Doktor dah bagi saya suntikkan, mandi dengan campuran air dan ubat hama. Atas sebab-sebab tersebut, saya bercadang untuk hantar Natalia ke Pusat Jagaan Kucing Omiey Home di kepong. Bayaran dikenakan sekiranya kita menghantar kucing ke sini. Pihak Omiey Home akan mencari pemilik baru kepada kucing yang dihantar atau kucing yang mereka selamatkan dijalanan.
Sedih nak berpisah dengan Natalia sewaktu saya menyerahkannya. Saya bukan nak buang Natalia, tetapi nak carikan pemilik baru yang boleh menjaga Natalia.
Sampai saja di rumah, sayu dan sedih juga tengok muka Julie dan Camo. Memasing tak ada mood nak main…
Dalam pukul 4 petang… hujan turun selebar-lebatnya dengan guruh dan kilat. Masa tu juga Julie mula bising mengiau-iau mencari Natalia seluruh rumah. Aduhhh… saya pun seorang mak, sudah tentu faham perasaan Julie.
Tak sampai hati sungguh…. tak sempat nak tukar baju, saya ajak Intan ke Kepong semula. Dalam hujan lebat dan gurun berdentum, macam babak drama pula. Saya bawa Julie dan Camo bersama.
Jom kita pergi bawa Natalia balik…huhuhu
Berdoa kami sepanjang perjalanan supaya Natalia tidak dibawa ke Ipoh lagi kerana Omiey Home sedang membuka booth di Mydin Meru, Ipoh bagi menyerahkan kucing kepada pemilik baru.
Klik Facebook Pusat Jagaan Kucing Omiey Home
Saya berdiri di dalam hujan di depan pintu pagar Pusat Jagaan Kucing Omiey Home….
Alhamdulillah…. Natalia dapat ditemukan semula dengan ibunya. Serius saya menangis melihat babak ibu dan anak ini. Kalaulah saya tak sempat jumpa Natalia lagi, mungkin banjir Kepong hari tu…huhuhu
Sekarang saya yang perlu lebih menjaga diri untuk mengurangkan kesan alahan tersebut. Saya dah mop rumah dengan clorox, dah basuh semula cadar dan langsir bilik dan perlu kerap cuci sarung sofa. Semalam saya dah mandikan anak beranak ini dan sental sebersih-bersihnya dengan sabun berubat.
Syarat utama – anak beranak Julie tidak dibenarkan memasuki bilik tidur.
Sedihnya…huhu…
sygnya kat kucing 2….sggup cari kucing…huhu
saya pun teringin juga nak bela kucing nih
Jom terjah post menarik dari myrujukan ..Keyword Research Tools Alternatif Google Keyword Planner
kemain comel lagi berselfie tu haa… tapi cerita sedey lah pula ;'(
Jom terjah post menarik dari Sya Isya ..PANDUAN LENGKAP PEPERIKSAAN ONLINE PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT S41
Entry sedih la pulak..sy pon ade bela kucing gak..huhu
Jom terjah post menarik dari Pemborong Kain Cotton Vietnam ..Kain English Cotton Borong Murah
Comel nya.
Jom terjah post menarik dari Logeswary ..Fertility Set
Comel Kucing…
terharu betul tgk gambar julie jilat natalia tuh….saya pun jenis suka kucing tapi x dapat nak bela sebab semua housemate x suka kucing…
Jom terjah post menarik dari Faizal Fredley ..Kolam Air Panas Ulu Legong Kedah
Unlike females who wear bras to support them; men can’t do anything but let it hang down and look for ways of how to get rid of gynecomastia, this
could be big man boobs your answer. It’s
important to stick to the natural and organic variety big man boobs of food if you can lose man boobs without incurring any
surgery cost.
Jom terjah post menarik dari Get rid of gynecomastia ..Get rid of gynecomastia
Pinjam seekor kak jie..nak buat give away…Hehehehe…
Jom terjah post menarik dari eyriqazz ..Kos Bersalin Secara Pembedahan di Ampang Puteri Hospital
Saya ada asthma alah pada kucing tetiba seekor ibu kucing yang selalu saya beri makan semasa sedang mengandung telah menyeludup 6 ekor anaknya yang berusia 2-3 hari masuk ke rumah dibawah tail anak bujang. Nak buang tak sampai hati akhirnya rumah kita jadi rumah depa.
Bila saya pindahkan anak2 ke dalam sangkar saya mula terkena serangan asthma dan saya meletakkan alahan kepada kucing puncanya tetapi sekarang saya beransur baik. Serangan asthma itu hanya seminggu dua sahaja.
Perasaan saya mungkin sama sahaja dengan perasaan akak, nak buang mak anak2 hilang mak nak buang anak nanti mak hilang anak. Akhirnya berttambah kerja saya setiap hari selepas balik kerja. Duduk rumah flat pulak tu…
Kucing binatang ke sayang Rasulullah dan ada sahabat yang digelar bapa kucing dek kerana sayangnya kepada kucing tetapi bila sudah alahan maka kesihatan lebih utama. ALLAH akan memberi ganjaran kepada mereka yang menyayangi binatang biar pun hanya di hati sahaja.
Jom terjah post menarik dari Denaihati ..Beruang Panda Malaysia dan Panda 4.0 tiada beza
Namanya Abu Hurairah 🙂 Saya percaya ramai dari kita yang “buang” kucing tapi dengan cara masing-masing samada serahkan pada orang atau letakkan kat pasar. Hehe
Btw, rumah saya sendiri pun macam tempat buangan kucing. Selalu ada je kucing yang baru datang. Kalau kucing baik dan tak berak merata-rata, kami bagi makan. Kalau yang menceroboh masuk rumah pastu berak kat karpet, tu pun bakal “dialihkan” ke tempat lain pula.
Jom terjah post menarik dari Stuwie ..Malaysia Airlines Revises Checked-In Baggage Policy
“Markah untuk karangan ini: 10/10” – Affan, bukan cikgu Bahasa Melayu
Jom terjah post menarik dari Affan ..Busuk.org Memperkenalkan Sistem Baru – Autoping
🙁 sedih dan terharu.. kagum juga dengan kesanggupan kak jie walaupun ada alahan. banyak pahala menjaga kucing ni…macam sahabat Nabi, Abi Hurairah.. moga kak jie sekeluarga diberkati Allah selalu..
Jom terjah post menarik dari ctfand ..CPUV Sanofi Lactacyd
Sedey plak pagi isnin ni..huhu
Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Keputusan Akhir Piala Thomas Malaysia vs Jepun
hawat la cerita sedey pagi senain ni? hahaha… saya dulu pon alergik gak dengan kucing. masa tu wife baru mengandung anak sulung.
kami laki bini naik gatal-gatal. Hama kucing. walhal, dah kerap mandikan kucing. pon jadi gatal-gatal jugak. sebabkan risau jadi perkara lain, jadinye kami bercadang nak carikkan tuan untuk membela..
kebetulan ada orang berkenan. mau konfem berkenan, sebab kucing kami memang gebu-gebu. masa nak bagi kat orang, kucing pon paham macam ada perasaan. dok mengiau je. sehari sebelum bagi kat orang, dah tak ceria dah.
masa bagi kat orang, depa dook mengiau dalam kotak. sedih taw. tutup pintu, tak teman pon tetamu turun… nangis dalam rumah. hahahah. kalau dah biasa bela kucing, orang akan faham macam mana touching, walaupon kucing.
kalau diberi peluang nak jaga kucing lagi sekali, insyaallah nak bela kucing. tapi mesti ada ruang legar yang selesa untuk kucing main pasir kat luar laman. :p kalau tak, nanti abis kosyen kene cakar.
wow… setelah beberapa tahun, rasaya… ini jugak pertama kali komen yang panjang. sekian lama. tapi tak sepanjang cam zaman muda remaja tengah hensem tu :p
Jom terjah post menarik dari Azman Ishak ..Novel bersiri bekas perokok : Setiap hari, tanpa gagal.
wow…panjang komen…kalah entri…he he he
Sedih la pulak kisah nie 🙁