Berita dari Astro Awani pagi ini – pesawat Malaysia Airlines yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing terputus hubungan dengan menara kawalan udara di Subang kira-kira pukul 2.40 pagi, awal hari ini.
Penerbangan MH370 itu membawa 227 penumpang termasuk 2 orang bayi dan 12 anak kapal. Pesawat Boeing 777 berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi Sabtu dan dijangka mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi tadi.
Malaysia Airlines sedang berkerjasama dengan pihak berkuasa yang telah menggerakkan pasukan mencari dan menyelamat bagi mengesan pesawat berkenaan
Orang ramai untuk menghubungi talian +603 7884 1234 untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Ya Allah, moga tak ada apa-apa yang berlaku dan semuanya selamat.
Lepas baca berita ni , terus contact adik ipar dua orang yang kerap ke Beijing beli barang berniaga. Leganya bila dengar suara kedua-duanya.
Ada banyak berita keluar di Twitter, kita tunggu berita rasmi dari MAS – untuk maklumat secara rasmi , baca di laman web Malaysia Airlines
Update 11:14 pagi 8/3/2014 – sidang media rasmi MAS – masih hilang.
Penumpang adalah dari 14 negara yang berbeza :
- China – 152 dan 1 bayi
- Malaysia – 38
- Indonesia – 12
- Australia – 7
- Perancis – 3
- Amerika Syarikat – 3 dan 1 bayi
- New Zealand – 2
- Ukraine – 2
- Kanada – 2
- Rusia – 1
- Itali – 1
- Taiwan – 1
- Belanda – 1
- Austria – 1
Pesawat MH370 itu dipandu oleh Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53 tahun dan Pegawai pertama, Fariq Ab.Hamid, warganegara Malaysia, berumur 27.
Maklumat penerbangan HM370 telah ditandakan merah di dalam Terminal 3 Capital BJ Int’l Airport
Guna hashtag #MalaysiaAirlines , #PrayForMH370 atau #MH370 untuk berita terkini di Twitter
Semoga cepat ditemukan pesawat MAS tersebut.
kta tunggu dan lihat saja. juga berdoa..
Semoga semuanya selamat dan dipermudahkan pencariannya, amin.
amin…arap semuanya selamat
Semuga semua keluarga yang terlibat dalam pesawat tersebut tabah menghadapi ujian ini. Amin…
mudah mudahan semuanya selamat dan reputasi MAS tidak terjejas…
Semoga pesawat dan para penumpang beserta awak pesawat dalam keadaan yang baik-baik saja,
bos saya fly to beijing naik Air Asia…same place….same day…nasib baik….bagaimana ler passenger penumpang nie yea……
Harap mereka selamat mcm berita tidak rasmi kata mendarat kat Nanjiang Airport China
kita tunggu saja berita rasmi