Isu Semasa

Kemerdekaan Tanpa Beg Plastik

Setakat mana berjayanya “Hari Tanpa Beg Plastik” setiap Sabtu?

Masih ingat kes juruwang Tesco mempelawa saya beg plastik walaupun pada hari Sabtu kerana kebetulan dalam minggu ‘Tahun Baru Cina’? Baca kisahnya di sini > Berjayakah Hari Tanpa Beg Plastik

Sejak bermulanya kempen ini Januari 2010, saya memang telah meminimumkan penggunaan beg plastik dengan membawa sendiri ” Green Bag ” tiap kali membeli belah barangan dapur walaupun hari Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis Jumaat dan Sabtu. Dah ada kenapa nak simpan kat rumah, kan?

Pilihan hari Sabtu hanya simbolik dan seterusnya bergantung pada pemahaman dan kesungguhan individu itu sendiri untuk terus melakukan perkara yang dia sendiri tahu kebaikannya.

Ahas lepas saya ke Parkson Selayang Mall. Di kaunter bayaran saya menolak untuk menggunakan beg plastik dan juruwang lelaki muda itu melontarkan ayat manis

” rugi Kak tak nak beg plastik”

Dalam perjalanan balik, singgah satu lagi pusat membeli belah di Rawang. Sekali lagi saya disapa seorang jurujual bila melihat di dalam troli saya ada 2 ‘Green Bag “

” eh… hari ni tak bagi plastik ke ?”

” saya memang bawa beg ini tiap kali shopping, bukan hari Sabtu saja…  hari lain bumi kita pun perlu dijaga juga”

Ramai juga yang memandang kempen ini sebagai menyusahkan dan akan gagal dengan alasan sejarah kempen² terdahulu hanya gah tetapi mempunyai perlaksanaan yang lemah. Sebenarnya yang menjayakan atau  mengagalkan satu-satu  kempen adalah KITA. Semuanya bermula dari diri kita sendiri. Kalau kita rasa ‘ramai rakyat malaysia’ yang susah nak terima, kita jangan jadi sebahagian dari ‘rakyat malaysia’ yang macam itu. Kita tahu perkara itu betul dan bagus, kita buat dulu untuk diri kita. Kempen itu sekadar menghebohkan dan kita yang perlu memainkan peranan bukan hanya kerana ada larangan atau kempen di radio atau tv.

Setelah 8 bulan saya menggunakan ‘green bag’ dan plastik beg secara minimum ( bukan tak guna langsung ) saya dapati tiada apa² cacat cela atau gangguan rutin hidup yang boleh dikategorikan menyusahkan.

Sebelum kita menuding jari salahkan air berkeladak, salahkan cuaca makin panas, salahkan penyakit mudah merebak…..tanya diri sendiri dulu betul ke kita mengambil peranan menjaga ‘tempat tinggal kita’

Merdeka adalah apabila kita bebas berdiri sendiri dengan prinsip.

p/s – Erti Merdeka (adjektif) – Bersinonim dengan bebas, lepas, berdikari, merdeheka, langgas. – dbp.gov.my

© Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia ke 53

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

44 thoughts on “Kemerdekaan Tanpa Beg Plastik

  1. Kat umah banyak beg green [saya panggil beg kitar semula] cuma selalu terlupa bawak…hehehehe

    lepas ni akan ingat selalu…. sebab ada beg yang boleh lipat2 jadi kecik molek…. tu senang tu….
    Jom terjah post menarik dari zikri ..Lama Tidak UpdateMy Profile

  2. Orang kita memang susah susah susah nak berubah. Apa yg dah diberi susah sangat nak ditarik balik kerana dah jadi hak milik peribadi katanya. Lantak lah apa nak jadi pada dunia ni.
    Jom terjah post menarik dari denaihati ..Kembara mencari LailatulQadarMy Profile

  3. ada juga pelanggan yang tak mahu beli plastik bag tapi sanggup usung satu persatu dalam troli …pastu angkut satu persatu masuk bonet kereta :mrgreen:

  4. sayasetujudengan kak jie…..saya pun telah bawa green bag sendiri…skarang dah jadi hobi plak kumpul green bag macam2 bentuk…orang kita nak plastik bag sebab nak buat beg plastik sampah…kalau kempen plastik bag ni kurang berjaya macam mana la nak apply bawa bekas sendiri di pasar ramadhan 🙄

  5. Kak Kujie…

    Aku rasa kalau plastik masih boleh dibeli dengan harga 20 sen… orang sanggup beli la tu plastik…so masih gagal menyelesaikan masalah plastik.

  6. macam kak jie cakap…. kita mungkin tak boleh elakkan 100% tetapi kalau benda yang boleh kita buat, kenapa kita tak nak buat…. kecualilah kita tak ada pilihan .

    membeli belah kan kita ada pilihan…kak jie masih asingkan botol, kotak dan sampah domestik

  7. kalau tak boleh buat semua, jangan tinggal semua

    di jual dengan bagi percuma ada bezanya
    beza pada diri kita sendiri 😆

  8. Kak Jie , mantap la !
    Mama saya tak macam ni pun . Hehe . Sebab kalau sekali keluar beli barang , Masya ALLAH , barangnya lagi banyak

  9. salam kak jie..
    saya pun memang suka n sokong kempen nih..
    tapi kan kalau shopping bleh ganti ngan green bag, tapi kalau nak buang sampah kalau tak pakai plastik mcm mana yer.. kalau kat states sampah2 domestik dia buat compost kan..
    Jom terjah post menarik dari cik cloudy ..Kenapa Mesti Tema KampungMy Profile

  10. sekian lama ika x dapat nak view page kak now ni baru dapat hehe.. wahh kagum dengan cara akak.. demi menjaga alam sekitar x salah rasanya kalau kita buat macam tu. hurmm pasni ika pun nak ubah la cara ika bawa green bag juga =)

  11. Dekat penang memang tiga hari tak dapat plastik,
    hatta KFC pun kena caj 20 sen,
    pada mulanya memang orang tak setuju,
    pocket pernah nampak orang membentak cashier.
    ada yang cancelkan segalanya tatkala dituntut 20sen
    untuk plastic bag (kesiaaan anak anak dia)

    tapi sekarang.. somehow dah biasa.
    kalau tak bawak bag,
    angkat satu satu la dari kereta jawabnya.
    so?

    bawa bag
    Jom terjah post menarik dari Pocket ..309 Ha Lam LamMy Profile

  12. Kebanyakan shopping mall kat sini bukan sabtu, tapi Monday is a no plastic bag day.

    Still betullah, better bawa green bag n troli sendiri, bukan berat pun takat 2 3 keping. Serabut lagi kalau bawa banyak2 plastik kan kan.

    Selamat Hari Merdeka Kakjie!
    Jom terjah post menarik dari ann ..Movie Marathon- Apa kau dapatMy Profile

  13. haah..memang pada mula rasa macam susah sangat, pastu rasa malu sangat2..itu la sikap kebanyakan orang kita, malu nak buat benda yang baik…termasuk la saya…

    insyaallah akan berusaha menjadi insan dan contoh yang lebih baik lepas ni untuk anak2 n semua…
    Jom terjah post menarik dari mrs jamal ..Mak Saya Dah BesarMy Profile

  14. satu ulasan yang menarik, tahniah kakjie

    saya pun cuba juga dengan beg kitar semula tu, tapi bukan green, blue beg huhu

    apa2 pun kadang2 sy ni pelupa bila pergi shopping untuk bawa beg tu, mungkin belum merdeka lagi la kot
    Jom terjah post menarik dari mijie ..HIDUP SEORANG BLOGGER PART 2My Profile

Comments are closed.