Berita Terkini
Isu Semasa

Berita Terkini

Assalamualaikum & Selamat pagi.

Alhamdulillah, saya dah selamat kembali.  Fast food holiday balik ke kampung mertua bersama Along dan Intan.  Mak sihat dan ceria walaupun berkali² mengadu penglihatan makin pudar.

Sambil kemas bahagian atas rumah yang bersawang ( maklum tak ada orang naik bahagian atas ) mak bercerita tentang kebun, jiran² dan hal anak menantu yang lain.  Emak bertanya juga tentang rusuhan di Mesir, tentang Sindrom Tunisia tetapi saya cerita sikit² saja – jangan sampai mak risau.  Keadaan di Algeria masih terkawal.

Along pergi kebun tabur baja dengan Acik Musa dan Acik Hadi.  Kata mak ” kalau abah kamu ada, dia mesti tolong embah tiap kali balik kampung….pergi kebun, sekarang embah nak suruh kamu pula tolong embah…”

Kemahiran hidup yang sedang diperturunkan dari embah untuk putu (cucu)nya.

Selepas maghrib bertolak balik malam tadi – dalam gerimis sepanjang jalan, saya suruh Along yang memandu sehingga melepasi Plaza Tol Bukit Tagar.   Bagi dia oengalaman untuk memandu dijalan kecil dalam keadaan cuaca seperti itu.

Anak² – nak dihalang nak dikongkong sampai bila?  Bagi dia sokongan dan kawalan sepatutnya.  Kalau ‘jangan itu jangan ini’ diam² dibelakang kita dia curi² memandu juga.  Kita juga yang hantar dia belajar memandu, keluarkan duit untuk dapatkan mereka lesen memandu yang sah.

Cakap senang, ok .  Tapi bila meluncur saja keluar dari mulutnya

” mama……… esok nak pinjam kereta, nak pergi PD “

Nak bagi ?  Tak bagi ?

“kalau boleh nak Smart TAG sekali……”

Puas nak timbang – bagi ke tak bagi.

  1. denaihati.com
  2. Izwanyusuf.com
  3. sejenakdiperjalananku.blogspot.com
  4. suarabawahtanah.com
  5. annieyss.blogspot.com
  6. nutsaje.blogspot.com
  7. triplecolourlife.com
  8. rangkaianislam.blogspot.com
  9. na5wa.com
  10. dizarch.blogspot.com
  11. stewardjohn.com
  12. princessnies.blogspot.com
  13. cikmimmie206.blogspot.com
  14. mazaaida.blogspot.com
  15. jzbusinessworld.com
  16. khairunnisaazalin.blogspot.com
  17. nasihsaifullah.com
  18. charming-umi.blogspot.com
  19. kbr-kul-per.blogspot.com
  20. cilihati.com
  • Malam nanti, InsyaAllah Angah balik dari asrama, jadual sampai Hentian Duta jam 4 pagi.
  • SMS terakhir 31hb Jan 2011, 8 malam. SMS malam tadi belum dibalas dan trace dia online dan kunjungan ke blog ini 3 hari lepas . Moga suami selamat di sana.

~ ini adalah cetakan berkomputer, tiada tandatangan diperlukan ~

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

45 thoughts on “Berita Terkini

  1. Alah, biasanya anak lelaki selalu tanya mak lebih sikit…. si ayah selalu ok jer… sebab anak lelaki kan selalu nak manja2 dgn emak dia…. macam saya jugak la….

    p/s: orang kata autoriti mak lagi mak lagi besar dari ayah…. tak tahu la….pengalaman mak dan arwah abah….hehehehe
    Jom terjah post menarik dari zikri ..Lama tak update…My Profile

  2. dah sampai masa dah ni…..walau risau
    kenalah juga belajar terima keadaan
    anak2 dah terbang…bukan bawah ketiak kita lagi

  3. itulah megat
    masa kita dulu, buat suka hati tak pula fikir perasaan mak ayah
    skrg ni bila sendiri tempuh………adeih…macam2 yg difikir

    kak jie bagi dia bawa kereta p PD, alhamdulillah
    kejap tadi dah call lagi 5 kilometer nak sampai rumah

    lega rasanya…

  4. bila diingat, masa umur macam dia, kita pun macam tu juga
    cuma bezanya sekarang dah jadi ibubapa – perasaan tu dah lain…. 😆

  5. hi..nana

    nak tak nak, kenalah juga bagi dia peluang…sampai bila nak dok bawah ketiak ye

    nak kira susah hari…memanglah

    mama bukannya betul pun nana…mgkn keadaan tak sama nanti..zaman dah berubah 😆

  6. memandu kena ada dorongan dan kepercayaan dari orang terdekat…. kalau dpt lesen, terus memandu sebab masa tu semangat kita masih berkobar2

  7. mula2 keliru juga, sebab kena bagi jawapan tanpa sempat nak merujuk dengan suami

    semalam lega, dia call bila dah selamat sampai PD

  8. Lama rasanya tak singgah….heheheeh :mrgreen:

    ikut kak jie la, rasa anak tu dah boleh independent, apa salahnya…. bagi sekali duit tapi cukup2 je untuk makan minum dan sebagainya….

    p/s: lepas ni singgah waktu2 malam jelah…. dah mula praktikal kat kilang…kilang barangan harian….
    Jom terjah post menarik dari zikri ..Churpie – Iklan terbaruMy Profile

  9. kadang2 tu, bukan nak belakangkan mak abah, cuma…ada benda2 yg kita tak nak dia risau, asalkan benda tu baik ok lah…

    dan mama, bt nana terfikir gak…mak abah cuma nak anak2 dia selamat jer..

    dan, cara kita di besarkan pun kadang2 mempengaruhi corak kehidupan..

    tak per lah, yg baik kita amik buat tauladan, yg buruk ni bt ingatan dan sempadan

    mana tau bila dah ada family sendiri, leh praktik apa yg mama ajar pada anak2..:)

  10. think positif jer kak jie…
    dah kak jie cakap dia bawak dah ok,
    try la kasi lepas skali…ngee…tp bnyk2 doa jugak la kan…

  11. seronok tengok kisah akak cerita pasal anak-anak dah besar. mulai terfikir, macam mana agaknya bila anak saya dah besar {huhu}.

    p/s: thank the link 😉
    Jom terjah post menarik dari megat ..Abang punya bestlah!My Profile

  12. sebab tu anak2 lelaki kak jie, cukup 16 tahun ambil lesen…serisau

    nak ditegah – belakang kita dia buat dendiam, jadi apa2 lagi tak dilindungi undang2

  13. kadang2 mak² ni fikir jauh sangat..yang bukan²
    kadang2 nak juga fikir positif – kalau dah tertulis apa² yang akan berlaku, dengan kita mak bapa dia pun boleh berlaku..kalau lepas tak ada perasaan risau, macam tak boleh juga…

  14. setakat ini, cara pemanduan dia dijalanraya dah ok…tapi biasalah mak2 ni…. nak harap anak 19 tahun tu dok bawah ketiak..tapi sampai bila

  15. sekarang ni musim hujan.. di Gemas sana sudah pun banjir..
    kat PD tak tahulah pula sama ada sudah banjir atau boleh mandi lautnya..

    tapi kalau setakat PD di Pantai Dalam KL tu, ahaks… AYAM PANGGANG NARA satu!
    :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:

Comments are closed.