Datuk Lee Chong Wei menang ke atas Chen Lon dengan mata 21-13 dan 21-14 dalam perlawanan separuh akhir badminton lelaki di Sukan Olimpik 2012 semua orang tahu. Lee Chong Wei akan menentang juara bertahan Lin Dan dari China pada perlawanan akhir badminton Olimpik 2012 pada jam 8 malam ( waktu Malaysia) Ahad 5 Ogos.
Ramai rakan-rakan yang membuat ulasan langsung di timeline Twitter tetapi saya mengadap TV dan memetik kamera. Walaupun tak cantik, seronok pula mengumpul gambar-gambar kemenangan Datuk Lee Chong Wei menuju perlawanan akhir badminton Olimpik 2012 nanti .
Set Pertama – opss….. !
Tak pa… tak pa… hero memang selalu kena dulu.
Lee Chong Wei menang set pertama dengan bergaya 21-13
“Datuk arr… you kena main sampai menang…. anak saya dah Whatsapp dari Malaysia minta Aiskrim Baskin-Robbins . Dah riuh di timeline Twitter dan wall Facebook tentang Baskin-Robbins nak bagi aiskrim percuma pada 8/8/2012 kalau Malaysia dapat pingat emas Olimpik…… kalau tak dapat aiskrim nanti, itu….itu…. youtube Hitler marah tau…”
Kita minum duluuuuu….!
Malaysia Boleh… Lee Chong Wei….Lee Chong Wei!
Bila bertalu rentak di kalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda
Hambek kau!
Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa
Yes! Lee Chong Wei menang set kedua 21 – 14 dan layak ke pusingan akhir Badminton Lelaki Olimpik 2012
Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan perasaan ketika ini.
Tergamam dengan aksi ini.
Kita menang……….. kita menang. Jurulatih perseorangan negara, Tey Seu Bock dan Rashid Sidek
Muuuuuuaaaaaah!
Terimakasih kepada penyokong. Tunggu Ahad nanti saya bawakan aiskrim untuk anda semua…….!
Ungkapan ini bukan sekadar bermimpi
Segalanya pastikan terbukti nanti
“Bang….bang… turunkan sikit bendera tu bang…..rugilah muka tertutup, seluruh dunia dok tengok ni bang….. semua orang kampung tengok ni………..”
Hai abam berdua… kalau singgah ke sini….. say hai please!
Edit : Gambar Dan Keputusan Badminton Akhir Olimpik 2012 Lee Chong Wei vs Lin Dan
Nota : Selingan lirik Gemuruh nyanyian Faizal Tahir
hahaha, kelakar akak buat skrip sendiri. dengan penuh semangat sye baca 😀
best tengok LCW bermain kali ni…tapi sayang..perak juga yang dapat..tak apa la..next time cuba lagi..huhu
Menarik2 gmbr2 di atas … Gambar2 di atas memgambarkan perasaan yg sama bagi seluruh rakyat Msia … Insya Allah malam ini kita doakan pingat emas pertama Msia … Kita sokong LCW bukan nak makan AisKrim percuma ye …
rugi la beregu x dapat ikut sama.
sebak saye bace post kak jie ni…gile terharu + bangga tahap gaban dgn Dato’ LCW 🙂
Congrats to Latok Chong Wei.. Cayok sama lu..
Har3.. dia malu tuh kak jie.. itu pasat tutup muka.. ada jerawat batu kot..
eh sujud syukur ker?moga beliau dikurniakan hidayah dari allah untuk kembali memeluk agama islam~
amin3
Tanniah buat DLCW sudah melangkah ke Final untuk bertemu Super Dan. DLCW ada misi yang perlu dilaksanakan manakala menurut Super Dan emas kali ini bukanlah buruan tetapi mengharapkan penonton terhibur dengan sukan badminton dan mahu menarik lebih ramai menyukai sukan badminton seperti popularnya tenis.
Go..Go..DLCW.
kita nampak aiskrim BR..DLCW nampak jongkong emas 1 Juta..hehehe
tangkap gmbr dr astro beyond ke, kak?
apa2 pon mmg terkesima dgn persembahan mantap LCW. smoga Lin Dan akan dibaham di final kelak. seluruh Malaysia menyokong di blkg anda, LCW!
Dan Perak milik kita 🙂
Err… harapan maza juga, bila dapat emas pertama dari Dato’ kami yg tak dapat makan asikrim ini, Gomen belanja cuti peristiwa satu hari gitew.. heheheh
Terima kasih PM!
ahaks.. hahaha
Wah! lawa2 belaka gambarnya,.. kak jie dah macam pro! hehehe
gambar Dato LCW sujud tu … harap2 betul2 balik Malaysia nanti menjadi sama2 org2 yg rukuk dan sujud juga.. hehehe
mohon share gambar ye kakjie
pehh..sukanya dia. tak sabar nak tengok final ni..
Terasa macam kakjie ada kat sana je haaa
seronok tgk chong wei main semalam..semangat..hehe..
Penyokong Malaysia tak ramai pun tapi boleh dengar dengan jelas suara Malaysia Boleh dan Lee Chog Wei
wahh..clearnya ambik gambar pakai kamera kat tv. camera apa tu.
sebenarnya tak sgt…tak berpuas hati juga sbb ini aksi sukan yg pantas…kita bolehlah utk newbie yang baru pegang dslr ni
Haha! Lawak la ayat Kak Kujie.
Tapi kualiti gambar memng superb. Terbaik. Macam ada kat sana je. hehe.
Tahniah Dato’ LCW! – saya mengharap dapat aiskrim percuma.. Hehe! 😀
Saya ada koleksi gambar yg banyak… kemudian baru terfikir nak capture sesuatu menjadi drama tapi skrip saya lemah lagi ni…hihihi
Kalau nak tengok ayat formal dah baca paper online :p
Sorang satu skop saja aiskrim tu…nampak gaya masing² akan melabur lebih utk dapat lebih…
wooooo… kagum la.. dah pandai sorok EXIF gambar gituu.. hehehehe..
dah macam duduk kat stadium dah kalau tadek logo ESPN. sejibik!!! tahniah.
eeehhh…sifu kita ajar hari tu
gambar ada ratus2… mcm biasalah yg kena rejet pun lebih separuh.
dah jadi ketagih pula letak tripod dpn tv
nasib baik tak de Mirul ye…hahahaha
hahaha..apa pun tahniah buat LCW. Harap perlawanan akhir nanti lebih mamtap.
masing² terasa manis mcm aiskrim dah ni
priceless…
ada beberapa babak yang terlepas….blur tak berapa jadi
sayang juga tak dpt diabadikan
tapi sedapkan…. mcm airskrim hehehehe
Kak Jie Cilok gambo satu..nanti kredit..hehe..tungguuuu
ambil banyak pun tak pe… kalau nak lagi pun ada.
malas nk upload je.
Assalammualaikum.
Hehe, seronok pulak baca caption2 gambar tu. Hehe. Boleh le lepas ni jadi photographer kan kak jie : D
Kesian abang tu muka dia tertutup dengan bendera.
Apa-apa moga dapat makan aiskrim Baskin Robbins 😀
Waalaikumsalam En Rehat
Lepas upload semua gambar………mula pening pala nak cari idea nak letakkan caption² tu sebab semua orang pun buat benda yang sama
Gambar pertama nampak kepala sikit, yg tiga lagi tu tertutup terus… kalau dia baca blog ni…nak juga tengok dia komen..hehehe
Fuhh eden bila baca entri ni macam kak jie kat Londonlah…hehe
terasa lah juga mcm kat London tu……. sebab kat sana musim panas, kan
hehehe
Saya pun teruja tgk tadi..wah Kak Jie ada DSLR baru ker?
Terbaik la LCW..
moga dpt kalah kan lgi sorang pemain china..
Malaysia Boleh!
Semua rakyat Malaysia menunggu dengan debar perlawanan akhir badminton olimpik 2012 Ahad nanti
tadi datang tak baca entri terus tengok gambar sebab minat gambar… hahaha.. ingatkan ada kat londonnn.. rupanya kat tibi je shoot..
makan Biskut Almond London sajeeee yang mampu
elmod london pun sedap kot. cekelat. gulp! *pose
haha..tahniah chong wei! mmg layak ke final pun..mintak2 kali ni dapatlah emas !! btw…mohon share gambar ye kakjie
tengok set pertama tu pun rasa yakin je…. harap² kita tak kecewa di final nanti.
ok… boleh. kak jie snap 170 keping..hihi…lebih separuh tak berapa elok, maklum newbie dalam bidang photografi ni :p
eh,macam akak ada kat tempat kejadian je gambar ni.. pehh..