Terokai Penciptaan Cendekiawan Islam di Pameran Sultans of Science
Advertorial

Terokai Penciptaan Cendekiawan Islam di Pameran Sultans of Science

Sabtu minggu lepas, saya ke Pameran Sultans of Science di Petrosains, KLCC. Ramai kawan-kawan blogger turut serta bersama keluarga masing-masing.
petrosains klcc
Petrosains adalah pusat sains kontemporari yang menggalakkan pelawat menyentuh, merasa dan mencuba bahan-bahan yang dipamerkan.

Pameran Sultans of Science iaitu pameran yang mengimbau kembali perjalanan ke Zaman Emas Dunia Islam (700-1700 SM), di mana ketika itu ulama Islam yang bijaksana telah membuat penemuan sains dan teknologi yang telah mempengaruhi masyarakat moden.

pameran Sultans of Science
Tak perlu risau kalau tak berapa faham tentang semua bahan yang dipamerkan kerana kakitangan Petrosains yang ramah tamah akan memberi penerangan dengan lebih jelas mengenai bahan pelik-pelik yang kita pertama kali nampak.

Bila dah diterangkan , pasti akan keluar wow…. wow… oooohhh….ooohhh… terkesima  dan terpegun dengan kecanggihan penciptaan dulu yang setanding dengan apa yang ada sekarang.

Terus terang, banyak sangat pengetahuan baru yang akan dikutip. Rasa banyak benda yang selama ini kita fikir ianya dicipta atau dipelopori oleh saintis Barat sedangkan cendekiawan Islamlah yang terlebih dahulu berjaya dalam penemuan tersebut.

Pameran Sultans of Science ini mempamerkan sembilan bidang utama Islam iaitu penemuan saintifik , matematik dan pelayaran, astronomi, perubatan, instrumen pembuatan, teknologi keseian dan ciptaan, optik, kejuruteraan, seni bina dan penerbangan.

kisah secawan kopi
Banyak bahan dan artifak yang dipamerkan merupakan satu cetusan idea dari ulamak bijak pandai Islam.  Contohnya diriwayatkan kopi ditemui buat pertama kali oleh gembala kambing berbangsa Arab bernama Khalid.  Beliau menamakan buah beri ini sebagai al-qahwa.

 

permaidani yang terbaik di dunia
Selama berabad lamanya, kesenian Islam memfokus kepada penghasilan corak dan seni khat bukan manusia kerana paparan susuk tubuh manusia di larang di dalam Al-Quran. Tidak mustahillah mereka sangat terkenal dengan penghasilan corak permaidani yang terbaik dunia.

senibina islam

 

Bahan pameran yang disediakan mendorong dan membantu anak di usia muda untuk lebih memahami tentang senibina.   Gerbang Bulat ( Round Arch )  pertama kali dibina oleh orang Rom. Ia mempunyai bata gerbang dengan bilangan ganjil dengan baji batu di bahagian atas.

Ku Izzati, anak saudara saya membuktikan binaan Gerbang Bulat yang dibinanya cukup kukuh sehingga dia boleh duduk tanpa takut.

 

Laksamana Zeng He

Mural Laksamana Zheng He iaitu Laksamana Cina Islam yang mengetuai salah satu armada laut yang terbesar dan terhebat dalam sejarah dunia.

Lawatan ke pameran Sultans Of Science membuatkan saya kagum dengan begitu banyak penemuan dan ciptaan sarjana Islam yang sekarang dikaitkan dengan saintis Barat.

 

pameran
Ini adalah Kompas Sudu yang dibuat daripada batu magnet dan plaknya daripada gangsa.   Pusatnya yang bulan mewakili langit, manakala segiempat mewakili buruj polar.  Pemegang sudu akan sentiasa menunjukkan arah Selatan yang merupakan rujukan utama pelayar China.

contoh ujian sains

Lawatan bersama rakan-rakan blogger baru-baru ini cukup mengujakan.  Kami turut bersama berinteraksi dengan The Stand-Up Science Show yang membuka minda mengenai jawapan beberapa persoalan harian dari sudut sains.  Aktiviti santai sekeluarga ini sangat bagus sebagai langkah awal memperkenalkan anak-anak dengan prinsip sains dalam kehidupan mereka.

Budak anak-anak aje, mak -mak pun sama…. baru tahu itu ini.. hiks!

Banyak sebenarnya yang ingin saya kongsi seperti penciptaan toloh optik , Ibn Al-Haytham mengenai penemuan cahaya bergerak dalam garis lurus dan penemuan bahawa imej terdiri daripada cahaya yang terpantul daripadaii sesuatu objek ke dalam mata kita yang melihat.  Asas ilmu optik.

Cuti sekolah akhir bulan ini, bawalah anak-anak ke pameran yang mempunyai  pelbagai program yang menarik seperti bengkel, permainan dan aktiviti-aktiviti yang menambah pengetahuan dan pengalaman.  Pameran termasuk mengandungi  bahan interaktif, deria dan statik, permainan interaktif skrin sentuh,video dan  poster.

Pameran Sultans of Science bermula dari Januari hingga June 2013

Jadual Waktu Lawatan

  • Selasa, Rabu, Khamis & Jumaat 9.30 pagi – 5.30 petang
  • Pintu masuk dibuka hingga jam 4.00 petang sahaja.
  • Sabtu, Ahad & Cuti Umum – 9.30 pagi – 6.30 petang
  • Pintu masuk dibuka hingga jam 5.00 petang sahaja.

Ditutup setiap hari Isnin kecuali pada Cuti Umum , Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji.

Harga Tiket

  • Dewasa ( 18 tahun ke atas ) RM 20
  • Remaja ( 13 – 17 tahun ) RM 15
  • Kanak-kanak ( 3 – 12 tahun ) RM 10
  • Pakej Keluarga ( 2 desawa + 2 kanak-kanak ) RM 40

 

Nota :  Untuk pengunjung blog ,  saya akan memilih komen yang menarik dan bersesuaian dengan topik ini dan  anda berpelung memenangi  2 tiket ( dewasa ) ke Pameran Sultans of Science.  Komen terakhir yang diterima ialah  pada jam 11.59 malam 20hb Mac 2013. Keputusan adalah muktamat dan sebarang  pujuk rayu di Twitter, Facebook atau Whatsapp tidak akan dilayan.

Trivia :  Ejaan yang betul rujukan DBP adalah Cendekiawan

©kujie – saya lebih suka membaca artikel/poster sebab itulah saya tak banyak gambar di dalam ruang pameran.  Cahaya romantik² tu lagi payah nak dapatkan gambar cantik.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

32 thoughts on “Terokai Penciptaan Cendekiawan Islam di Pameran Sultans of Science

  1. bawak budak-budak p sini best nih, lagipun kakitangan sana memang mesra, diorang suka layan pertanyaan budak-budak

  2. as salam, wah..
    serius mmg dh lama x pergi petrosains..
    insya`Allah ade rezeki n masa, boleh pergi dgn nak buah..
    good information kak.. 🙂

  3. thx kak jie. baca blog ni pon dah rasa macam masuk petrosains dah. makin teruja pulak nak pegi tgk ngan mata kepala sendiri. tapi xde anak lagi. muda trang tang tang la katekan. cute je round arch tu kikiki

  4. patutlah tak penah nampak pun pameran ni tahun lepas, baru jugak ye, ade penamat pulak tu.. huuu.. sayangnya, kalau pameran ni berterusan mungkin boleh buat planning utk hujung tahun dengan family tgk2 benda ni..

  5. Semasa barat di dalam “zaman gelap”,tokoh-tokoh islam yang mengkaji sains dan beroleh kejayaan. Ramai masyarakat Islam kurang menyedari peranan yang di mainkan oleh tokoh-tokoh Islam berbanding dengan tokoh-tokoh sains barat. Adakalanya kita hilang pertimbangan sehingga mengagong-agongkan ahli sains barat, sedangkan kita mempunyai ramai ahli sains yang mencetus idea pembangunan tamadun ummah…

  6. aktiviti macam ni memang best sangat kalau ada kanak-kanak dalam famili. better daripada pergi bershopping tak tentu hala. serious, kami sekeluarga suka pergi tempat macam ni. tapi, nak pergi KLCC tu jauh sangat. pernah pergi sekali je. kami pergi yang dekat Singapore sebab jiran sebelah negara je.hahahahaha

  7. tak pernah lagi pergi petrosains…tapi kalau Melaka ada Planetorium..mengenai angkasa…macam lebih kurang sama jer ker….?

  8. ada masa lagi nih..boleh lah fyna pergi. kalau dekat dah lama fyna pergi sana kak ^_^

  9. kak jie cerita kan ni pun dah tarik perhatian saya. last pergi masa tahun 2001, masa tu darjah 6 ikut rombongan sekolah..
    tapi ini special edition. perlu pergi untuk mengetahui pelbagai ilmu.. bila dah tulis harga, dan waktu senang saya untuk set time dan budget.

  10. Saya dapat jemputan tetapi terpaksa menolak kerana adik ipar nikah. Sejarah dan sains antara subjek kegilaan ketika dibangku sekolah. Pernah menjadi impian untuk menjadi ahli sejarah dan pasang angan-angan melakukan pengembaraan adventure seperti Indiana Jones. Kalau sains pula saya suka membuat eksperimen dengan melakukannya sendiri untuk membuktikan teori sains. Sains selalu berlandaskan fakta dapat buktikan dengan praktikal adalah sesuatu yang mengujakan. Sebenar penciptaan sesuatu adalah berlaku secara pertemuan tidak sengaja seperti sinar x apabila terjadi imej jari pada filem begitu juga dengan Thomas Edison mencipta mentol setelah gagal beribu kali sebelum berjaya dengan pertemuan filamin mentol. Semasa Alexander Graham Bell memperkenalkan ciptaan telefon semua orang skeptikal kota peti mampu mengeluarkan suara. Penemuaan sains terdahulu telah merubah kehidupan manusia.

    1. Saya memohon maaf jika contoh yang diberikan adalah saintis berat ini kerana aliran pendidikan sains zaman saya tidak mendedahkan saintis dari kalangan umat islam. Satu usaha yang baik dilakukan oleh Petrosains menengahkan pertemuan sain dari dunia islam.

  11. Sangat2 best! Sesuatu yang berkaitan denan sejarah memang menjadi perkara yang angah suka..rasanya sempat pegi kot sbb diaorang buat sampai Julai..anak2 pun tak pernah lagi sampai di Petrosains ni..

    1. tarikh tu akan dibetulkan..mcm salah. kejap ye nak check dgn petrosains
      tarikh tepat tak dapat..tapi sampai June 2013

  12. dah kena sangatlah pameran tu dengan anak2… yang sorang nak jadi sainstis…yang sorang lagi nak jadi jurutera…

  13. Baca bingkisan kak jie pon dah teruja, belum pun pergi lagi. Saya mmg minat anything yang related dgn sains ni. Ia buat kita berfikir dan mengagumi ciptaan Allah. Saintis Islam lah yg lebih hebat berbanding saintis barat!

  14. Yang perlu kita fikirkan dari pameran ini ialah bagaimana menciptakan generasi penerus yang boleh melahirkan penemuan atau ilmu baru yang tentunya boleh dimanfaatkan

  15. pameran ini memang cukup membuatkan kita terfikir dengan idea cendiakawan Islam yang terdahulu. Invention yang kini diubahsuai oleh golongan sekarang. Jom terjah!!!

Comments are closed.