“mama, bagi tau kawan- kawan mama, kopitiam tempat Along kerja ada sijil pengesahan halal “
Itu permintaan istimewa Along… Dia jarang mengisi slot di dalam blog ini. Dulu ada juga tetapi bila kawan-kawan sekelas dah jumpa blog saya , ada yang mengusik2 dia sebab ada mama seorang blogger. Sejak hari tu, saya kurang bercerita tentang dia di sini. Anak remaja – kadang2 ada part yang dia segan dengan rakan sebaya.
Ini keratan akhbar kosmo Rabu 24/2/2010 mukasurat 3 mengenai Sijil halal kopitiam yang diragui.
Namun sedar atau tidak, daripada beratus-ratus kopitiam yang terdapat di negara ini, hanya dua buah sahaja mendapat pengesahan sijil halal dan logo halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( Jakim ).
Kopitiam tersebut ialah Pak Hailam Kopitiam yang mempunyai beberapa cawangan di seluruh negara dan Jonker Walk Kopitiam di Melaka.
Sementara menunggu keputusan SPM 2010, Along kerja di Pak Hailam Kopitiam cawangan Rawang . Datuk Haji Misbun Dato’ Haji Sidek yang menjadi duta Pak Hailam Kopitiam .
Balik pada cerita Along . Dia dah ada lesen memandu sekarang. Masa baru lulus dari Ujian Memandu JPJ, dia sms
” Yeah…. along lulus. Mama kena bli kete bru pasni “
Amboi…minta kereta macam beli slurpee kat 7e? Capai cawan, picit je….
Rabu lepas lesen dia dah siap, Khamis ( semalam ) dah bawa kereta pergi kerja. Seminggu belum siap lesen tu, dia dah bawa kereta pergi hantar bekal tenghari kat sekolah Intan. Motor LC pun dah berabuk, tuan dah lupa daratan .
Aduhai anak bujangku!
Pagi tadi saya pergi kelas. Malas nak tolak gate bawa kereta sendiri, saya bawa je kereta yang dia park kat luar. Tengok jarum meter minyak rapat je kat F. Jadi mangsa lagilah saya ………… tak kan saya bawa Pajero besar gedabak tu, isi minyak RM 10 guna kad kredit? Nak tak nak , isi juga RM 50. Joli sakanlah tu… kereta dah kenyang.
Sekarang ni kereta saya pun dah ada sticker P . Masuk dalam kereta, mesti kena betulkan cermin pandang belakang, betulkan tempat duduk, sorong ke depan…
Kaki dengan leher macam zirafah!
Soal sijil halal,mana2 boleh dapat 1 lori 2 lori,cakap aja,yang penting suci,kalau produk tu halal tak semistinya suci,kita sedia maklum masakan yang hendak kita makan tidak suci jika dimasak oleh orang bukan bergama islam.
Along dah pandai berdikari.. sama macam acik dululahkan. lepas SPM kerja kat kedai SINGER sementara result keluar. Anak2 dah besar boleh buat macam kawan je kan kak jie. rasa miracle je, dari baby dah besar panjang.
very2 nice blog…bila bace..rase cam fun jer..heheheh
salam jie.. lama tak dengar bertia..
susah sgt ke ek nak apply sijil halal nih? kenapa sebenarnye? adakah prosedur apply susah ke atau mmg bahan2 dlm makanan tu de yg tak halal??
makan kt rumah jer la…
.-= fiezaradzi´s last blog ..Ke Mana Menghilang? =-.
huhu..bahaya tu..
jika nak makan pastikan halal kesemunya..sb ia akan mjdi separuh dari dagin tubuh badan kita
.-= suri´s last blog ..Argh!! Jerawat datang lagi =-.
Saya tidak pernah makan di kopitiam. Sebab ianya meragukan. Begitu juga di hotel-hotel atau restoran yang boleh menimbulkan kemusykilan seperti restoran mamak
.-= imran´s last blog ..Hukum Login Facebook Dapat RM100 =-.
betul sekarang sangat seram nak makan kat kopitiam.. takut tak halal.. 😯
tgh kemaruk dapat lesen kete ek along?? sok2 dah serik nak isi minyak kete die ingatla balik kat moto LC tuuu 😆
.-= ~mrs azmi~´s last blog ....dan jawapannye adalah……..!! =-.
tulah sebabnya takut nak makan kat kopitiam ni..serammm
.-= kak ina kl´s last blog ..N3 Terima Kasih dan Ranking di Alexa =-.
owh..nampaknya Oldtown pun x halal ke..ish.Kata dah keluarkan menu tak halal daripada senarai menu kat Oldtown tu..kena selidik ni.
p/s:Tersenyum saya baca kisah along ni..macam2 kerenah remaja sekarang.Saya dulu pun ambil lesen moto ngan kereta pun sebab kena paksa, kalau tak..ntah bila boleh ada lesen..haha
.-= izzat´s last blog ..Status Hukum Infinity Downline & Login Facebook Dapat RM100 =-.
k.jie blh kngsi2 pndpt.org yg lebih mkn garam dr sy.
kereta bila dah kenyang, hati kita pun senang.
cuma nak isi sampai kenyang balik tu…. agak 2,3 kali jugak fikir, kan. uhuhuhu
.-= ikoko´s last blog ..Ke Pangkuan Ilahi, Konvo dan Salah Tuduh Printer =-.
senang pegi org kite punya kedai jer…
benci la mcm ni kan. senaraikan adjer semua yg halal or tak halal. senang sket nak pilih. bagi pressure sekali kat tokei kedai tu. 👿
.-= KNizam´s last blog ..Pengalaman Anda Yang Berharga Itu, Jika Tidak Dicoret Dimana-mana, Akan Hilang Ditelan Zaman, Tinggal Kenangan, Tanpa Kuburan =-.
aisehh.. kat kuantan ni byk gak kopitiam..dan byk kali gak la dah pergi… huhu
.-= cik cloudy´s last blog ..Resepi Lontong =-.
wah, hanya dua buah..? jadi yg selebihnya, pergh…. bukan susah nak apply pun, saja jer yg lain tu… ades.. :b
.-= lazaac´s last blog ..Aku Buntu! =-.
Berani Along bawa kereta walaupun baru dapat lesen….bawak je kereta tu,jangan bimbang minyak tu nanti mama isi.
Seronoknya anak dah besar panjang.. Masa anak2 kecik nih rasa tak sabar nak menunggu anak2 besar.. Nak berkongsi macam2..
.-= Kila´s last blog ..Lebih memberahikan… =-.
Ya! Kadang kala demi mengaut keuntungan…mereka sanggup melakukan perkara yang durjana seperti menipu. Haih… 👿
.-= tekkaus´s last blog ..I Do Cherish You, My One & Only Wife (Our 4th Anniversary) =-.
kenape kena segan mama seorang blogger? bagos ape.. bukan senang nak jadi blogger berjaye. kalo orang tak minat nak bace, mesti orang takkan singgah dan bace penulisan sis ni. tq for the explanation psl nuffnang tu.. mmg seperti yang dijangka. hihihhi..
wah..sijil halal pun diragui kan..semuanya nak kaut keuntungan je..kita kena la lebih berhati-hati membeli..
.-= Bb Hussain´s last blog ..Asam Pedas Melaka =-.
Wow fakta menarik tu, dalam banyak² Kopitiam hanya DUA kopitiam yang dapat sijil halal dari JAKIM
so yg terkenal macam Old Town tak halal la yek, tempat saya banyak kopitiam yg tak halal rupanya
Bestnya along slalu dapat lead story kak jie.
Glamour satu hal, kedua pasti along alert pasal blog, pasal skeliling dia, pasal tips2 kehidupan. Ini antara kebaikan bila ada ahli kuarga kita menjadi blogger tegar…..
.-= Maya´s last blog ..Tak Kenal Maka Tak Cinta =-.
ngohoho.. motherly laa post nie.. suka baca, sebab terbayang2 kat bakal isteri.. HAHA!!
.-= samanosuke_04´s last blog ..Korang Penah Amik Gambar ngan Artis? =-.
wah, dapat pusing lama tuh kalau minyak dah di isi banyak..:)
Hahaha! saya jarang bg orang bawak keta saya. wife pon jarang2. sbb nnt letih nak betulkan semua. kalau terlupa nak betulkan cermin pandang belakang, sah2 saya nampak seat belt belakang di bahagian tengah. hahaha
.-= mrkay´s last blog ..Tips Keselamatan Blog =-.