A Letter From Heaven : SJKC Tidak Layak Ke MRSM
Anak

A Letter From Heaven : SJKC Tidak Layak Ke MRSM

Dah lama saya tak buat segmen surat pembaca. Dulu-dulu saya ada segmen Hari Bertemu Pelanggan Vol 1 –  vol 10. Memandangkan saya pun agak sibuk di luar talian, apa kata kita baca surat yang dikirimkan ini dan cuba menyelami perasaan pengunjung blog saya.

Terimakasih Puan kerana sudi menulis email kepada saya, seorang blogger yang hanya berkongsi  catatan kehidupan seharian.

pelajar sekolah cina

From:
Nora
xxxx@gmail.com

Message:
Salam Kujie;

Blog walking, terbaca entries tentang sekolah rendah anak Kujie. Anak2 saya pun sekolah Cina, saya pun bekas pelajar SJKC.

Anak sulong mendapat 6A UPSR 2011. Saya tidak lah terlalu berharap anak saya mendapat asrama penuh.  Pernah cuba nak mohon melalui permohonan dalam talian ke SBP yg meliputi sekolah Sains dan Sekolah Intergrasi.

Masuk je angka giliran, sistem terus reject application. Alasan, bukan lepasan SK! Saya terkejut! Kenapa polisi sekarang berbeza ye?

Atas desakan ibu bapa saya yg mahu melihat cucu mereka masuk MRSM, saya pun memohon melalui dalam talian. Ambil ujian di pusat yg di pilih.  Di situ saya lihat ada bukan bumiputera yg turut memohon. Bukan bumiputera diberi tempat 10% di dalam MRSM. Semasa saya di MRSM dulu pun ada classmate saya bukan bumiputera.

Seperti dijangka, anak saya tidak layak ke MRSM. Saya cuma nak tahu sebab ditolak. Alasan diberikan ‘lepasan SJKC’.

Kenapa bumiputera yg dari SJKC dilayan sebegitu sedangkan ada tmpt utk bukan bumiputera di MRSM?  Tidakkah ia satu diskriminasi?

Anak2 kita di SJKC belajar Sains dan Math dalam BI & B.Cina.

Tidak la sedih sgt, cuma rasa dipinggirkan pula..tapi, mungkin ada rezeki di tempat lain. Anak saya belajar di Sekolah Menengah Chung Hua sekarang. I  don’t want to look at the closed door, there are many doors that are opened to us.

Akismet Spam Check: passed
Sent from (ip address): xxx
Date/Time: 16/02/2012 2:55 am
Coming from (referer):

Using (user agent): Mozilla/5.0 (compatible; MSIE 9.0; Windows NT 6.0;Trident/5.0)

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

60 thoughts on “A Letter From Heaven : SJKC Tidak Layak Ke MRSM

  1. saya difahamkan juga anak2 yg bersekolah agama dibawah kerajaan negeri juga tidak boleh masuk ke SBP….contohnya sekolah SRAI …walaupun keputusan mereka dapat 5A dan juga MUMTAZ…kesian bebudak jadi mangsa…padahal mereka bertungkus-lumus untuk dapat kedua-dua pelajaran akedamik dan agama tapi peluang mereka untuk kesekolah asrama penuh dikecilkan.

  2. Kengkadang ada yang cakap kuota ada yang cakap pakai kabel besar ada yang cakap pakai orang dalam ada yang cakap macam macam … tapi itu kuasa allah sabarlah yer…

  3. 10 peratus itu utk pelajar bukan bumi yg sekolah SK. Kalau SJK pun dpt keistimewaan susahlah. konsep pecah dan perintah tinggalan penjajah semakin subur lah..sepatutnya kita menyokong sekolah satu aliran sekolah kebangsaan..pada pendapat saya pecah dan perintah ini mewujudkan perpaduan palsu…bayangkan sedari kecil anak-anak telah dibezakan berdasarkan kaum…mungkinkah bila dewasa mereka dapat bersatu…tanpa curiga mencurigai..fikirkan…

    mudah benar kita nak menuduh wujud tidak telus bila anak tidak dapat masuk sekolah yang diinginii. Sedangkan tempat yang ditawarkan sedikit berbanding yang layak…saya lebih menyokong anak-anak dari luar bandar dan pendalaman yang memperolehi 4a hatta 3a diberi peluang memasuki MRSM atau SBP …
    Jom terjah post menarik dari latep ..Lagi cerita pasal basikal…My Profile

  4. adik saya yang 5A pun tak le masuk ke MRSM, sebabnya apa? Sebab bagi pelajar yang mak bapak dia berpendapatan rendah dulu dimasukkan, so nak cakap pihak MRSM mendiskriminasi. YA betul. pantang ada kabel, memang laju..fffuuu betul orang sekarang kan? 😀

    Hal SJKC pulak tak pernah amik taw, sebab baru taw sekolah cina ada subjek pelajaran Islam gak eea..haha, dulu memang tak taw langsung.
    Jom terjah post menarik dari syahrilhafiz ..Top Blog Malaysia Paling Popular Tahun 2012My Profile

  5. Tak pe lah Puan Nora,klu thn ne 2012 anak awak tak dapat masuk SBP or MRSM,nasihatkan anak suruh belajar baik2..skrngkan anak awak berada d SMK…so cuba minta semula SBP or MRSM,klu keputusan anak awak baik dalam PMR(2014) nanti…ada intake utk new student ting 4…bersabarlah Puan…

  6. diskriminasi dalam pemilihan ke SBP amat menyakitkan hati.. anak saya juga mendapat 5A dalam upsr yg lalu dan mendapat 95.8% didalam peperiksaan PSRA.. dan cuba untuk memohon maahad hamidiah kajang, dan juga sekolah agama persekutuan.. tp malang.. tidak layak sbb anak saya bersekolah di sekolah rendah agama intergrasi.. SRAI yg di bawah jab agama islam selangor…

    tu baru nak mintak sekolah menengah agama.. belum mintak SBP… masuk no giliran terus reject…

    bila pergi PPD hulu langat.. borang diberi.. dan bila dah submit.. borang tidak diproses.. diletak ketepi alasan.. dari sekolah SWASTA (SRAI di bawah jais dikategori swasta…)

    saya sampai bertikam lidah dgn ustaz di PPD…. semua alasan yg diberikan oleh PPD tidak logic langsung.. cuba lah ustaz di PPD HL berterus terang aje.. ini semua arahan dari menteri pendidikan ke.. dari kementerian ke… senang cerita.. tak payah nak berdolak dalih…

    1. Salam tuan/puan,

      Perkara diskriminasi ni mmg banyak kita dengar di mana2, dalam pelbagai perkara kerana ia dilabel melalui pandangan individu yang rasa didiskriminasi..bukan pada pandangan golongan lagi satu yang rasa bersyukur dibela dengan polisi itu atas ketidakupayaan mereka dan diberi peluang untuk tidak terus ketinggalan dalam arus perdana…saya sangat setuju dengan salah satu pendapat kata biar budak kg/pedalaman dpt 4a or 3a diberi peluang mrsm dr budak bandar ibubapa berpendapatan tinggi dpt 5a. Beri peluang pada mereka yang kurang upaya dari segi materialistik untuk sama2 bersaing. Walaupun nampak “membantu golongan disadvantage” tapi tetap diskriminasi pada pandangan parents bandar tu kan? Penat mereka didik dan sokong anak belajar pandai2, invest tusyen segala tapi still x dapat masuk sbp sbb kasik peluang orang kampung. diskriminasi tetap wujud pada pandangan sesetengah pihak kan?

      Sama isu sekolah agama dan sjk. Pandangan saya yang x kerdil ni, selalunya PPD atau mana2 agensi di peringkat negeri menunaikan amanah sebagaimana yang diamanahkan. Policy bukan senang dibuat dan dimuktamatkan. Betullah kalau mereka sepatutnya kata ni guideline KPM / menteri dan tidak seharusnya mereka berhujah sendiri dan beri alasan x logik. seharusnya mereka membantu client sedaya mereka. Kita sebagai pengguna kalau boleh, buat aduan dan cadangan dengan cara yang betul, minta sokongan PPD untuk salurkan cadangan/aduan kita kpd kementerian dan follow up. Follow up tu penting supaya cadangan kita tu x hilang bawah meja ke apa. Yang penting dengan cara yang baik bukan dengan cara panas.. Pegawai2 di kementerian kadang2 x dapat gambaran jelas rungutan on the ground sebab 1) report PPD/mana2 agensi berkaitan kurang detail dan menyakinkan, tidak disertakan bukti, hujah dan fakta 2) PPD/agensi sendiri tak bersungguh2 menyuarakan suara rakyat di peringkat kementerian.. 3) rakyat MALAS mengadu/beri cadangan dengan bersungguh2 tapi complain dan bebel jer memanjang salahkan itu ini..

      Sama2 la kita saling membantu untuk penambahbaikkan sistem pendidikan anak2 kita..Mainkan peranan kita dengan cara yang betul. Wallahualam..maaf jika tersalah kata..
      Jom terjah post menarik dari ddfirdaus ..Final Semester (biasalah mood meroyan nak balik skolah)My Profile

  7. anak buah saya juga bersekolah di sjkc dan dapat 7a pada upsr 2011. berminat nak belajar di smka kl – sekolah berasrama penuh . setelah di buat rayuan dapat juga masuk.

  8. Bahagian pengambilan pelajar perlu peka ketika buat tapisan janganlah melihat dari mana sekolah pelajar ini hadir dengan mudah sahaja tolak ke tepi.

    Apa yang hendak dicoretkan didalam komen ini mungkin tersasar sedikit daripada entri ini. Bayangkanlah orang-orang dari pendalaman seperti Sabah dan Sarawak masih lagi prasarananya membangun. Jadi bayangkan mereka ini ingin membuat urusan di bandar perlu menempuh perjalanan yang mencabar dan segala-galanya selesai di kaunter perkhidmatan tidak sampai 5 minit. Bayangkanlah kalau permohonan ditolak kerana ada kesilapan kecil dan dokumen yang tidak lengkap.

    Di sini pihak dibahagian hadapan mengurus pelanggan perlu ada sikap kemanusiaan dan bertolak ansur. Isu pelajar SKJC di tolak permohohan sepatutnya perlu diadili dengan adil dan teliti terlebih dahulu.

    1. Mungkin kalau perlu ubah peraturan (kalau ada), perlulah dilihat kembali. Moga anak2 kita yg layak, tak diketepikan haknya.

      Jgn pulak nnti “kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan”
      Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Coleteh Kakak #3 Antonim?My Profile

  9. Nampaknya, macam wujud ketidakadilan di situ. Harap dasar2 camni dapat diperbetulkan oleh kementerian berkenaan. Mana yang layak, berikan tempat tanpa mengira di mana dan apa jenis sekolahnye =)

    p/s-ada jugak pakcik kat taman yg dah tukar anak2nya dari sekolah swasta ke sekolah kebangsaan sbb ‘takut’ anaknye jgak sukar utk masuk sbp…ermmm
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Projek Review Blog di Alexa.com BermulaMy Profile

    1. pengalaman pertama sy sewaktu nak minta SBP(MRSM) untuk anak sulung sy…mmg ssh..student dr SJK langsung tidak d beri peluang,walaupun keputusan UPSR mereka strgh A…bermula thn lepas(2011) anak ke2 dan ke3 sy pindahkan mereka ke S.K….dgn harapan klu thn ne(2012) anak ke2 memperolehi keputusan yg baik,so thn dpn(2013) dpt masuk SBP dgn mudah…..pendapat sy, sesiapa yg ada anak skrng sedang belajar d SJK dan berniat nak menghantar anak ke SBP…pindahkanlah anak anda ke SK..rugi kita bumiputera,memperolehi result yg baik tapi tidak dpt berpeluang belajar d SBP…..FIKIR2KAN…..

  10. Bagi saya ia bukan Diskriminasi, ini ialag satu satu daripada kerajaan membantu peratusan anak-anak melayu untuk naik belajar di tahap yang terbaik. Bayangkan jika “Diskriminasi ” ini dihapuskan, suda tentu anak-anak kita tidak ada tempat untuk ke MRSM.

    Maybe soalan tak layak itu adalah dari segi sistem aplikasi. sistem apalikasi memang tdk mengenal sapa-sapa pun..seelok jik berlaku sedemikian eolok kena naik sendiri ke kementerian…..

    sekadar bermonolog 🙂
    Jom terjah post menarik dari tuan tanah ..Gambar Sekitar PERHIMPUNAN HIJAU 2.0My Profile

  11. Diskriminasi ini memang dah lama berlaku. Kelayakkan masuk MRSM dan SBP memang dah ditetapkan. SJK memang tak layak bukan disebabkan kuota, tapi disebabkan sikap kita tidak menurut perintah. Sistem kita mengatakan rakyat mesti dipecah dan diperintah. Itu hakikat. Orang Melayu kena masuk sekolah melayu, orang cina masuk sekolah cina dan orang india kena masuk sekolah tamil. Bila bumiputra menghantar anaknya di SJK, itu tidak menurut acuan pemerintah. Jadi hukuman yang dikenakan… masuklah dalam golongan yang tidak menurut acuan pemerintah sampai sudah. Jadi sampai ke sekolah menengah dan universiti diskriminasi ini terus berjalan lancar bagi menyesuaikan dengan acuan yang ada.

    Mengulas berkenaan dengan nonbumi yang dapat masuk MRSM. Mereka adalah golongan yang berada di sekolah kerajaan. Sekolah bantuan penuh kerajaan akan mendapat sepenuh keistemewaan. Itulah kelebihan yang mereka nampak lalu masuk dalam acuan yang disediakan pemerintah.

    Sebijak mana pun mereka, jika tidak masuk dalam acuan yang dah ditentukan, akan menerima kseukaran jua. Sukar dalam erti kata macam puan tu kena la. Padahalnya terlalu luas lagi jalan untuk kita teroka bagi mencapai maksud dan tujuan hidup.

  12. jika segala usaha sudah dilakukan utk hantar anak kesekolah pilihan itu gagal..maka kita harus terima takdir ..ada hikmah disebaliknya tu Insyaallah..bagi saya MRSM bukan lah 100% penentu kejayaan seseorang
    Jom terjah post menarik dari Zarul Umbrella ..Pasangan Duet Yang Tidak KesampaianMy Profile

    1. setuju…. saya adalah salah seorang pelajar yang menolak tawaran kemasukan MRSM… memilih bersekolah di sekolah biasa saje… Alhamdulillah mendapat keputusan SPM yg baik (malahan keputusan saya lebih baik daripda sahabat2 saya yang bersekolah diasrama penuh) dan dapat meneruskan pelajaran ke peringkat Universiti… pada saya belajar dimana-mana pun sama… yang penting keinginan utk belajar

      …just my two cents
      Jom terjah post menarik dari Nini ..Random Pictures of Aliyah Part FiveMy Profile

  13. tenang saja sis , bukan hanya dimalaysia seperti itu. dibelahan dunia mana pun terjadi seperti ini. minoritas kalah sama mayoritas. tapi jangan berkecil hati. karena minoritas dibentuk untuk menjadi anak mandiri bukan anak manja yg gampang sekali mendapatkan sesuatu.

    itu adalah pelajaran hidup buat anak anda.

    Salam
    kelambu
    Jom terjah post menarik dari kelambu ..Download Anti Mosquito alias Anti NyamukMy Profile

  14. skrang ni skolah biasa pon byk dinaiktaraf kpd skolah kluster berprestasi tinggi. meaning sistem yg lebih baik dpt diwujudkan di skolah2 harian bg menampung pelajar2 yg xdpt ke SBP atau MRSM.
    trust me, skolah biasa pon skg mkin hebat berbanding asrama penuh.
    cuma bila masuk SBP atau skolah elit ni, satu je kelebihan mereka. lebih berdikari dan plg penting bila bsr nnt akan dpt byk networking alumni2 power bila dh kerja.
    org berebut nk masuk Harvard bukan sbb bgs sgt uni tu. tp sbb networkingnya yg sgt powerful
    Jom terjah post menarik dari Ekspresi Ruang ..Starbucks Coffee Fukuoka: Ilham Kengo Kuma Daripada D-Day?My Profile

  15. hmm… xpe la kalo x dpt masuk mrsm pon.mungkin bukan rezeki dia.. sebenarnya saya lebih suka kalau pelajar bumi dpt pendidikan di SKJC sbb dia bole bersaing secara sihat dengan pelajar bukan bumi..kalau pelajar bukan bumi bekerja keras 100% untuk berjaya, jadi pelajar bumi yg berada disekelilingnya akan berkerja dengan lebih keras dgn 150% untuk berjaya.lg satu extra language is important nowadays.

    p/s: dah plan nak sekolahkan anak kat SJKC.. 🙂
    Jom terjah post menarik dari marvicn ..Tentang RasaMy Profile

  16. memang tak patut la.. kenapa perlu bezakan SK dgn SJK? kata 1 Malaysia..
    mungkin MARA nak beri peluang pada SK sahaja, lagi pun ada SBP dan Sekolah Sains utk pelajar2 SJK dgn SK..

  17. saya tak tau , tapi mungkin la kot semua murid sjkc memang tak diterima, yang 10% tu adalah murid cina india yg bersekolah di sk . Pandangan saya , kalau kita mampu beri suasana pembelajaran sempurna dirumah, biarkanlah kuota tu diberi kepada yang lebih memerlukannya.

  18. Ini selalu terjadi, tempat terhad, jadi terpaksa create quota, yang penting sini adalah quota bukan merit. Kita ke arah untuk mengunakan merit, tapi belum lagi. Jadi sekarang masih mengunakan kuota.

    Tak tahu betul ke tak, tapi mungkin kuota dia adalah 90% bumiputera yang dari sekolah SK, dan 10% bukan bumiputera, yang dari SJKC. Mungkin camtu, tapi bila dah kuota macam tu tak boleh nak buat apa.

    Lagipun bumiputera dari sekolah SK, pun ramai gak yang hebat-hebat, mungkin kerana diorang sekadar 5A, bukanya 6A tidak membawa maksud diorang tak layat, jadi susah nak puas hati kan semua pihak, hence terciptanya kuota.

    Belajar mana-mana pun boleh gak berjaya, memang tak kena dengan point dalam email ni, tapi cuma nak kata bila bercakap mengenai dikriminasi, sure sekarang akak Nora ni, akan kata kenapa anak dia di dikirminas kan? Tapi bila nak pergi ke kemasukan Universiti nanti, anak Akak akan lebih senang untuk masuk berbanding cina dan india, kerana mereka dah dikriminasi kan lama dah, tak banyak univerisiti yang diorang dapat apply, jadi kalau nak diikutkan, diorang lebih susah berbanding bumiputera yang tak dapat masuk MRSM.

    Saya pun ada kawan yang dapat 5A, tak dapat MRSM, tetapi saya dapat 4A, tapi dapat MRSM, begitulah dunia sekarang, nasib setiap orang berbeza. Cara terbaik adalah, jangan dwell too much, go for better one.

    Someday bila dah guna merit, mungkin keadaan akan jadi lebih baik kan? Tetapi mengikut keadaan sekarang kalau guna merit, akan ramai bumiputera yang dapat tempat sekarang tak kan dapat, jadi makin ramai bumiputera yang akan tak dapat belajar tinggi. Sebab tu benda ni tak senang, dia bukan sekadar, awak hebat, awak boleh masuk.

    Process dia panjang, dan tambah kroni-kroni lagi, memang susah.
    Jom terjah post menarik dari Izzat Aziz ..Post yang bagus, kemana menghilang?My Profile

  19. Memang sedihlah kalau anak yg layak tak diterima…susah nak kata kat mana yang silapnya…lepas ni pihak2 berkaitan harap nilai semula,semak t&c balik.

    Bagus kalau pihak berkenaan baca luahan Ibu ni.
    Jom terjah post menarik dari azman ..Nasi Dagang IdamanMy Profile

  20. Kenapa? saya rasa kouta 10% itu cuma untuk non-bumiputera sahaja jadi kalau anak Melayu dari SJKC tak bolehlah guna tiket 10% itu…Sebab 90% kouta untuk Melayu tapi mestilah dari SK…Disini lebih kepada konsep dan sistem…Ini mungkin risiko yang perlu kita ambil apabila kita meletakkan anak kita ke SJKC…Bukan kerajaan tak beri peluang tapi kita yang memilih untuk menyekolahkan anak kita ke sekolah jenis kebangsaan dan bukannya di sekolah kebangsaan sedangkan kerajaan memberikan banyak faedah dan kelebihan kepada anak Melayu di disitu…
    Jom terjah post menarik dari azura ..Tonton Cerekarama PelarianMy Profile

  21. setahu saya memang murid sjkc dgn sjkt tak dapat masuk mrsm atau sbp..zaman saya semua melayu..lepas saya spm baru non-bumi boleh masuk..tapi mesti lepasan sk..memang dari awal prosedur macam tu..bukan baru sekarang..saya spm tahun 2000..zaman adik saya pun semua pelajar mesti lepasan sk..

    prosedur masa tahun 80an ke 90an saya tak pasti pula..

    tapi pada saya ok je anak puan nora sek men chung hua sekarang..asrama penuh 10% je non-bumi..sek cina sekarang rasanya 90% non-bumi..mesti lagi sengit saingan anak puan nora..zaman adik saya dia kata walau 10% je non-bumi tapi majoriti top scorer adalah yang 10% tu juga..ada la selit beberapa orang anak melayu..kira hebat la anak puan nora dapat lawan pelajar cina di sekolah cina..

    1. terimakasih, sebenarnya kak jie pun tatau walaupun ada anak di sekolah cina…sebab tak pernah mencuba dan keperluan.

      kisah ini satu pengalaman dan pengetahuan utk kita, ambil tahu itulah kedudukan sebenarnya

  22. wow, actually i’m kinda surprised when i read this post. it still happens until today?
    i don’t have any answer for this but i do have something in my mind.
    maybe, just maybe they won’t accept those who are from sjkc because those schools don’t want to put their reputations in jeopardy.just saying though.

    by the way, the situation that puan nora faced will make her even more eager to make sure her kids will grow up to be someone. insyaAllah. 🙂

  23. Kebetulan saya ditugaskan di SJKC..tp x sangka pulak murid sjkc tidak layak untuk ke mrsm..bukan ke kalau bumiputera boleh…urmm kene rujuk balik ni..

  24. sebab tu Melayu mudah lupa manakala kaum² lain sentiasa di depan kerana mencari peluang

    Anak² melayu, SEBAHAGIAN yang ada kat sekolah sekarang lupa yang mereka banyak diberikan peluang, tetapi peluang disia-siakan
    Jom terjah post menarik dari cikgu naman ..Mentadak Yang GigihMy Profile

    1. baca ayat ni –

      6A UPSR aliran cina – bukan mudah murid melayu nak capai keputusan mcm ni, ini membuktikan murid ini memang cemerlang.

      anak tidak layak ke MRSM . Alasan diberikan ‘lepasan SJKC’ sedangkan bukan bumiputera diberi tempat 10% di dalam MRSM

      ini adalah satu persoalan, jawapan dia bukan hanya ‘belajar di mana2 pun sama…”

      I don’t want to look at the closed door, there are many doors that are opened to us.
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Berendam Di Kolam Air Panas Ulu LegongMy Profile

    1. isu di sini bukan belajar kt mana2 pun boleh berjaya
      6A sjkc bagi murid melayu sgt2 hebat kerana soalan peperiksaan sains dan math dalam bahasa cina.

      anak dia pun skrg ni kat sekolah menengah aliran cina
      bukan senang utk pelajar melayu utk melanjutkan pelajaran di peringkat menengah di sekolah aliran cina… ini bermaksud anak dia ‘kuat’ dgn dugaan ini

      mcm puan nora ckp… ada banyak pintu lain yg dibuka.

      isu di sini, isi angka giliran permohonan sjkc pun ditolak
      tidak dipertimbangankan semata2 angka giliran dari sekolah aliran lain
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Kunjungi Booth Buku @LejenPress di #msmw2012 Tetapi Tak Jumpa #retisMy Profile

      1. Yes kak. kalau pasal MRSM saya tak pasti la. tapi kalau SBP ni memang budak2 dari SJK tak diberi tempat. Semestinya kementerian pelajaran ada reason yang kukuh. Bukan untuk menidakkan kehebatan pelajar SJK tapi kemungkinan besar memberi peluang untuk pelajar-pelajar SK yang cemerlang. Umum tahu tak ramai anak melayu berlajar di SJK.
        Jom terjah post menarik dari Fazreen ..Saya Rindu Dengan DiaMy Profile

      2. Anak saya pun sekarang ditahun 3 sjkc, pelajaran bagus markah above 85%, dlm exam. Tetapi saya baru dpt tahu pelajar sjkc tidak layak memohon sekolah sains atau MRSM, dan sekarang tgh berbincang dgn isteri untuk tukar ke SK, memang betul kalau tak masuk MRSM pun boleh berjaya banyak contoh yang sekolah tak habis pun boleh berjaya, cuma ingin anak belajar dlm sistem sekolah sains atau MRSM, isteri saya seorang pensyarah di IPTA nampak perbezaan lepas sekolah menengah biasa dgn sekolah sains @ MRSM bila diuniversiti. Bukan mengatakan sekolah biasa tidak bagus cuma cara pembelajaran berbeza.

      1. bila soalan dia ‘kenapa’
        jawapan bukan sekadar – belajar kat mana2 pun boleh berjaya
        cuba baca isi email tu

        point penting – tak layak kerana sjkc sedangkan murid cina diterima di mrsm
        Jom terjah post menarik dari Kujie ..Belum BaruMy Profile

    1. Memang betul tak ke MRSM pun boleh berjaya, yang tak habis tingkatan 5 pun boleh berjaya,
      Cuma sistem pembelajaran dlm MRSM lagi teratur selalunya pelajar lebih bersedia bila diuniversiti.

      1. nampaknya ramai masih tak celik mengenai kepentingan belajar di sjkc, dan smjkc yang sebenarnya jauh lebih hebat daripada SBP/MRSM/Kluster.etc.. Pergi di mana-mana sekolah cina, minta majalah sekolah, lihat bahagian prestasi/rekod keputusan peperiksaan. Lihat sendiri jumlah pelajar melebihi 7A SPM dan 4A upsr berbanding rekod dicapai SK/SBP/dll.. Pergilah lihat dulu..

Comments are closed.