Pengetahuan Am

Persediaan diri ketika haid

Badan akan berubah semasa proses kematangan umur iaitu ke arah akil baligh. Perubahan ini terjadi di dalam badan dan juga di luar badan dan kadang² ketara dan ada juga yang mengalaminya tanpa disedari. Perubahan ini tidak datang kesemuanya sekali gus dan juga berbeza di antara diri kita dengan kawan².

Purata haid pertama berlaku pada umur 12 tahun. Kitaran pertama selalunya tidak banyak, hanya selama 3-7 hari dan akan berlangsung sekali setiap bulan. MUngkin untuk 2 tahun pertama, haid kita tidak teratur seperti sekali setiap 2 bulan. Jangan risau kerana badan kita mengambil masa untuk menyesuaikan diri.

Kehadiran haid akan berlaku secara normalnya setiap 28 hari, ada juga mereka yang datang bulan di antara 21 hingga 45 hari untuk beberapa bulan pertama.

Bersedialah membawa tuala wanita di dalam beg sekolah. Kita mungkin berasa kekejangan di bahagian abdomen bawah dan juga di bahagian belakang semasa datang haid terutamanya bila darah banyak keluar. Mungkin juga pengalaman baru seperti sakit kepala, pening, loya-loya dan juga cirit- birit boleh berlaku.

Jerawat?

Jerawat terhasil akibat dari proses kedewasaan di mana sebum iaitu bahan berminyak yang dirembeskan oleh kelenjar sebum dihasilkan secara berlebihan, lambat-laun menyekat aliran keluar dari lubang-lubang halus di kulit.

Sebum ini merupakan minyak semula jadi kulit, jadi bersihkan muka dengan air bersih beberapa kali sehari supaya cecair atau bendalir sebum di muka dibersihkan supaya mengurangkan kehadiran jerawat dan ruam-ruam di muka.

Janganlah berasa takut dan malu kerana ia merupakan sesuatu yang normal di mana semua wanita melaluinya dengan pengalaman yang berbeza.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie