Bahagiaku denganmu….
08/11/2007 – Salah satu hari paling indah dalam hidup saya. Hari ini hari ulangtahun kelahiran Angah yang ke 13. Kami sekeluarga keluar untuk bersarapan. Dengan 4 keping roti telur, 3 keping roti canai & 2 nasi lemak kerang sudah cukup membuktikan bahawa anak-anak saya telah dewasa. Selepas sarapan, kami belum terfikir arah yang hendak dituju. Suami cadangkan ke Fraser’s Hill. Horey…horey…. semua setuju. Dengan perjalanan yang selesa kekenyangan kami bergerak…