Bahagiaku denganmu….

08/11/2007 – Salah satu hari paling indah dalam hidup saya. Hari ini hari ulangtahun kelahiran Angah yang ke 13. Kami sekeluarga keluar untuk bersarapan. Dengan 4 keping roti telur, 3 keping roti canai & 2 nasi lemak kerang sudah cukup membuktikan bahawa anak-anak saya telah dewasa. Selepas sarapan, kami belum terfikir arah yang hendak dituju. Suami cadangkan ke Fraser’s Hill. Horey…horey…. semua setuju. Dengan perjalanan yang selesa kekenyangan kami bergerak…

13 tahun lah……

If there’s something that you’re dreaming of then may it all come true, because you deserve it all… HAPPY BIRTHDAY Amirul Syafiq So, how old are you today? I’m thirteen year old la….. p/s saya keluar daerah hari ini……kemana? tempat sejuk di us!

Jangan cakap saja….!

Ini duit anak-anak saya yang telah di kumpul lebih dari setahun. Dikutip dari seluruh negeri di semenanjung kecuali Perlis dalam tour percutian kami sekeluarga. Bukan keuntungan semata-mata tetapi lebih kepada memupuk sikap . Jangan pandai cakap saja….!!!!! Liverfool menang 8-0 ke atas Besiktas, memadam rekod jaringan terbanyak UEFA . I will never walk alone….:)

Open House Tan Sri Ismail

Sebelum ke Open House Teratak Santai, Saya, Ku Ina, Intan & Angah singgah ke Rumah Terbuka Aidilfitri Tan Sri Ismail di Hillview, Ampang. Kamilah antara tetamu yang terawal…:) Adik saya Ku Ina datang dari Kangar sebagai wakil syarikat ke majlis tersebut.