Hangatnya pelukan
Sudah 2 hari bumi Serendah disirami hujan Disember yang basah, dan cuaca sebegini perut mudah berlagu keroncong. Sepanjang 2 hari ini juga saya lebih banyak luangkan masa di dapur. Semalam saya masak pulut, sambal bilis cili api dan goreng gelama masam. Malamnya saya buatkan kek cokelat untuk anak². Hari ini saya berjanji dengan Intan umtuk buatkan dia seri kaya. Cuti sekolah dimusim hujan macam ini, anak² berselera sungguh. Sekitar jam…