Hari terakhir di KK

Sedia! Mula! Eeyahhh….!!! Pagi terakhir, kami berkunjung ke Pantai Tanjung Aru. Niat ingin bersarapan di tepi pantai tetapi satu kedai pun tak buka. Layan je lah bapa budak dan anak². Selepas bermain bebas di pantai, kami balik ke KK semula untuk sesi shopping raun ke-2… Cik nak beli buah..betik ada, tembikai, limau, mangga dan avacado. Ini makanan tradisi orang Sabah. Kuih cincin dan yang bulat² yang pada anggapan saya makanan…

Pulau Manukan

Turun dari gunung kami ke laut… Pulau Manukan, salah sebuah pulau yang terdapat di dalam Tunku Abdul Rahman Marine Park selain dari Pulau Memutik, Pulau Safi dan Pulau Sulug. Untuk ke pulau kita perlu menaiki feri lebih kurang 20 minit dengan tambang RM 17 ( termasuk insuran ) dan dikenakan cukai sebanyak RM 6. Sampai di pulau sekali lagi kita akan di kenakan ‘island tax’ sebanyak rm 3 untuk dewasa…

Hari Kedua – Damainya Kundasang

Kami tiba di Kundasang sekitar jam 4 petang. Itu pun selepas singgah merata² dan menyebabkan pihak Kinabalu Pine Resort menghubungi berkali² mungkin risau kami sesat. Akibat kabus dan hujan kami langsung tidak menyedari bahawa Gunung Kinabalu terlalu hampir dari jalan yang dilalui…. puncaknya diliputi kabus. Sampai di Kundasang masing² tertanya² dimanakan Gunung Kinabalu…tak mungkin objek sebesar itu terlindung dari pandangan mata! Tiba² kabus berarak menghilang dan…nah…tersergam gagah di depan mata…

Hari Pertama – KK – Tuaran – Kundasang

Perjalanan percutian kali ini semuanya lancar, cuma agak suspen bila saya terlupa bawa dokuman pengenalan diri Intan ( Surat Beranak ). Akhirnya selepas mengisi borang dan berbagai soal jawap, Intan dilepaskan juga untuk menaiki pesawat. Kami mendarat di Kota Kinabalu 20 minit lebih awal dari jadual penerbangan dan menaiki teksi ke Sri Borneo Hotel. Selepas makan lewat malam, tiada aktiviti selain melayan bantal…he hehe… Tips pertama : makanan di sini…