Sebutir mutiara hati

Semalam, bila nak sidai baju terjumpa brooch mutiara sabah Pasar Filipin dalam mesin basuh. Tak pasti macam mana boleh tercampak dalam mesin sedangkan saya tak mencuci tudung dengan mesin.Sebutir mutiara hati saya tertanggal. Bolehkah  itu dijadikan alasan untuk memaksa mengajak suami bercuti ke Sabah lagi? Pengsan patlima kali pun belum tentu dapat, kan. Dalam riuh rendah kos sara hidup melambung naik, ada hati lagi nak bersuka suki makan angin. Semalam…

Cermin Diri

1. Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu dilakukan hati akan mati. Dibuat di hadapan manusia menghilangkan maruah diri. 2. Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah ini tanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak mengulanginya lagi. 3. Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan. 4. Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan…

Tarif baru bermula esok

Berkuaskuasa esok 1hb Julai 2008 tarif baru elektrik akan diguna pakai oleh semua pengguna domestik, komersial dan industri di Semenanjung. ( Sabah & Sarawak – untungnya) Sedar ke tidak? Dah lupa? Semua orang lupa sebab masing² sibuk menonton drama liwat yang membabitkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim . Semua orang lupa jerit perihnya meneruskan hidup selepas kenaikan harga minyak yang riuh diperkatakan. Saya juga sibuk mendera Pakcik Google…

Surat Cinta

Hari ini saya mengemas rumah dan terjumpa surat cinta… 😀 . Surat Intan untuk Angah.   Saya selalu terjumpa surat² macam ni. Yang buat saya tak tahan tu,   dalam surat tu siap disediakan kotak untuk “balas di sini “… ha ha ha.. betul² macam comment box kat blog. Ini surat² Intan dengan Along yang masih saya simpan…. mungkin dah remaja nanti bergaduh , pujuk memujuk melalui sms ( Short Message Service…