Tragedi tanah runtuh di Ulu Yam

Tenghari tadi dalam perjalanan dari Jengka balik ke Serendah, saya berhenti di R&R Lanchang dan kebetulan menonton siaran berita TV3 di salah satu gerai di situ. Berita dua beradik mati tertimbus dalam insiden tanah runtuh di Ulu Yam. Ulu Yam adalah kawasan bersebelahan kawasan tempat tinggal saya. Terus terkenang tragedi runtuhan Highland Towers pada 11 Disember 1993 yang mengorbankan 48 mangsa. Kejadian yang berlaku pada 5.30 pagi itu mengorbankan Noratirah…

Wau Baling

Ahad lepas saya baca akhbar mengenai Wau Baling. Canggih betul wau yang boleh dilipat- lipat. Wau ini dihasilkan dari fabrik berasaskan nilon dan pencetak skrin sutera (silk screen printer) .

Dunia blog yang hangat

Saya harus mengakui bahawa saya adalah pembaca blog  lebih dari penulis blog.  Saya tidak pandai menulis karangan yang baik dan berkesan walaupun BM  ( saya keliru  nak menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia wahai  Pak Menteri ) peringkat SPM dapat A1. Saya membaca dari html kod hingga melepasi semua isu semasa.  Saya mengikut kes kontroversi Ustaz Arief Cakra Alam lebih seminggu awal dari rancangan 360 di TV3.  Saya akan ikuti…