Situasi semasa Influenza A(H1N1)

(Setakat 4 Ogos 2009, jam 8.00 pagi) – Jumlah Kes di Malaysia: 1,460 termasuk 8 kematian. Daripada 10 kes yang berada di Unit Rawatan Rapi, 3 daripada mereka mempunyai faktor risiko iaitu obesiti (1), wanita lepas bersalin (1) dan imuniti rendah (2). Sehingga 4 Ogos 2009, sejumlah 189,155 kes dengan 1319 kematian telah dilaporkan daripada 168 negara. Peningkatan sebanyak 3,301 kes dengan 12 kematian berbanding dengan hari sebelumnya. Negara baru…

Cukup Dengan Salam Dan Manis Doa

Ya Allah… Abadikan kasih sayangnya, Tunjukkanlah jalannya dan penuhilah dengan cahaya-Mu yang tidak pernah redup, Lapangkanlah dadanya dengan limpahan iman dan keindahan tawakal kepada-Mu, Hidupkanlah dengan ma’rifat-Mu, dan matikanlah dalam keadaan syahid di jalan-Mu. Sesungguhnya Engkau sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong. Amin. Selamat ulang tahun kelahiran untuk suami yang ke 43, semoga selalu dalam lindunganNya. 04-08-2009 p/s – tengah siapkan entri ni, Intan balik dari sekolah, sepatutnya 3.30 baru balik….…

Brand Padang Besar

Pagi-pagi Jumaat adik  dari Kangar  sms cakap nak datang. Entah tak de angin tak de ribut. Mak pun ikut sama. Saya tengok kat blog dia dah publish entri berpindah.  Sekarang dia dah pindah ke blog baru http://kuina.kujie2.com. Tengok url pun dah boleh agak…. dia addon domain saya. Kat blog baru entri pulut kuning, wah…terus teringat periuk kukus yang dijanjikan setengah tahun dulu tak sampai-sampai. Agaknya nak ternak buaya dulu kot…

Weblog Popular 1Malaysia – saya dicalonkan?

Saya dicalonkan untuk Peraduan Weblong Popular 1Malaysia anjuran denaihati.blogspot.com.  Popularkah saya?   Sebenarnya popular adalah subjektif bergantung persekitaran masing-masing.  Kalau kita melangkah keluar dari group atau kumpulan kita,  kita akan lihat banyak lagi weblog popular. Saya tak rasa saya popular, hanya blog seorang surirumah yang mengisi masa bersahabat maya dengan pengunjung. Bila popular di ukur secara manual, saya malu kerana ianya boleh mengundang berbagai tafsiran negatif. Sebenarnya saya gerun dan…