Ikan pun kena gangguan seksual

Semalam saya tengok ikan talapia saya yang ni lain macam saja. Tak aktif dan putih macam tak cukup darah. (nota : pagi ini ikan tu dah mati ) Saya bergurau dengan suami,  jom bawa ke klinik haiwan . Cepat-cepat dia jawap ..” tak boleh! nanti awak kena raba dengan doktor haiwan…” ha ha ha….

Hubungan Malaysia-Indonesia seruncing buluh?

Hubungan Malaysia-Indonesia seruncing buluh?

Rakyat Malaysia Di Jakarta Diancam Dengan Buluh Runcing. Dilaporkan bahawa 50 anggota BENDERA yang bersenjatakan buluh runcing (buluh yang ditajamkan hujungnya) memaksa orang ramai  menunjukkan tanda pengenalan mereka dan jika kebetulannya orang berkenaan seorang rakyat Malaysia maka orang itu akan terus ditahan. Tindakan mereka mengambil undang-undang di tangan sendiri dilaporkan media massa online tempatan termasuk detikcom. Kebencian mereka itu memuncak kepada tahap yang serius dan menakutkan berikutan media tempatan baru-baru…

Jika semua sama , akankah ada ghairah sambut sesuatu yang indah?

Ini adalah gambar Aidilfitri 2006 ,  raya terakhir bersama arwah bapa mertua saya. Setiap tahun sewaktu bersalam dengan bapa di pagi Syawal, bapa akan cium ubun-ubun semua anak cucu juga menantu bapa. Tahun ini, amat terasa akan kehilangan bapa.Sepatutnya mengikut giliran, saya menyambut 1 Syawal di kampung saya di Baling tetapi dalam situasi begini tidak salah jika kita bertolak ansur mengikut keadaan. Walaupun tanpa bapa, kami meneruskan juga tradisi bertahlil…

Admin nuffnang mengintai?

Ini bukan kali pertama saya mengesan admin nuffnang mengintai blog www.kujie2.com – Hidup Biar Sedap. Kadang-kadang risau juga takut saya telah melanggar apa-apa terms and conditions. Sebenarnya saya rasa bersalah dengan nuffnang. Mereka pernah menghubungi saya secara terus menjemput untuk menyertai beberapa program bersesuaian dengan tema Nuffnang yang bukan hanya sebagai blog advertising platform, tetapi membina komuniti yang terdiri dengan semua orang , seperti hubungan antara 1) Bloggers dan Bloggers…