Surat Cinta Di Dalam Dewan
Esok PMR! Apabila hari peperiksaan menjelang tiba,bukan masanya lagi untuk mengulangkaji atau membaca buku. Berdoa dan tenangkan fikiran. Jangan bimbang, memang hari inilah yang dinantikan. Hari yang kita countdown di tepi penjuru kanan papan hitam dalam kelas. Kalau panik apa nak buat, mama? Soalan Angah pagi tadi. Mula-mula berhenti menulis, luangkan sedikit masa. Letak pen atau pensil, genggamkan tangan dan lembutkan anggota badan. Jangan silangkan kaki. Tarik nafas sedalam-dalamnya menerusi…