Kangen

Kangen

©Kujie – Suka gambar ini…mak mertua saya sedang berskype dengan encik suami.  Kasih ibu. Diriwayatkan, pernah seorang sahabat mengadu kepada Rasulullah mengenai perangai ibunya yang suka meminta-minta kepadanya. Baginda marah dan menempelak sahabat itu dengan mengatakan bahawa bukan saja dalam harta, malahan dalam dirinya sendiri ada hak ibu bapanya.

Awak Intai Blog Saya Ye?

Terimakasih Google Alert. Ada orang sedang menganalisa blog saya..huhu..berminat ke? Nak beli? Estimation Kujie2.com dalam lingkungan $18140.5 USD. Kalau betul-betul boleh dijual dengan harga tersebut memang saya jual. Boleh pergi berfoye-foye ke Algeria. Saya selalu kesan incoming link dari laman web siteanalyzer yang mengintai rahsia Hidup Biar Sedap .  

Berjayakah Hari Tanpa Beg Plastik

Berjayakah Hari Tanpa Beg Plastik

Mulai Januari 2010, Kerajaan Selangor telah melaksanakan satu kempen “Hari Tanpa Beg Plastik” setiap sabtu. Tujuan kempen adalah bagi mengalakkan budaya kitar-semula dan mendidik masyarakat mengurangkan penggunaan beg plastik sekaligus mengurangkan pencemaran putih atau white pollution. Sesiapa yang masih ingin memohon beg plastik akan dikenakan bayaran 20 sen sehelai. Maklumat lanjut, klik www.selangor.gov.my Kempen dah cantik. Kita berusaha bersama menjaga alam sekitar. Tetapi betul ke kempen ini dilaksanakan sepenuh jayanya?