Balik Kampung Belum Raya

Balik Kampung Belum Raya

Yang jauh dah tibo Yang dokek menyusur langkah Pagi syawal hari mulio Berkumpul semuo Ohhh… Anak mudo di rantauan Pulanglah kito bersamo Berhari rayo – Aishah ( Pulanglah Perantau ) Eh…. silap channel ni, saya balik berbuka puasa dengan mak mertuo di  Sabak Bernam bukan Tampin. thino iki kue teko nguyu… lupa lirik! ©kujie – balik Sabak Bernam angkut segala jenis keropok dan kerepek.

Malaysia-Indonesia: Dulu Seruncing Buluh, Kini Sebusuk Najis?

Malaysia-Indonesia: Dulu Seruncing Buluh, Kini Sebusuk Najis?

Ramadan 1430H ( 2009 ) kecoh bila rakyat Malaysia di Jakarta diancam dengan buluh runcing oleh sekumpulan orang yang menggelar diri mereka sebagai Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) dan bertindak liar dengan mengugut rakyat Malaysia dengan buluh runcing di Jalan Diponegoro. Isunya hanya kerana sebuah tarian yang seumur hidup belum pernah tengok, Tarian Pendet. Walaupun seorang pegawai tinggi Kementerian Luar Indonesia memberikan penjelasan bahawa Malaysia tidak pernah mengakui Pendet sebagai tarian berasal…

Amaran Malware Dan Cara Mengatasinya

Pagi ini sewaktu  membuka xxx.blogspot.com untuk mengemaskini beberapa link untuk dipindahkan ke xxx .my, saya dapati blog tersebut telah menerima amaran malware yang mungkin akan menyerang  sistem komputer. Terdapat url blog yang telah disyaki merbahaya di dalam blog tersebut. Sekiranya kita tahu dimana kedudukan link tersebut, sila buang dengan segera.

Sentap Malam Jumaat

Sentap Malam Jumaat

Malam ini bulan mengambang penuh. Sejuk dan sunyi – ops … tak juga. Cuaca sejuk dan dingin buatkan sang kodok berorkestra dengan meriahnya. Kolam tepi halaman rumah ini tak pernah putus² dengan berudu-berudu mencari ibu . Sedang leka membaca blog demi blog sehingga tergerak hati untuk  membelek  visitors stats blog sendiri. Glurp…………… Secara tiba-tiba,terasa keadaan disekeliling amat dingin dan bulu roma berdiri tegak  … debaran di dada tiba-tiba meningkat… hati…