109 Visitors Untuk 22 Minit 40 Saat

109 Visitors Untuk 22 Minit 40 Saat

Dapat email laporan blog kujie2.com down selama 22 minit 40 saat.  Database error.   Dalam tempuh tersebut, apa agaknya yang berlaku? Saya tak buat apa² pun – keluar uruskan insuran kereta dan motor, ambil Intan di sekolah – berfoye² makan mehun sup gerai depan masjid. Kehidupan saya diteruskan seperti biasa…. tetapi blog ini memang ada perubahan ketara!

Terminal Bas Hentian Duta

Terminal Bas Hentian Duta

Terminal Bas Hentian Duta adalah untuk bas ekspress laluan arah utara. Lokasinya bersebelahan Stadium Hoki Tun Razak dan didepannya mini market Gelanggang Tenis MSN. Kalau berkenderaan sendiri, mudah untuk sampai – melalui Bulatan Segambut masuk Jalan Duta .  Jarak sepelaungan , kata klasiknya. Masalah utama di sini adalah kedudukan lokasi tidak strategik langsung kerana jauh dari pengangkutan awam seperti komuter/ LRT atau pun bas henti².  Selain RapidKL berulang-alik dari Hentian…

Google Doodle The Flintstones – Kenangan Hitam Putih

Google Doodle The Flintstones – Kenangan Hitam Putih

Baru saja minggu lepas buat entri pasal iPhone 4 Zaman Flintstone.  Hari ni buka Google terpampang Google Doodle Ulangtahun ke 50 The Flintstones. The Flintstones ini kartun hitam putih zaman kanak².  Kisah keluarga Fred dan Wilma bersama anak perempuannya Pebbles.  Keluarga Fred ada binatang peliharaan (pet)  dinosaur bernama Dino.   Dalam kisah Fred selalu muncul kawan sejirannya Barney dan isterinya Betty. psst…….psstt……… dalam siri kartun ni, watak isteri more intelligent…

Janganlah Merajuk…Bukanku Tak Sayang!

Janganlah Merajuk…Bukanku Tak Sayang!

Saya memang berniat nak jual Cik Serena. Bukan tak sayang tapi bukan keperluan lagi. Dulu anak² kecil memang kami perlukan MPV tetapi sekarang Along dan Angah sudah belajar jauh, Along pula dah ada lesen sendiri tentu jarang lagi berkenderaan bersama. Sekarang hanya saya dan Intan – tentu lebih praktikal untuk berkereta kecil. Selesa – bantal peluk, bantal busuk semua boleh bawa….