Apakah perbezaan di antara seorang pengganas dengan wanita yang mengalami sindrom prahaid atau premenstrual syndrome (PMS)? Jawapannya, pengganas boleh diajak berunding! Kelakar sangatlah tu. Tiada yang lucunya tentang PMS. Malah, humor sedemikian sebenarnya terlepas beberapa fakta bahawa wanita, apabila tiba saat itu, ada ketikanya berasa kecewa dengan suami yang mendesak, ragam anak-anak dan bebanan kerja yang menekan. Tidak kurang juga lelaki yang tidak percaya akan kewujudannya. Bertentangan dengan apa yang…