Blogger Patriotik Vs Blogger Tak Berapa Patriotik
Ini namanya siaran tertunda. Selepas bersesak-sesak beramai² seperti tagline never walk alone keluar dari gate stadium , kami bergegas menuju surau di hadapan stesen LRT. Sementara bergilir-gilir menjaga kasut, dapat panggilan dari dia. Sebenarnya dalam stadium dah cuba menghubungi tetapi tak lepas². SMS pun pending apalagi nak update blog secara live. Dia pemenang contest kujie2.com – yang sebelah kiri tu….. yang kanan adik ipar bongsu saya , Hadi Munir. …